Ada 13 Komplikasi Semasa Mengandung, Paling Bahaya No 7, Jaga-jaga Ibu Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/02/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Kebanyakan wanita mengandung tidak mengalami masalah sepanjang kehamilan. Namun, terdapat juga komplikasi kehamilan mungkin dialami oleh mereka berbadan dua dan ia bahaya!

Sesetengah masalah kesihatan dialami sebelum kehamilan dan mengakibatkan komplikasi semasa mengandung.

Jenis komplikasi kehamilan yang sering dialami

Setiap wanita mengandung mempunyai risiko untuk berdepan sebarang komplikasi semasa berbadan dua. 

Berikut antara jenis komplikasi yang boleh berlaku:

  1. Keguguran

Kehilangan kandungan boleh berlaku pada 20 minggu pertama kehamilan. Kebanyakan berlaku pada trimester pertama – 13 minggu pertama tempoh kehamilan.

Kewujudan kromosom tidak normal atau masalah berkaitan fizikal sistem pembiakan wanita boleh menjadi punca keguguran apabila telur tidak dapat disenyawakan dengan betul.

Tanda keguguran paling biasa adalah pendarahan faraj tidak normal.

  1. Kehamilan ektopik

Berlaku apabila implantasi telur di luar rahim, di tiub fallopio. Kesannya janin tidak dapat membesar dengan baik.

Kehamilan ektopik boleh menyebabkan kesakitan teruk dan kerosakan sistem pembiakan wanita serta berpotensi mengancam nyawa.

Apabila janin terus membesar, tiub fallopio boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman yang teruk (hemorrhage).

  1. Diabetes gestasi

Antara komplikasi kehamilan paling biasa berlaku adalah kencing manis semasa mengandung. 

Majoriti wanita dengan diabetes gestasi dapat melahirkan bayi sihat, tetapi diabetes yang dialami meningkatkan risiko untuk bayi mempunyai saiz badan lebih besar.

Risiko kesihatan lain kepada bayi ialah hipoglikemia selepas kelahiran.

  1. Masalah serviks

Tumbesaran bayi memberikan tekanan kepada serviks wanita mengandung. Dalam kes jarang berlaku, tekanan berlebihan mengakibatkan serviks tidak dapat mengendalikannya. 

Kesannya serviks terbuka sebelum bayi bersedia untuk dilahirkan. Keadaan ini dipanggil serviks tidak kompeten dan biasanya mak buyung tidak mengalami sebarang simptom.

  1. Penyakit plasenta

Gangguan berlaku apabila plasenta atau sebahagiannya terpisah daripada rahim sebelum bayi dilahirkan. 

Akibatnya janin tidak dapat menerima nutrien dan oksigen dengan betul. Keadaan ini paling kerap berlaku pada trimester ketiga kehamilan. 

Gejala paling biasa seperti pendarahan faraj, kontraksi dan sakit perut. 

  1. Previa plasenta

Komplikasi kehamilan yang jarang berlaku. Ia melibatkan keadaan plasenta terletak di bahagian bawah uterus, menutup sebahagian atau keseluruhan serviks.

Berlaku pada trimester kedua atau ketiga dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius. 

Andai tidak dirawat, pendarahan tersebut boleh mengakibatkan kematian.

  1. Masalah kuantiti air ketuban

Cecair amniotik atau air ketuban berfungsi sebagai perlindungan kepada janin

Namun jika wanita mengandung mempunyai cecair amniotik sedikit, oligohidramnios atau terlalu banyak, polihidramnios, ia boleh mengganggu fungsi normal rahim.

Jika kurang, ia boleh menjejaskan tumbesaran otot, anggota badan, paru-paru dan sistem pencernaan bayi.

Dalam kes jarang berlaku, air ketuban yang berlebihan pula boleh mengakibatkan:

  • Pemecahan pramatang membran ambiotik
  • Gangguan plasenta
  • Kelahiran pramatang
  • Pendarahan selepas bersalin (postpartum hemorrhage)

13-komplikasi-kehamilan

  1. Preeklampsia

Keadaan komplikasi kehamilan melibatkan tekanan darah tinggi dan tahap protein tinggi dalam air kencing.

Biasanya berkembang selepas tempoh 20 minggu kehamilan. Namun ada risiko untuk berlaku lebih awal atau selepas kehamilan. 

Dalam kes kritikal, wanita mengandung dengan masalah preeklampsia boleh alami gejala:

  • Sakit kepala teruk
  • Penglihatan kabur 
  • Sakit perut bahagian atas
  • Loya
  • Muntah
  • Pening
  • Kuantiti air kencing berkurangan
  • Kenaikan berat badan mendadak
  • Bengkak pada muka dan tangan

Dapatkan pemeriksaan doktor segera jika mengalami simptom sakit kepala, penglihatan kabur atau sakit abdomen yang teruk.

  1. Kelahiran pramatang

Berlaku selepas minggu ke-20 atau sebelum minggu ke-37 kehamilan. Kebanyakan kes kelahiran pramatang berlaku secara spontan.

Namun ada juga proses kelahiran yang berlaku disebabkan komplikasi kepada ibu atau kandungan.

  1. Trombosis vena

Merupakan gumpalan darah yang biasa berkembang pada urat kaki. Wanita mengandung terdedah kepada keadaan ini sepanjang kehamilan dan selepas bersalin

Keadaan ini berlaku apabila tumbesaran rahim menyukarkan darah pada bahagian bawah badan untuk kembali ke jantung.

Ia jarang terjadi, namun masalah trombosis urat dalam adalah keadaan berbahaya jika ia berlaku. 

  1. Molar kehamilan

Antara komplikasi kehamilan yang boleh berlaku adalah melibatkan keabnormalan pada plasenta. 

Terjadi apabila jisim tidak normal pada embrio terbentuk di dalam rahim selepas persenyawaan. Keadaan ini turut dikenali sebagai penyakit trofoblastik kehamilan. 

Sekiranya terjadi, wanita mengandung dengan situasi ini memerlukan pelebaran (dilation) dan curettage (D&C) segera.

Rawatan lanjut yang teliti juga diperlukan kerana tisu molar boleh tumbuh semula dan berkembang menjadi barah. 

  1. Sindrom HELLP

Adalah hemolisis, peningkatan enzim hati dan jumlah platelet rendah (hemolysis, elevated liver enzymes, and low platelet count), keadaan disebabkan kelainan hati dan darah.

Ia boleh terjadi sendiri atau berkaitan preeklampsia. Simptom lain yang boleh berlaku:

  • Loya
  • Sakit gastrousus
  • Sakit kepala
  • Kegatalan teruk

wanita mengandung

HELLP memerlukan proses kelahiran segera kerana terdapat risiko kesan kesihatan serius kepada wanita mengandung, seperti kerosakan kekal sistem saraf, paru-paru dan ginjal.

  1. Eklampsia

Terjadi apabila preeklampsia berkembang dan menyerang sistem saraf pusat, kesannya terjadi kekejangan.

Ia komplikasi kehamilan serius dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan maut kepada ibu serta kandungan. 

Dengan penjagaan pranatal yang betul, preeklampsia dapat dikawal dan dicegah daripada menjadi eklampsia.

Jika anda berasakan keadaan yang tidak normal pada diri sepanjang kehamilan, dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor dengan segera.

 

Adakah Anda Sedang Menambah Berat Semasa Hamil?

Jom semak pertambahan berat badan ibu yang normal sewaktu mengandung

Semak Sekarang!
parenting

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

Anda tahu apa itu kencing manis? Adakah anda juga tahu apa itu GDM? Kedua-duanya sangat berkait rapat dengan ibu hamil. Inilah maksud GDM...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kencing Manis 15/02/2021 . 3 minit bacaan

Wahai Lelaki, Amalkan 7 Tip Ini Kalau Nak Anak, #3 Tu Wajib Ikut!

Terdapat banyak tips lelaki berkaitan dengan topik kehamilan di luar sana. Seperti yang anda sedia maklum, bukan wanita sahaja yang perlu membuat persiapan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Lelaki Lain 10/02/2021 . 3 minit bacaan

Suntikan Flu, Paracetamol & Ibuprofen: Ini Pilihan Selamat Rawat Selesema & Flu Ketika Hamil

Wanita hamil sememangnya lebih terdedah untuk jatuh sakit seperti demam mahupun selesema. Jadi apakah petua hilangkan selsema yang boleh diamalkan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Masalah Kehamilan, Tips Hamil 08/01/2021 . 3 minit bacaan

Periksa Rahim Melalui Faraj, Ini Cara Doktor Lakukan Scan TVS Ultrasound Transvaginal

Apa itu ujian ultrasound transvaginal? Bunyi seperti menyakitkan. Artikel akan perjelaskan keperluan scan melalui faraj yang melibatkan masalah kesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Haid, Kesihatan Wanita 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kehamilan anggur

Janin Tidak Membesar Dalam Kandungan? Ini Antara Risiko Kehamilan Anggur, Ibu Kena Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
bila boleh buat pregnancy test

Jika Alami 9 Tanda Ini, Anda PATUT Buat Ujian Kehamilan, No. 1 & 5 Paling Biasa Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
bahaya kencing manis

Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
pendarahan awal kehamilan

Hamil TAPI Kenapa Ada Pendarahan, Takkan ‘Period’? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan