backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ibu Hamil Alami Tekanan? Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ini RISIKO Pada Janin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/02/2022

    Ibu Hamil Alami Tekanan? Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ini RISIKO Pada Janin

    Tekanan dialami oleh ibu mengandung bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Pernah tak terfikir mengenai reaksi janin saat ibu menangis? Jom ketahuinya…

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Kesejahteraan ibu mengandung

    Kehadiran cahaya mata pastinya sesuatu yang menggembirakan, namun pada masa yang sama, ia akan mencabar mental dan fizikal anda.

    Maka, usah terkejut sekiranya anda akan mengalami perubahan emosi waktu hamil.

    Sememangnya normal untuk anda berasa bimbang atau khuatir tentang apa yang akan terjadi sepanjang tempoh kehamilan. Ia dialami oleh kebanyakan ibu mengandung. 

    Selain itu, kehamilan itu sendiri juga boleh menimbulkan tekanan. Ia boleh berkaitan perubahan hormon dan fizikal atau kesan daripada pengalaman mengandung sebelum ini. 

    Atas sebab-sebab yang dikongsikan di atas, ini bermakna kehamilan juga boleh meningkatkan kemungkinan untuk seorang wanita hamil mengalami isu berkaitan kesihatan mental.

    Jangan terkejut ya, jika tekanan yang dialami boleh memberi kesan kepada reaksi janin saat ibu menangis. Tak percaya? Teruskan pembacaan anda. 

    reaksi janin saat ibu menangis

    Kaitan kesihatan mental dengan reaksi janin saat ibu menangis?

    Sebelum persoalan itu terjawab, kita fahami terlebih dahulu mengenai kesihatan mental.

    Umumnya, wanita dan lelaki boleh mengalami masalah kesihatan mental semasa kehamilan, disebut sebagai tempoh antenatal, dan juga selepas kelahiran yang dirujuk sebagai jangka waktu selepas bersalin.

    Bagi sesetengah individu, kehamilan boleh menyebabkan keadaan seperti:

    • Depresi

    Merupakan kesedihan, perasaan sedih atau mudah marah selama berminggu atau berbulan-bulan pada satu masa. 

    Sesetengah ibu mengandung mungkin menghidap kemurungan sebelum hamil. 

    Namun ada juga yang mengalaminya semasa kehamilan yang disebabkan faktor seperti tidak bersedia untuk hamil atau berdepan tekanan di tempat kerja atau rumah.

    • Kegelisahan 

    Perasaan bimbang atau takut terhadap perkara yang mungkin berlaku. Sekiranya anda terlalu risau, banyak perkara yang boleh membuat anda tertekan semasa hamil.

    Anda mungkin bimbang sukar menjadi ibu yang baik atau tidak mampu membesarkan bayi.

    • Gangguan bipolar

    Gangguan bipolar ini melibatkan perubahan mood yang melampau daripada mania ke kemurungan dan sebaliknya.

    reaksi janin saat ibu menangis

    • Gangguan stres pasca trauma (PTSD)

    PTSD melibatkan keadaan apabila individu mengalami episod panik yang dirangsang oleh pengalaman lalu.

    • Serangan panik

    Berkaitan tindak balas fizikal secara tiba-tiba dan sengit. Disertai dengan perasaan takut yang tidak dapat dijelaskan.

    • Gangguan obsesif-kompulsif

    Sejenis gangguan kegelisahan yang tidak boleh dikawal, obses pada pemikiran dan perilaku.

    • Gangguan pemakanan

    Melibatkan keadaan seperti bulimia atau anoreksia nervosa.

    Terdapat faktor-faktor tertentu yang membuatkan ibu mengandung lebih terdedah kepada risiko untuk mengembangkan masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kegelisahan.

    Ini termasuklah:

    • Sejarah kesihatan berkaitan kesihatan mental
    • Berasakan diri tidak mendapat sokongan yang mencukupi
    • Melalui masa yang sukar seperti berkaitan perhubungan
    • Sejarah silam berkaitan trauma atau penderaan
    • Masalah dengan alkohol atau dadah

    Apabila tekanan berlebihan dialami ibu mengandung, sudah tentu ia akan memberi kesan kepada kandungannya. 

    Tetapi apakah kesannya? Dan bagaimana pula dengan reaksi janin saat ibu menangis?

    Baca juga:

    Tekanan vs reaksi janin saat ibu menangis

    Apabila mengalami tekanan, cara paling mudah untuk melepaskannya adalah dengan menangis. 

    Namun begitu, kesan ibu mengandung menangis semasa trimester kedua atau pada bila-bila masa ketika kehamilan boleh memberi impak kepada bayi dalam kandungan. 

    Berikut adalah beberapa kategori yang menggambarkan betapa menangis semasa mengandung tidak baik untuk bayi:

    1. Sekiranya anda ibu yang tertekan…

    Tekanan yang dialami sekali-sekala tidak akan membahayakan bayi anda.

    Walau bagaimanapun, jika anda mengalami kegelisahan dan tekanan kronik, ia boleh menyebabkan tubuh anda menghasilkan kortisol, hormon stres.

    Hormon ini boleh disalurkan kepada bayi anda melalui plasenta. 

    Sekiranya bayi anda selalu terdedah kepada hormon ini semasa dalam kandungan, kemungkinan anda akan lahir dengan bayi yang cemas dan kolik.

    2. Sekiranya anda ibu yang kemurungan…

    Dianggarkan lebih 10% wanita hamil mengalami kemurungan, ia ternyata tidak baik untuk anak dalam kandungan kerana boleh memberi kesan buruk kepadanya di kemudian hari.

    Anak yang dilahirkan ibu dengan masalah kesihatan mental kemurungan secara klinikal cenderung untuk turut berdepan situasi yang sama selain mengalami kemunduran emosi. 

    reaksi janin saat ibu menangis

    Reaksi janin saat ibu menangis #3. Sekiranya anda yang tidak bersedia untuk hamil…

    Andainya anda tidak senang dengan kehamilan, malah membenci anak yang dikandung kerana menyusahkan secara fizikal dan mental, kemungkinan besar ia akan memburukkan lagi keadaan kesihatan mental anda. 

    Kesannya kepada bayi adalah mereka cenderung mengalami masalah emosi sejak kecil.

    4. Sekiranya anda ibu yang sering mengalami hari yang tidak menggembirakan…

    Ada hari tertentu ibu hamil akan mengalami tekanan.

    Ini kerana dengan segala perubahan yang berlaku secara fizikal dan mental, pastinya tidak masuk akal untuk mengharapkan anda gembira dan kebal daripada kesakitan serta ketidakselesaan sepanjang kehamilan.

    Umumnya, tekanan dan kemurungan sekali-sekala tidak akan memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.

    Kesimpulan

    Menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan diri ketika hamil adalah sama pentingnya seperti penjagaan fizikal.

    Sekiranya anda sihat secara mental, anda akan berada dalam kedudukan terbaik untuk menguruskan cabaran kehamilan dan kehidupan dengan bayi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/02/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan