backup og meta

Alamak! Isteri Alami Perubahan Mood Yang Kronik Semasa Hamil, Ini 7 Cara Nak Melayan Karenah Dia

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/07/2020

    Alamak! Isteri Alami Perubahan Mood Yang Kronik Semasa Hamil, Ini 7 Cara Nak Melayan Karenah Dia

    Wanita dan mood swings adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Lapar akan jadi moody, datang bulan pun boleh moody. Masa mengandung lagilah, tahap perubahan mood tu jadi kronik. Moody dia tak boleh buat main-main. Tapi betul ke macam tu?

    Tip mengatasi mood swings isteri 

    Biasanya kalau isteri alami moody pastinya suami pening kepala ‘nak’ melayan, bukan? Apatah lagi kalau isteri tengah pregnant. Pelbagai cara sudah dilakukan tapi masih moody, jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Jangan risau, Hello Doktor ada cara penyelesaiannya.

    Berikut adalah beberapa langkah yang boleh dicuba. Semoga berjaya.

    1. Tenangkan isteri

    Kalau isteri mengalami perubahan emosi; elok-elok bergelak ketawa, tiba-tiba ‘mai’ angin kus-kus dia. Bertenang. Jangan bertanya pelbagai soalan. Sebaiknya sebagai suami, usapkan kepala dan peluklah isteri anda. Kalau isteri menangis, lapkan air mata yang mengalir itu. Selepas emosi isteri sudah bertambah baik, baru bertanyakan apa yang berlaku.

    1. Meminta maaf

    Apa yang berlaku apabila anda sedang marah dan tiba-tiba ada individu datang meminta maaf? Rasa sejuk bukan hati itu? Haa…macam itulah juga keadaan si isteri yang mengandung dan mood swings. Anda mungkin tidak bersalah dan tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi demi memperbaiki keadaan, tiada salah pun anda meminta maaf. 

    1. Mendengar

    Wanita sememangnya insan yang rumit. Adakalanya mereka cuma mahu didengari, apatah lagi dalam keadaan moody. Jadi pinjamkan bahu dan telinga anda. Dengarkanlah segala luahan hati isteri anda. Biarkan dia membebel apa sekalipun, usah menyampuk. Kecuali pandangan dan pendapat anda diperlukan. Pastinya selepas itu emosi akan bertambah baik.

    1. Bergurau

    Sebagai suami, anda pastinya dapat mengesan jika berlakunya perubahan emosi pada isteri anda, bukan? Pada ketika emosinya sedang memuncak, sebaiknya jangan ganggu jika anda tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Namun, sebaik sahaja anda perasan emosi isteri semakin baik, cubalah bergurau dengan isteri anda. Ia pastinya dapat membantu menyingkirkan emosi negatif tersebut. 

    1. Saling mengingati

    Emosi yang negatif sememangnya tidak baik untuk bayi di dalam kandungan. Malah kerap mengalami mood swings juga tidak baik untuk kesihatan ibu. Jadi apabila isteri anda dalam keadaan yang baik, ingatkanlah kepadanya tentang impak moody kepada dirinya dan bayi. Ini sudah tentu boleh membantu mengurangkan berlakunya moody

    1. Makanan kegemaran

    Sukar untuk seseorang individu mengelak apabila dihidangkan makanan kegemaran, bukan? Jadi mungkin cara mengendalikan bini mengandung yang mengalami mood swings adalah dengan menghidangkan makanan kegemarannya. Perut kenyang, hati pun riang.

    1. Berikan ruang

    Jika semua cara di atas sudah cuba dilakukan tetapi masih tidak berjaya memujuk atau mengurangkan mood swings si isteri, mungkin cara terbaik adalah untuk memberikan isteri ruang. Biarkan dia melayan perubahan emosinya secara sendirian selagi dia tidak melakukan sebarang perkara yang berbahaya. Jika dia inginkan ‘me-time’ bersama kawan-kawannya, jangan dihalang. 

    Tenangkan diri

    Berdepan dan melayani isteri mengandung yang moody bukanlah satu perkara yang senang. Adakalanya tidak dinafikan ia akan menguji kesabaran anda. Namun jangan pula anda turut sama menjadi moody yer. Lagipun isteri anda sedang mengandungkan zuriat anda, bukan?  Banyakkan bersabar.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan