Perubahan fungsi otak akan bermula seawal waktu bayi tersebut lahir. Waktu ini merupakan waktu yang paling penting buat bakal ibu. Menurut kajian, bakal ibu akan mula mempelajari skil-skil keibuan pada ketika ini. Perubahan fungsi otak merupakan teraju utama dalam proses pembelajaran skil-skil ini.
Ketika sedang hamil, bakal ibu cenderung untuk mengalami daya ingatan yang lemah tetapi selepas dua tahun kelahiran bayi, daya ingatan mereka akan kembali kuat. Namun begitu, daya ingatan ini mereka tidak lagi sekuat wanita yang tidak pernah hamil.
Para pengkaji menyatakan bahawa ibu yang sedang hamil akan mengalami peningkatan gray matter yang terdapat dalam otak seperti hypothalamus, amygdala, parietal lobe dan prefrontal cortex. Bahagian-bahagian ini merupakan bahagian yang berfungsi mengawal emosi, deria, pertimbangan serta kelakuan.
Ketika sesang hamil, bukan sahaja berlaku perubahan bahan kimia pada otak malah saiz otak juga akan berubah. Perubahan saiz otak ini masih tidak dapat dipastikan punca sebenarnya namun para pengkaji berpendapat bahawa perubahan tersebut adalah disebabkan peningkatan hormon estrogen, oksitoksin serta prolaktin.
Bagaimanakah hormon keibuan mempengaruhi otak kanak-kanak
Hormon keibuan bukan sahaja akan mempengaruhi otak seorang ibu. Kelakuan ibu yang dipengaruhi oleh hormon keibuan ini juga akan memberi kesan jangka masa panjang kepada otak anaknya.
Menurut kajian yang diterbitkan oleh jurnal Neuropsychopharmacology pada tahun 2009, para pengkaji membuat satu kajian berkaitan cara penjagaan ibu dengan penerimaan bayi terhadap ibunya berdasarkan raut wajah bayi. Mereka mendapati bahawa terdapat perubahan pada raut wajah bayi yang bergerak balas terhadap cara penjagaan ibu mereka masing-masing.