backup og meta

Elak Keguguran Di Awal Kehamilan, Awasi 9 Tanda Anda Sedang Berbadan Dua!

Elak Keguguran Di Awal Kehamilan, Awasi 9 Tanda Anda Sedang Berbadan Dua!

Adakah anda mengandung ataupun tidak? Sesetengah individu wanita mungkin mengalami simptom dan tanda pada minggu pertama kehamilan semasa trimester pertama. Sementara bagi sesetengah individu lain, simptom yang dialami mungkin berlaku sedikit lambat. Terdapat pelbagai simptom dan tanda awal kehamilan yang boleh diperhatikan.

Daripada simptom biasa sehinggalah kepada simptom yang mungkin anda tidak pernah ketahui,  ia juga boleh dilihat sebagai petunjuk tanda awal mengandung.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Antara tanda awal kehamilan

Tanda awal mengandung #1. Haid

Ia merupakan satu petunjuk yang klasik dan biasa menjadi tanda awal kehamilan, sama ada anda hamil atau tidak.

Jika kedatangan haid anda melewati tempoh seminggu atau lebih daripada jangkaan yang sepatutnya, anda berkemungkinan besar sedang mengandung.

Walau bagaimanapun, simptom ini boleh menjadi sesuatu yang mengelirukan jika anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.

Jika anda mengalami pendarahan ringan atau bintik darah muncul pada hari sepatutnya anda haid, ini juga mungkin tanda awal kehamilan anda.

Tanda awal mengandung sebelum period 2. Lelehan faraj lebih pekat

faraj berair
Punca faraj berair dan berbau.

Ini juga mungkin tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami masalah lelehan faraj pada satu-satu tempoh setiap bulan.

Namun, kebanyakan wanita hamil akan mengalami lelehan faraj yang lebih pekat berbanding hari biasa di mana cecair yang keluar adalah berwarna putih melekit atau kuning pucat.

Gejala ini biasa dialami semasa berada dalam trimester pertama disebabkan peningkatan hormon dan aliran darah pada vagina.

Namun, awas! Anda mungkin mengalami jangkitan jika mempunyai simptom di bawah:

  • Lelehan faraj berbau
  • Kegatalan pada alat sulit
  • Keluar cecair berwarna hijau-kekuningan
  • Lelehan sangat pekat atau berair

Maka, segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. 

#3. Tanda awal kehamilan – Payudara bengkak

Anda mungkin akan mula berasa tidak selesa pada bahagian payudara anda. Ini merupakan antara tanda awal kehamilan yang boleh anda sedari.

Payudara anda mungkin akan menjadi bengkak, dan anda akan merasakan ia terlalu sensitif dengan sentuhan dan boleh menyebabkan anda berasa sakit.

Antara perubahan pada payudara yang boleh menjadi tanda awal mengandung adalah seperti bengkak, kesakitan, sensitif, pejal dan bahagian sekitar areola (puting) menjadi lebih gelap.

#4. Tanda awal kehamilan – Kerap terkencing

Jika anda sering berulang-alik ke tandas kerana ingin terkencing, ini mungkin berita baik untuk anda. Ini kerana ia boleh menjadi kemungkinan sebagai tanda awal kehamilan untuk anda.

Boleh jadi anda sedang hamil kerana rahim yang sedang membesar menekan-nekan pundi kencing anda.

Rajin-rajinlah untuk melakukan senaman kegel bagi menguatkan otot pelvis.

#5. Mual

tanda awal kehamilan
Ibu mengandung biasanya mengalami rasa mual.

Tanda awal mengandung ini boleh berlaku sama ada disertai dengan muntah atau pun tidak.

Simptom ini sering dikaitkan dengan morning sickness, walaupun secara hakikatnya, ia boleh terjadi pada bila-bila masa, waktu siang mahupun waktu malam.

Kebiasaannya ia akan bermula sebulan selepas anda disahkan hamil dan simptom awal kehamilan ini boleh berlanjutan 2 hingga 3 bulan.

Tetapi terdapat juga sesetengah individu wanita yang tidak langsung mengalami rasa mual dan loya ini.

Walau bagaimanapun, penyelidik masih kabur mengenai punca dan faktor yang mewujudkan rasa mual ini semasa tempoh awal kehamilan, ia dipercayai disebabkan oleh hormon kehamilan. 

Tanda-tanda awal kehamilan pada perut #6. Kembung perut

Sesetengah wanita hamil akan mengalami gejala ketidakselesaan pada bahagian perut seperti perut kembung dan berangin, sehingga membuatkan anda akan kerap sendawa atau terkentut.

Ini sama keadaannya seperti semasa anda mengalami premenstrual syndrome atau PMS.

Ini berikutan regangan rahim yang berlebihan semasa hamil bagi menampung bayi yang bakal lahir.

Bagi mengurangkan jumlah gas pada badan anda sekali gus merawat masalah kembung perut, amalkan pengambilan makanan seperti brokoli, kubis bunga dan jagung.

Jika anda mengalami simptom ini, ini mungkin tanda awal kehamilan anda!

#7. Tidak sedap badan

Rasa letih, lesu dan nak demam? Ini mungkin antara tanda awal kehamilan anda.

Ibu hamil akan mengalami gejala seperti hendak demam dan kurang bertenaga disebabkan tahap hormon yang sedang meningkat ketika ini.

Ada kalanya anda akan rasa letih tanpa sebarang sebab munasabah.

Jadi, perbanyakkanlah berehat supaya badan anda kekal segar. Pastikan juga anda minum air secukupnya dan mendapatkan makanan seimbang untuk membina tenaga.

#8. Menjadi lebih sensitif

Jangan terkejut, sekiranya makanan yang menjadi kegemaran anda sebelum ini terus bertukar menjadi makanan yang anda langsung tidak akan sentuh.

Ini mungkin kerana ketika anda hamil, anda akan menjadi lebih sensitif terhadap sesetengah bau dan deria rasa, jadi anda mungkin mengalami perubahan pada deria anda.

Namun, tiada apa yang perlu anda risaukan.

Seperti tanda awal kehamilan yang lain, tahap sensitif deria anda terhadap bau atau rasa akan kembali pulih seperti biasa apabila badan anda dapat menyesuaikan diri dengan perubahan hormon.

#9. Kekejangan

Sebaik sahaja selepas proses konsepsi berakhir, telur yang disenyawakan akan melekat pada dinding rahim.

Pada waktu ini, anda mungkin akan mengalami kekejangan pada bahagian perut. Ia dirasakan sama seperti simptom kedatangan haid yang biasa anda lalui.

Malah, seringkali simptom ini disalah tafsirkan sebagai permulaan kedatangan haid.

Kekejangan ini biasanya tidaklah begitu serius dan akan berkurangan seiring masa.

Tetapi jika kekejangan ini semakin menyakitkan dan kronik, atau disertai dengan simptom lain, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Kesimpulan

Jika anda tidak pasti tentang keadaan dan simptom kehamilan anda, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Symptoms of pregnancy. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/symptoms-of-pregnancy/art-20043853. Accessed 6 July 2022. 
  2. Pregnancy am i pregnant. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9709-pregnancy-am-i-pregnant. Accessed 6 July 2022. 
  3. Pregnancy signs and symptoms. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/HealthyLiving/pregnancy-signs-and-symptoms. Accessed 6 July 2022. 
  4. Early signs of pregnant. https://www.tommys.org/pregnancy-information/im-pregnant/early-pregnancy/early-signs-and-symptoms-pregnancy. Accessed 6 July 2022.  
  5. Early signs of pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/early-signs-of-pregnancy. Accessed 6 July 2022.

 

Versi Terbaru

19/10/2024

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Rasa Anda Mungkin Mengandung? Ini Tanda Yang Boleh Dikenalpasti

Mengidam Makanan Manis Tanda Hamil Anak Perempuan & 5 Kepercayaan KARUT Lain!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan