Saat yang ditunggu hampir tiba untuk menantikan kelahiran bayi anda. Bakal ibu, kenali tanda-tanda bersalin yang semakin hampir, persiapan, risiko komplikasi dan sebagainya.
Saat yang ditunggu hampir tiba untuk menantikan kelahiran bayi anda. Bakal ibu, kenali tanda-tanda bersalin yang semakin hampir, persiapan, risiko komplikasi dan sebagainya.
Sebilangan besar bakal ibu mungkin berasa bimbang akan proses kelahiran dan kesakitan bersalin.
Lebih-lebih lagi jika itu adalah bayi pertama yang dinanti-nantikan! Jangan risau, perasaan yang dialami itu adalah normal.
Untuk mengurangkan ketakutan dan persoalan yang berlegar di minda, persiapkan diri kalian dengan pengetahuan dan info kehamilan ini.
Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.
Ikuti kursus bersalin dan mendaftar seawal mungkin untuk mempelajari pilihan yang boleh dilakukan menjelang waktu beranak.
Kalian bebas untuk bertanyakan soalan-soalan sukar atau ‘bodoh,’ mengenai peringkat kelahiran yang bakal ditempuhi dan tanda-tanda bersalin yang semakin hampir.
Semakin banyak pengetahuan dikumpul, semakin banyak pilihan yang anda ada semasa proses kelahiran!
Menurut Carmela Cattuti, Instruktur yang memiliki latihan pensijilan yoga pranatal, perkara penting yang dipelajari wanita melalui yoga adalah cara untuk kekal fokus, menguatkan fungsi keseluruhan tubuh, meningkatkan fleksibiliti dan menambahkan stamina sebelum bersalin.
Berdiri, berjalan, berlutut, duduk dan mencangkung akan membolehkan graviti untuk bantu menggerakkan bayi ke bahagian yang sepatutnya.
Kadangkala, usaha menggerakkan bayi ke kawasan pelvis boleh menjadi sukar, anda mungkin perlu melakukan beberapa pergerakan pinggul.
Semakin selesa seseorang wanita dengan tubuhnya, semakin tinggi kemampuannya untuk hadapi cabaran bersalin.
Ingatkan diri untuk kekal tenang, yang akan membolehkan kalian berfikir dengan jelas dan menghadapi tanda-tanda bersalin dengan baik.
Salah satu teknik terbaharu yang disarankan kepada bakal ibu adalah Hypno Birthing.
Kajian oleh University of Florida, di Gainsville, mendapati bahawa wanita yang terlatih dengan hipnosis diri ini lebih berkemampuan menguruskan kegelisahan, ketidakselesaan dan alami komplikasi yang lebih sedikit berbanding wanita lain.
Tempoh waktu 9 bulan diperlukan untuk melahirkan si manja anda, namun proses bersalin juga boleh memakan masa beberapa hari atau berjam-jam.
Proses bersalin biasanya bermula apabila anda mula mengalami gejala seperti:
Terdapat 3 fasa bersalin yang bakal para ibu tempuhi, iaitu:
Tahap pertama bersalin terjadi apabila anda mula merasai kontraksi ringan, yang menyebabkan serviks melebar, melembutkan, memendek dan menipis.
Kontraksi ini membolehkan bayi bergerak ke arah saluran kelahiran (faraj).
Tahap pertama ini akan menjadi fasa terpanjang daripada 2 lagi peringkat lain.
Peringkat ini juga terbahagi kepada 2 fasa tersendiri; proses kelahiran awal (latent phase) dan proses kelahiran aktif.
Inilah masanya! Anda akan melahirkan cahaya mata yang ditunggu-tunggu semasa peringkat kedua kelahiran ini.
Berapa lama tempoh ini berlangsung? Mungkin memerlukan beberapa minit hingga beberapa jam atau lebih untuk si manja berada dalam dakapan ibu.
Perkara yang boleh anda lakukan? Teran! Doktor akan meminta anda untuk menahan diri semasa kontraksi dan meneran bila perlu.
Ketika meneran, cuba yang terbaik untuk kekal tenang dan menumpukan perhatian kepada proses tersebut.
Jika mampu, anda boleh bereksperimen dengan posisi yang berbeza sehingga dapat mengenal pasti kedudukan yang paling sesuai dan selesa!
Untuk kekal bermotivasi, anda mungkin akan diminta untuk merasai kepala bayi atau menyaksikan proses kelahiran melalui cermin.
Selepas si comel dilahirkan, rahim akan mengecut dan bakal ibu akan mula berasa lega.
Anda mungkin akan memegang bayi di dada atau perut, hargailah masa-masa berharga ini…
Tetapi, perjuangan anda masih belum selesai ya! Pada peringkat ketiga ini, uri pula akan dikeluarkan.
Uri biasanya akan terkeluar dalam masa 5 hingga 30 minit, tetapi prosesnya mungkin berlangsung selama 1 jam.
Sebilangan besar kehamilan berlaku tanpa komplikasi. Pun begitu, sesetengah bakal ibu terdedah dengan risiko komplikasi yang melibatkan kesihatan mereka, bayi atau keduanya.
Kadangkala, penyakit atau kondisi yang bakal ibu alami sebelum mengandung boleh memicu komplikasi semasa hamil.
Beberapa komplikasi kelahiran yang paling kerap terjadi, termasuk:
Sekiranya anda sudah pun mempunyai kondisi atau penyakit kronik, berbincanglah dengan doktor mengenai cara untuk mengurangkan komplikasi sebelum kehamilan.
Namun, jika sudah hamil, doktor mungkin perlu memantau kehamilan anda dari masa ke masa.
Beberapa contoh penyakit dan kondisi kesihatan yang berupaya menyebabkan komplikasi semasa kehamilan termasuk:
Faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko komplikasi:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen