Masalah kerap kencing biasanya akan berlaku apabila mengambil air terlalu banyak.
Tetapi mengikut saranan doktor, kita perlu minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ya, ia memang boleh membantu tubuh badan kita menjadi lebih sihat.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.
Masalah kerap kencing biasanya akan berlaku apabila mengambil air terlalu banyak.
Tetapi mengikut saranan doktor, kita perlu minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ya, ia memang boleh membantu tubuh badan kita menjadi lebih sihat.
Pun begitu, bagaimana jika ia mengakibatkan kita keluar masuk tandas banyak kali akibat kencing terlalu kerap?
Nanti dulu, kita tidak sewajarnya menyalahkan perbuatan minum air putih beberapa gelas sehari ini sebagai punca!
Ini kerana individu yang mengalami masalah kencing terlalu kerap ini sebenarnya menghidapi penyakit pundi kencing terlalu aktif (OAB).
Persoalannya, apa itu penyakit OAB? Selain itu, apakah cara untuk membantu merawatnya? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!
OAB membawa maksud overactive bladder. Ia adalah sejenis penyakit berkaitan pundi kencing yang terlalu aktif.
Kondisi ini akan mengakibatkan si penghidap kencing terlalu kerap. Ia sudah pasti akan mengganggu ketenteraman kehidupan harian anda.
Dalam beberapa kes, ada penghidap OAB yang akan mengalami nocturia – terjaga beberapa kali dari tidur pada waktu malam untuk membuang air kecil.
Sebenarnya, ada beberapa punca yang berjaya dikenalpasti menyebabkan masalah ini.
Antaranya adalah kesalahan penghantaran dan pembacaan isyarat dari pundi kencing kepada otak.
Dalam erti kata yang lebih mudah, kondisi ini akan berlaku apabila otot pundi kencing menghantar isyarat terlalu awal kepada otak untuk membuang air kecil walaupun ia belum lagi penuh.
Selain itu, penyakit OAB juga disebabkanlah diet pemakanan yang kurang sesuai. Teruskan pembacaan anda!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.
Hakikatnya, diet pemakanan yang kurang sesuai juga boleh menjadi pemicu masalah kencing terlalu kerap.
Terdapat beberapa jenis makanan yang anda perlu ambil dan elak bagi menjadikan simptom kalian bertambah baik.
Berikut adalah contoh makanan yang kita perlu ambil:
Pisang adalah buah yang kaya dengan potasium dan serat yang sangat bagus untuk kesihatan saluran air kencing. Selain itu, ia juga boleh membantu pergerakan usus kecil dan besar kalian.
Timun adalah sayur yang tinggi kandungan serat, antioksidan dan vitamin K.
Disebabkan itu, ia sangat bagus untuk kalian yang mempunyai masalah kencing terlalu kerap kerana menyihatkan saluran air kencing.
Kekacang seperti kacang tanah, badam atau gajus sangat bagus untuk membantu merawat penyakit OAB.
Ini kerana ia mengandungi protein, serat dan pelbagai sumber nutrien yang baik untuk sistem perkumuhan.
Baca juga:
Juga kaya dengan protein, telur adalah salah satu makanan yang perlu ada dalam senarai kena ambil. Ini kerana ia adalah antara makanan yang tidak akan mengganggu fungsi pundi kencing.
Dalam pada itu, terdapat juga beberapa contoh makanan yang kita perlu elak:
Pengambilan kafein seperti kopi atau teh melebihi kadar normal akan membuat sistem perkumuhan menghasilkan lebih banyak urin sekali gus menyebabkan anda kencing terlalu kerap – kesan diuretik.
Gula buatan boleh buat simptom OAB menjadi lebih teruk. Oleh itu, sila elak dari mengambil aspartame, saccharin, stevia atau lain-lain. Untuk lebih pasti, sila baca label sebelum beli.
Makanan pedas yang mengandungi cili atau lada boleh merengsakan pundi kencing.
Selain itu, pengambilannya juga akan menjadi punca kita minum air terlalu banyak lantas mengakibatkan pundi kencing penuh.
Gelembung dan gas yang terdapat dalam minuman berkarbonat boleh memicu simptom OAB. Oleh itu, sila elak mengambil minuman jenis ini dalam kuantiti yang terlalu banyak.
Akhir kata, sila lebih berjaga dan berwaspada dalam aspek pemakanan sekiranya anda ada penyakit OAB.
Ini bagi membantu anda untuk menyelesaikan masalah kencing terlalu kerap!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/diet-and-overactive-bladder/faq-20322774
https://www.urologyhealth.org/living-healthy/10-foods-your-bladder-will-fall-in-love-with
urologyspecialistsnc.com/foods-avoid-overactive-bladder
https://www.who.int/ageing/health-systems/icope/evidence-centre/ICOPE-evidence-profile-urinary-incont.pdf
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7236674/
https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15533-urination–frequent-urination
https://www.mayoclinic.org/symptoms/frequent-urination/basics/causes/sym-20050712
https://www.healthlinkbc.ca/health-topics/urin4