backup og meta

Normal Ke Cecair Meleleh Pada Faraj Selepas Bersama Suami? Ini 5 Puncanya!

Normal Ke Cecair Meleleh Pada Faraj Selepas Bersama Suami? Ini 5 Puncanya!

Pernah tidak selepas bersama, anda melihat ada lelehan faraj? Disebabkan itu, akan bermain di fikiran adakah cecair keluar selepas bersetubuh itu normal atau berbahaya?

Jom ketahui mengenainya dengan lebih lanjut dalam perkongsian artikel ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Cecair keluar selepas bersetubuh

Cecair keluar selepas bersetubuh sama ada daripada faraj atau zakar adalah perkara normal. Ada kalanya terdapat cairan yang akan keluar semasa aktiviti seksual berlangsung.

Biasanya cairan itu bertujuan untuk membantu ketika berhubungan intim. Sebagai contoh, cecair faraj berfungsi membersih dan melincirkan laluan saluran faraj. 

Manakala cecair yang keluar daripada zakar, iaitu melalui saluran sama ketika kencing, akan meneutralkan cairan asid yang tertinggal agar sperma boleh melaluinya dengan selamat.

Ia berlaku sama ada semasa praejakulasi atau ejakulasi

Sama ada cecair faraj atau cecair daripada zakar, kedua-duanya adalah normal dan tiada had. Tekstur kedua-duanya adalah seperti susu putih (milky white). 

Walau bagaimanapun, sesetengah cecair faraj atau cairan faraj adalah tidak normal dan mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan. Haaa…mesti anda ingin tahu lebih lanjut, bukan? Teruskan membaca artikel ini.

Cecair faraj selepas aktiviti seksual

Kenapa cecair putih keluar dari faraj?

Cecair faraj yang sihat adalah cecair yang jelas atau berwarna putih yang mengandungi lendir serviks, cairan faraj dan juga serpihan sel.

Sesetengah perubahan dalam kuantiti atau warna mungkin perkara biasa.

Namun dalam beberapa keadaan ia mungkin petunjuk kepada masalah kesihatan.

cecair keluar selepas bersetubuh
Aktiviti seksual juga boleh merangsang pengeluaran cecair faraj.

Antaranya seperti:

  1. Cecair keluar selepas bersetubuh – Rangsangan seks

Menerima rangsangan seksual akan meningkatkan aliran darah ke bahagian kelamin. Pembuluh darah akan berkembang bagi menampung bekalan darah yang tinggi.

Untuk individu wanita, keadaan ini akan menyebabkan bengkak pada bahagian labia, klitoris dan tisu yang melapisi faraj.

Kelenjar faraj ini juga merembeskan cecair yang jelas untuk membantu melancarkan faraj ketika seks. Rangsangan yang diterima menjadikan lelehan faraj menjadi lebih ketara.

Cairan ini mungkin menjadi lebih pekat dan berwarna putih atau tidak berwarna. Cairan yang keluar daripada faraj ini normal dan tidak didasari sebarang masalah kesihatan.

Tetapi jika lelehan pekat ini berbau, ia mungkin melibatkan keadaan kesihatan.

  1. Perubahan kitaran menstrual

Ia adalah 1 perkara normal untuk lelehan faraj berubah ketika menghampiri kitaran menstrual bulanan anda. Pada permulaan dan pengakhiran kitaran, ia normal untuk mengalami cecair faraj yang pekat.

Dalam tempoh evolusi, cecair daripada faraj biasanya jelas dan likat, seperti putih telur. Dalam tempoh ini, ia adalah sesuatu yang perlu anda jangka jika terdapat cecair keluar selepas bersetubuh.

  1. Ejakulasi wanita

Sebut ejakulasi mesti terbayangkan lelaki, bukan?

Hakikatnya ketika melakukan hubungan intim, wanita juga boleh mengalami ejakulasi. Ia melibatkan pengeluaran cecair melalui uretra.

Dalam kajian yang dilakukan pada tahun 2013, penyelidik tidak dapat menentukan bagaimana ejakulasi wanita berlaku.

Tetapi mereka menganggarkan ia terjadi kepada 10% hingga 54% wanita. 

cecair keluar selepas bersetubuh
Ilustrasi jangkitan faraj.
  1. Vaginosis bakteria

Kenapa cecair kuning keluar dari faraj?

Keadaan ini melibatkan penambahan bakteria normal dalam faraj dan berlaku apabila pH faraj terganggu semasa hubungan seksual, douching atau aktiviti pembersihan yang kerap.

Walaupun vaginosis bakteria biasanya memberikan kesan kepada individu yang kerap melakukan hubungan seksual, namun terdapat kemungkinan ia boleh berlaku tanpa melibatkan seks.

Lelehan faraj akibat vaginosis bakteria mungkin berwarna putih atau kelabu. Beberapa gejala yang boleh dikenal pasti, seperti:

  • Bau hanyir semakin kuat selepas bersetubuh
  • Lebih banyak cecair atau keputihan selepas bersama berbanding biasa
  • Kegatalan
  • Rasa sensasi terbakar apabila membuang air kecil

Masalah vaginosis bakteria boleh dirawat dengan mengambil antibiotik.

Keadaan ini mungkin beransur pulih tanpa sebarang rawatan tetapi anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan doktor. 

  1. Cecair keluar selepas bersetubuh – Jangkitan yis

Keadaan ini berlaku apabila Candida,kulat pada bahagian faraj biasa tumbuh dengan terlalu banyak. Lelehan faraj yang berlaku biasanya agak berketul dan berwarna putih serta mempunyai bau yang kurang enak.  

cecair keluar selepas bersetubuh
Jangkitan yis juga boleh sebabkan keluarnya cecair faraj.

Antara gejala lain yang mungkin dialami seperti:

  • Rasa sensasi terbakar
  • Kemerahan pada bahagian vulva dan faraj
  • Kencing yang menyakitkan
  • Penetrasi yang menyakitkan

Jadi, ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan.

Kesimpulan

Jika anda tidak begitu pasti apa yang sedang anda alami, segera berjumpa doktor untuk khidmat nasihat dan rawatan okay!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vaginal discharge.https://www.sutterhealth.org/health/teens/female/vaginal-discharge. Accessed 31 Jan, 2022.
  2. Bacterial vaginosis. https://www.cdc.gov/std/bv/stdfact-bacterial-vaginosis.htm. Accessed 31 Jan, 2022.
  3. Vaginal discharge. https://health.clevelandclinic.org/vaginal-discharge-mean/Accessed 31 Jan, 2022.
  4. Vaginal odor. https://www.mayoclinic.org/symptoms/vaginal-odor/basics/causes/sym-20050664. Accessed 31 Jan, 2022.
  5. Vaginal Discharge. https://familydoctor.org/condition/vaginal-discharge/. Accessed 27 Apr, 2022.

Versi Terbaru

14/03/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Perlu Jalani Histerektomi? Ini 10 Pro & Kontra Selepas Buang Rahim!

Rasa Nak Muntah Setiap Kali Selepas Bersama Pasangan, Ini Bukan Tanda Hamil?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan