backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

12 Punca SERIUS Keputihan Tak Normal, Boleh Jadi Simptom Penyakit Berbahaya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 07/07/2022

    12 Punca SERIUS Keputihan Tak Normal, Boleh Jadi Simptom Penyakit Berbahaya!

    Pada kebiasaannya lelehan faraj atau keputihan adalah normal. Ia berfungsi mengawal sistem pembiakan wanita. Oleh itu, perubahan keputihan yang mendadak atau secara tiba-tiba mungkin menjadi tanda masalah. Ambil tahu tentang keputihan tidak normal dan cara rawatan yang bersesuaian dalam artikel ini.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

    Keputihan normal

    Keputihan adalah lendir yang dihasilkan dari serviks, bahagian bawah rahim yang membawa ke dalam faraj. Ia membantu mengekalkan kelembapan faraj dan mencegah jangkitan.

    Jumlah keputihan boleh berubah-ubah seperti bau dan warna (warnanya boleh menjadi jernih atau putih susu) bergantung pada masa kitaran haid anda.

    Sebagai contoh, anda menghasilkan banyak keputihanjika anda ovulasi, menyusu dan berkurang selepas menopaus. Baunya mungkin berbeza jika anda hamil atau tidak menjaga kebersihan diri.

    Tiada perubahan yang berlaku untuk menunjukkan amaran. Walau bagaimanapun, jika warna atau bau masih luar biasa, terutama jika ia berserta dengan gatal-gatal atau rasa panas/terbakar, ia boleh menjadi jangkitan atau keadaan lain.

    Keputihan tidak normal

    keputihan tidak normal

    Apa-apa perubahan bakteria normal dalam keseimbangan faraj boleh mempengaruhi bau, warna dan tekstur keputihan. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan:

    • Penggunaan antibiotik atau steroid
    • Vaginosis bakteria, jangkitan bakteria lebih biasa pada wanita hamil atau wanita yang mempunyai lebih daripada satu pasangan seksual
    • Pil kawalan kelahiran
    • Kanser serviks
    • Chlamydia atau gonorrhea – jangkitan seksual (STI)
    • Diabetes
    • Jangkitan pinggul selepas pembedahan
    • Penyakit keradangan pelvik (PID)
    • Trichomoniasis, jangkitan yang disebabkan oleh parasit, dan biasanya disebarkan melalui hubungan seks tanpa perlindungan.
    • Atrofi faraj, penipisan, pengeringan, dan keradangan dinding faraj semasa menopaus
    • Vaginitis, kerengsaan di dalam atau di sekitar faraj
    • Jangkitan yis faraj atau atau kondom/tampon terperangkap dalam faraj

    Berikut adalah jaduan mengenai keputihan tidak normal.

    keputihan tidak normal

    Dapatkan nasihat perubatan

    Jika anda mendapati sebarang perubahan luar biasa pada keputihan, jumpa pakar ginekologi. Doktor anda boleh:

    • Tanya tentang simptom dan sejarah seksual anda, seperti sama ada anda aktif secara seksual, kerap bertukar pasangan seksual atau menggunakan kontrasepsi.
    • Minta anda untuk melakukan pemeriksaan faraj.
    • Ambil keputihan anda untuk digunakan sebagai sampel yang akan diperiksa untuk jangkitan.
    • Mengambil sampel darah supaya dapat diuji untuk jangkitan seksual yang lain

    Rawatan untuk keputihan tidak normal

    keputihan tidak normal

    Rawatan akan bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah anda, tetapi sering melibatkan ubat dalam tempoh yang singkat.

    Berikut adalah beberapa petua untuk mencegah jangkitan faraj yang boleh mengakibatkan keputihan tidak normal:

    • Menjaga kebersihan faraj yang baik dengan membasuh secara kerap menggunakan sabun lembut dan air hangat.
    • Elakkan daripada sabun wangi dan produk feminin atau douche.
    • Selepas ke bilik mandi, sentiasa lap dari depan ke belakang untuk melindungi faraj daripada serangan bakteria dan menyebabkan jangkitan.
    • Pakai seluar dalam dengan 100% kapas dan elakkan memakai pakaian yang sangat ketat.

    Peringatan untuk remaja dan wanita selepas menopaus

    Adalah luar biasa untuk gadis muda (remaja) mengalami keputihan yang tidakn normal sebelum bermula akil baligh. Jumpa doktor jika ia berlaku. Ini kerana keputihan  boleh menyebabkan keradangan vulva yang disebabkan oleh bakteria streptococcal.

    Keputihan yang tidak normal juga jarang berlaku pada wanita yang lebih berusia. Jumpa doktor anda jika  mengalami menopaus dan mendapat keputihan tidak normal atau pendarahan faraj.

    Penyebabnya boleh menjadi antara senarai di atas. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi perkembangan rahim atau lapisan serviks (polip serviks) atau kemungkinan kanser rahim.

    Adalah penting untuk mendiagnosis kanser rahim seawal yang mungkin, jadi jangan abaikan simptom-simptom, terutamanya pendarahan faraj.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 07/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan