backup og meta

RAHSIA Untuk Tambah Zuriat, Encik Suami Kena Pastikan Isteri Puas Di Ranjang?

RAHSIA Untuk Tambah Zuriat, Encik Suami Kena Pastikan Isteri Puas Di Ranjang?

Lelaki perlu mengalami ejakulasi untuk berlakunya kehamilan. Tetapi bagaimana pula dengan wanita klimaks? Ini penjelasan sama ada orgasme mudahkan peluang hamil atau tidak.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual sila dapatkannya di sini.

Apa kaitan orgasme dengan peluang hamil?

Wujud mitos yang mempercayai bahawa apabila wanita klimaks, ia akan meningkatkan peluang untuk kehamilan itu terjadi. Betul ke?

Banyak perkara yang berlaku kepada badan semasa anda sedang orgasme. Tekanan darah dan degupan jantung akan naik. Otak pula akan hasilkan hormon oxytocin.

Sama ada orgasme yang dialami wanita akan memudahkan kehamilan masih tidak dapat dipastikan. 

Hakikatnya anda masih boleh ada peluang hamil walaupun tanpa alami klimaks.

Penyelidik masih tertanya-tanya apa fungsi perempuan klimaks. Ada teori yang mengatakan ia sekadar untuk keseronokan.

Namun terdapat juga golongan yang percaya ia dapat membantu kehamilan.

Jika benar wanita klimaks memudahkan anda untuk hamil, bagaimana caranya ia berfungsi?

wanita klimaks

Teori wanita klimaks dan kesuburan

Terdapat 2 hipotesis utama berkaitan wanita orgasme dapat membantu kehamilan.

  • Teori poleaxe
  • Teori Upsuck 

Teori poleaxe

Teori ini menyatakan bahawa tujuan klimaks pada perempuan adalah untuk membuatkan mereka relaks dan mengantuk.

Ini akan membuatkan wanita berbaring selepas melakukan seks.

Ideanya adalah ia membantu sperma untuk sampai ke destinasi dengan lebih mudah.

Tetapi masih tidak jelas sama ada berbaring atau tidak selepas seks menyebabkan anda mudah mengandung.

Teori Upsuck

Teori ini pula menyebut pengecutan rahim membantu ‘menyedut’ air mani dalam faraj ke bahagian berhampiran serviks. 

Apabila wanita klimaks, ia akan menggerakkan sperma melalui rahim dan tiub fallopio.

Terdapat kajian yang mengukur jumlah ‘aliran balik’ air mani – iaitu berapa banyak air mani yang keluar setelah selesai aktiviti seks.

Penyelidik mendapati bahawa ketika orgasme wanita berlaku seminit atau kurang sebelum ejakulasi pada lelaki, pengekalan sperma lebih besar.

Bagaimana jika klimaks berlaku selepas ejakulasi lelaki?

Menurut pengkaji, selagi klimaks tersebut antara tempoh 45 minit selepas ejakulasi lelaki, tahap pengekalan sperma masih kekal tinggi.

Walau bagaimanapun, kajian ini tidak melihat kepada kadar kehamilan.

Kekerapan wanita klimaks dan potensi kesuburan

Umumnya, setakat ini masih tiada lagi kajian secara langsung mengaitkan orgasme wanita dengan kesuburan. 

Namun, ada 1 kajian yang menghubungkan antara kadar klimaks bagi perempuan dengan jumlah anak dimiliki. 

Kajian tersebut melibatkan 8,000 kembar wanita dan adik-beradiknya. 

wanita klimaks

Setiap responden perlu berkongsi maklumat tentang kekerapan seks dan orgasme, sama ada sukar untuk mencapai klimaks dan keturunan biologi mereka. 

Hasilnya, pengkaji mendapati terdapat hubungan yang lemah tetapi signifikan antara kadar orgasme dan bilangan anak.

Namun apabila melibatkan faktor persekitaran, hubungan itu hilang. Ini bermakna, tiada kaitan genetik antara kekerapan klimaks dengan tahap kesuburan.

Berdasarkan kajian ini, kemampuan seorang perempuan klimaks atau sebaliknya, tidak akan mempengaruhi potensi kesuburan.

Kaitan antara orgasme, ovulasi dan kehamilan

Tidak kira sama ada orgasme membantu anda hamil atau tidak, tetapi ovulasi dan kehamilan memberi kesan kepada klimaks.

Anda lebih cenderung mengalami orgasme pada hari-hari sebelum ovulasi. Ia disebabkan peningkatan hormon estrogen.

Tahap estrogen lebih tinggi ada kaitan dengan peningkatan cairan serviks (lendir serviks). Cecair itu mewujudkan persekitaran ideal untuk sperma bertahan dan berenang.

Selain itu, rasa ‘basah’ yang dialami turut akan meningkatkan keinginan seksual anda dan menjadikan klimaks mudah berlaku. 

Semasa ovulasi dan kehamilan, orgasme dirasakan lebih kuat kerana peningkatan aliran darah ke kawasan pelvis.

Peningkatan aliran darah serta pembengkakan pelvis menjadi lebih ketara semasa hamil.

Jangan terkejut, kerana ada sesetengah wanita mengalami orgasme buat pertama kalinya ketika sedang berbadan dua.

wanita klimaks

Nikmatinya & usah rasa tertekan… 

Sememangnya, masih tidak dapat diputuskan secara hakiki sama ada perempuan klimaks membantu meningkatkan peluang kehamilan atau sebaliknya.

Walau bagaimanapun, anda mempunyai banyak alasan yang baik untuk mengalami orgasme semasa bersetubuh bersama pasangan.

Klimaks adalah sesuatu yang menyeronokkan, menyenangkan dan membantu melegakan tekanan dengan baik.

Namun, jika keinginan dan kemahuan anda untuk orgasme adalah kerana mahu mempunyai zuriat, anda mungkin akan menghadapi tekanan.

Keadaan tersebut pastinya akan menyukarkan peluang anda untuk mencapai klimaks. Itu belum termasuk dengan kekecewaan apabila ujian UPT anda menunjukkan hasil negatif.

Jadi, berhenti letakkan tekanan serta bebanan pada diri dan enjoy masa bersama pasangan dengan sebaiknya.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Female orgasms: All your questions answered, https://flo.health/menstrual-cycle/sex/pleasure/female-orgasm, Accessed on Jun 3 2020. 
  2. Women’s Orgasm, https://kinseyinstitute.org/pdf/womens%20orgasm%20annual%20review.pdf, Accessed on Jun 3 2020. 
  3. Orgasm, https://my.clevelandclinic.org/health/articles/22969-orgasm, Accessed on Jun 3 2020. 
  4. For Women Who Can’t Orgasm: You’re Not Alone (and There Is Hope). https://health.clevelandclinic.org/theres-help-for-women-who-cant-achieve-orgasm/, Accessed on Jun 3 2020. 
  5. The Science Behind Orgasms: What’s Going On When You’re Getting It On, https://www.healthywomen.org/your-health/sexual-health/science-behind-orgasms, Accessed on Jun 3 2020. 

Versi Terbaru

25/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan