backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Deria Rasa Dan Bau Tumpul? Ini 5 Cara Untuk Tajamkannya Semula!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/01/2023

    Deria Rasa Dan Bau Tumpul? Ini 5 Cara Untuk Tajamkannya Semula!

    Aduh, menderitanya hidup kalau hilang deria rasa! Jika anda pernah dijangkiti COVID-19, anda pasti tahu betapa merananya hidup jika kita tidak mampu merasa dan menghidu secara normal.

    Deria merupakan anugerah Tuhan yang paling bernilai. Tanpanya, kita tidak akan merasa nikmat makan dan minum.

    Semua orang tahu akan ‘kuasa’ di sebalik makanan yang sedap. Ketika kita sedang tertekan atau stres, makan makanan kegemaran seperti aiskrim atau coklat boleh membuatkan kita rasa gembira serta-merta. Betul tak?

    Malah, bau juga mempunyai kuasanya yang tersendiri. Kita pasti akan rasa tenang di samping individu yang berbau segar dan wangi. Sebaliknya, boleh stres rasanya kalau terpaksa berdiri di sebelah orang yang berbau masam dan busuk!

    Tapi, bolehkah kita optimumkan lagi deria kita? Tahukah anda, kedua-dua deria ini sebenarnya boleh dilatih? Malah, ada orang yang mempunyai deria super yang dapat membezakan pelbagai jenis bau yang berbeza!

    Ingin tahu cara terbaik melatih deria bau dan rasa anda? Jom ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

    Bagaimana kita menghidu dan merasa?

    deria rasa

    Jika diberi 2 pilihan – tidak boleh menggunakan telefon bimbit sepanjang hayat atau hilang deria rasa atau bau, mana satu yang anda pilih?

    Menurut sebuah tinjauan yang dilakukan ke atas 7,000 individu di seluruh dunia, hampir separuh daripada mereka sanggup hilang deria ini berbanding kehilangan akses ke atas telefon bimbit sepanjang hayat. Mengejutkan bukan!

    Mungkin ramai yang sanggup hilang keupayaan untuk menghidu dan merasa kerana tidak sedar akan kepentingannya dalam kehidupan seharian. Sebenarnya deria bau dan rasa ada kaitan tau! Kalau deria bau tidak ada, keupayaan kita untuk merasa akan turut terjejas.

    Tetapi, bagaimana kita menghidu dan merasa? Apabila kita menghidu sesuatu, sel-sel dalam hidung dan otak akan bekerjasama untuk mentafsir molekul-molekul bau yang terampai di udara.

    Ketika kita menarik nafas, molekul ini akan menyentuh kawasan dalam hidung dan membolehkan kita mengenal pasti sesuatu bau.

    Namun, interaksi ini lebih kompleks daripada apa yang digambarkan di atas. Malah, menurut saintis, manusia dapat mengenal pasti lebih 1 trillion bau yang berbeza!

    Dalam sesetengah kes, bau tertentu juga boleh membangkitkan emosi dan memori yang spesifik. Sebab itulah bau minyak wangi mungkin boleh mengingatkan kita kepada seseorang!

    Ini kerana kawasan otak akan menghantar rangsangan bau kepada hipokampus dan amigdala, dua bahagian otak yang terlibat dengan memori!

    Baca juga:

    5 cara membangkitkan deria rasa dan bau

    Sekuat manapun deria bau dan rasa kita, ia akan semakin berkurang apabila kita meningkat usia. Walau bagaimanapun, ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini.

    Di bawah, kami senaraikan 5 cara untuk mengoptimumkan deria bau dan rasa, semuanya terbukti oleh sains!

    1. Cuba bau benda yang berbeza

    deria rasa

    Selepas ini, cuba bau benda di sekeliling dengan lebih kerap, terutamanya benda yang berbau wangi seperti teh, herba, kopi, coklat, atau buah-buahan. Secara tidak langsung, anda akan melatih deria bau supaya ia dapat ‘menangkap’ bau-bauan baharu.

    Selain itu, cuba luangkan masa beberapa saat untuk hidu dahulu makanan. Kami yakin, makanan tersebut akan rasa lebih sedap!

    2. Hidu dengan lebih kerap

    Kajian menunjukkan, mereka yang menghidu dengan lebih lama selalunya dapat meningkatkan keupayaan otak untuk memproses bau.

    Malah, lebih lama anda menghidu, lebih banyaklah molekul bau yang akan masuk ke dalam otak. Secara tidak langsung, anda akan mempunyai deria bau yang lebih kuat!

    3. Tambah lebih banyak sayuran dan buah-buahan dalam makanan

    Tahukah anda, makanan yang mengandungi vitamin B amat baik untuk deria rasa dan bau?

    Malah, kehilangan deria bau dan rasa mungkin merupakan antara simptom kekurangan vitamin B12 dalam makanan.

    Jadi, tambah lebih banyak ikan, daging, telur dan produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt untuk memastikan bekalan vitamin B12 dalam badan sentiasa mencukupi.

    Anak tak suka makan sayur dan buah? Cuba tanya tip daripada ibu bapa lain dalam Komuniti Keibubapaan Hello Doktor. Mana tahu membantu!

    4. Kurangkan garam dan makanan diproses untuk tingkatkan deria rasa

    Kurangkan garam dalam makanan kerana garam boleh menumpulkan sensitiviti reseptor dalam kawasan hidung. Cuba kurangkan makanan yang diproses. Pasti deria bau dan rasa anda akan jadi lebih tajam!

    5. Hilang deria rasa? Cuba berhenti merokok!

    deria rasa

    Anda merokok? Sebab itulah deria bau dan rasa anda tumpul! Untuk menajamkan semula deria anda, cuba berhenti merokok. Lagipun, berhenti merokok dapat membawa 1001 kebaikan pada kesihatan anda!

    Selain itu, hilang bau dan rasa juga mungkin berlaku disebabkan perkara lain seperti alahan rhinitis. Oleh sebab itu, jumpalah doktor secepat mungkin jika anda kehilangan deria rasa atau bau dalam jangka masa yang lama.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan