Punca sakit kepala ketika hamil mengikut trimester
Ramai wanita mengalami sakit kepala ketika hamil, ini terutamanya semasa trimester pertama dan ketiga.
Jika anda tergolong dalam kelompok wanita yang berbadan dua, terdapat kemungkinan besar untuk menghadapi peningkatan jumlah sakit kepala atau migrain sekitar minggu ke-19 tempoh mengandung.
Selain berpunca daripada perubahan hormon, sakit kepala pada peringkat awal kehamilan juga boleh disebabkan oleh peningkatan jumlah darah yang dihasilkan tubuh anda.
Trimester pertama
Sakit kepala ketegangan adalah perkara biasa pada trimester pertama kehamilan anda. Ia mungkin berlaku kerana tubuh mengalami beberapa perubahan pada ketika ini.
Perubahan berikut boleh mencetuskan sakit kepala:
Penyebab lain sakit kepala yang kerap pada trimester pertama kehamilan termasuklah:
- Dehidrasi
- Pening dan muntah
- Tekanan
- Kurang tidur
- Pengambilan kafein
- Diet pemakanan yang tidak seimbang
- Tahap gula dalam darah rendah
- Kurang melakukan aktiviti fizikal
- Kepekaan/ sensitif terhadap cahaya
- Perubahan penglihatan

Sesetengah jenis makanan juga boleh menyebabkan sakit kepala ketika hamil. Makanan yang menjadi punca pencetus sakit kepala mungkin berubah semasa tempoh mengandung.
Antara jenis makanan yang biasanya menyebabkan sakit kepala adalah seperti:
- Produk tenusu
- Coklat
- Keju
- Yis
- Tomato
Trimester kedua dan ketiga
Masalah kepala berdenyut yang berlaku pada trimester kedua dan ketiga mungkin disebabkan punca yang berbeza, antaranya:
- Pertambahan berat badan yang berlebihan
- Postur badan
- Tidak mendapat tidur yang mencukupi
- Diet pemakanan
- Ketegangan otot
- Tekanan darah tinggi
- Diabetes
Kesakitan lain yang mungkin turut dirasai adalah:
- Loya
- Muntah
- Melihat garis atau kilatan cahaya
- Mengalami titik buta
Masalah kepala berdenyut juga cenderung berkaitan dengan postur badan yang lemah dan ketegangan akibat membawa berat badan berlebihan.
Sakit kepala semasa trimester ketiga juga mungkin disebabkan oleh keadaan yang disebut preeklampsia, iaitu tekanan darah tinggi semasa kehamilan.
Tekanan darah tinggi
Sakit kepala ketika hamil dalam tempoh trimester kedua dan ketiga kehamilan mungkin petanda anda mengalami masalah tekanan darah tinggi. Biasanya berlaku selepas minggu ke-20 kehamilan.
Risiko yang boleh berlaku disebabkan masalah tekanan darah tinggi:
Cara merawat sakit kepala sepanjang tempoh mengandung
Berdasarkan keadaan anda semasa mengandung, doktor mungkin akan mengesyorkan acetaminophen.
Pun begitu, terdapat beberapa cara untuk meredakan sakit kepala dengan kaedah semula jadi yang boleh dicuba:

- Sekiranya anda mengalami sakit kepala sinus, letakkan mampatan hangat di sekitar mata dan hidung.
- Jika mengalami sakit kepala ketegangan, letakkan mampatan sejuk atau pek ais di bahagian bawah leher anda.
- Kekalkan paras gula darah dengan saiz hidangan makanan yang lebih kecil tetapi kerap – ini juga dapat membantu mencegah sakit kepala.
- Dapatkan urutan – mengurut bahu dan leher adalah kaedah yang berkesan untuk menghilangkan rasa sakit.
- Rehat di bilik yang gelap dan amalkan pernafasan mendalam.
- Lakukan mandian air suam.
- Amalkan postur badan yang baik, terutamanya semasa trimester ketiga.
- Pastikan badan mendapat rehat yang mencukupi dan sentiasa dalam keadaan tenang.
- Lakukan senaman secara berkala.
- Amalkan pemakanan seimbang.
Pemeriksaan doktor
Bagi menjawab persoalan utama mengenai sama ada normal atau tidak untuk mengalami sakit kepala ketika hamil, jawapannya YA.
Ia satu keadaan normal. Pun begitu, jika anda mengalami sakit kepala dalam tempoh mengandung, dinasihatkan untuk segera melakukan pemeriksaan doktor.