backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Wanita PCOS Boleh Hamil? Ambil Tahu Ini Kerana Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 28/04/2023

    Wanita PCOS Boleh Hamil? Ambil Tahu Ini Kerana Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

    Mempunyai penyakit PCOS (sindrom ovarium polikistik) ketika mengandung mampu menyulitkan proses kehamilan mahupun bersalin.

    Walau bagaimanapun, tidak mustahil bagi mereka yang menghidapi kondisi ini untuk menjalani kehidupan normal seperti para ibu yang lain.

    Teruskan membaca untuk mengetahui apakah pcos berbahaya serta kesan kondisi ini terhadap bayi dan apa cara yang perlu bagi melindungi kehamilan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Penyakit PCOS & ketidaksuburan

    Seperti yang kita sedia maklum, masalah PCOS mampu menyukarkan peluang untuk hamil.

    Ini kerana ia mempunyai kaitan dengan tahap hormon lelaki tinggi yang menghalang pembebasan telur (ovulasi).

    Pun begitu, anda boleh meningkatkan peluang untuk hamil dengan melakukan perkara seperti:

  • Mengekalkan berat badan yang sihat. Penurunan 5 sehingga 10% berat terbukti dapat meningkatkan peluang hamil
  • Mengamalkan pemakanan sihat
  • Bersenam
  • Memantau ovulasi dan aktiviti seksual sekitar tempoh ovulasi
  • Sekiranya anda telah melakukan beberapa perubahan dan masih tidak membuahkan hasil, doktor mungkin menyarankan untuk melakukan ujian kesuburan.

    Anda juga mungkin akan diberikan preskripsi ubat kesuburan untuk membantu ovulasi.

    Jika ia tidak berkesan, berkemungkinan doktor akan mencadangkan pembedahan untuk membuang sejumlah kecil tisu yang menghasilkan lebihan hormon lelaki pada ovari.

    penyakit pcos

    Pilihan lain adalah untuk menjalani prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF), untuk peluang persenyawaan yang lebih tinggi.

    Pun begitu, ia merupakan pilihan yang memerlukan perbelanjaan tinggi. IVF biasanya dipertimbangkan apabila pilihan sedia ada yang lain tidak berjaya.

    Dalam kebanyakan kes, melalui perubahan gaya hidup serta rawatan kesuburan, majoriti wanita dengan sindrom ovari polisistik berjaya hamil.

    Risiko kepada ibu & kandungan

    • Keguguran

    Malangnya, kajian mengatakan wanita dengan penyakit PCOS cenderung untuk mengalami keguguran pada bulan awal kehamilan berbanding wanita tanpa PCOS.

    Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa metformin berpotensi dalam mengurangkan risiko keguguran pada wanita hamil dengan PCOS.

    • Gestational diabetes (diabetes kehamilan)

    Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis diabetes yang hanya dialami oleh wanita hamil.

    Ia boleh dirawat dan, jika dikawal, tidak menimbulkan masalah yang besar pada ibu atau janin.

    Dalam kebanyakan kes, kondisi ini hilang setelah bayi dilahirkan.

    Bayi yang ibunya menghidap diabetes ini juga berpotensi untuk menjadi sangat besar (mengakibatkan pembedahan caesar), mempunyai gula darah yang rendah dan mengalami masalah bernafas.

    Bukan itu sahaja, wanita dengan diabetes kehamilan bersama anak-anak mereka, berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2 di kemudian hari.

    penyakit pcos

  • Preeklampsia
  • Preeklampsia, peningkatan tekanan darah secara tiba-tiba setelah minggu ke-20 kehamilan, boleh mempengaruhi buah pinggang, hati, dan otak si ibu.

    Sekiranya tidak dirawat, preeklampsia boleh berubah menjadi eklampsia.

    Eklampsia mampu menyebabkan kerosakan organ, sawan malah kematian!

    Jika terjadi, rawatan utama untuk kondisi ini adalah dengan melahirkan bayi, bahkan lebih awal jika perlu.

    • Kelahiran pramatang

    Bayi dianggap sebagai preterm jika mereka dilahirkan sebelum cukup 37 minggu kehamilan.

    Mereka juga berisiko menghadapi banyak komplikasi kesihatan, baik setelah dilahirkan atau pada kemudian hari, dan beberapa masalah ini boleh menjadi serius.

    Apa yang boleh dilakukan untuk jaga kandungan?

    Seperti yang telah dijelaskan, wanita dengan penyakit PCOS berkemungkinan untuk mengalami masalah kesuburan dan jika hamil, komplikasi kehamilan boleh berlaku.

    Oleh sebab pesakit PCOS mudah mendapat masalah kerintangan insulin, pengambilan metformin boleh membantu mengawal paras gula di dalam darah.

    Metformin adalah sejenis ubat yang kerap digunakan untuk pesakit kencing manis jenis 2 yang mempunyai paras gula darah yang tinggi disebabkan badannya rintang terhadap insulin.

    Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi untuk mengawal paras gula di dalam darah.

    penyakit pcos

    Dengan penggunaan metformin, ia tidak bertindak dengan meningkatkan paras hormon insulin tetapi sebaliknya menyebabkan sel-sel di dalam badan lebih sensitif kepada insulin.

    Di samping itu, ia mengurangkan penghasilan gula daripada hati, memperlahankan penyerapan gula daripada usus dan meningkatkan penyerapan gula oleh sel-sel di dalam badan.

    Terdapat kajian menunjukkan  metformin mempunyai kesan positif dalam mengurangkan kadar keguguran pada wanita dengan penyakit PCOS.

    Walaupun begitu, terdapat kerisauan dengan pengambilan metformin selepas ujian positif untuk kehamilan.

    Sekiranya terdapat wanita yang termakan metformin semasa trimester pertama kehamilannya, ada kajian yang telah menunjukkan tiada risiko abnormaliti pada kandungannya.

    Akan tetapi, buat masa sekarang tiada bukti kajian yang kukuh buat masa ini untuk menyokong penggunaan metformin bagi tujuan tersebut.

    Sekiranya anda hamil dengan penyakit PCOS, berbincanglah dengan doktor masing-masing yang merawati untuk mendapatkan nasihat mengenai penggunaan metformin.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 28/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan