backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Bila Boleh Buka Buku Pink? Ini Jawapannya Untuk Bakal Ibu, Pastikan Jangan Lambat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman Ā· Dokter Umum Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa Ā· Disemak pada 3 minggu lalu

    Bila Boleh Buka Buku Pink? Ini Jawapannya Untuk Bakal Ibu, Pastikan Jangan Lambat!

    Persoalan bila boleh buka buku pink pastinya antara yang sering bermain di fikiran wanita yang pertama kali bergelar ibu, betul tak?

    Jika anda salah seorang daripadanya, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui jawapannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Buka buku pink

    Sebelum persoalan mengenai bila boleh buka buku pink atau buku pranatal terjawab, ayuh kita ketahui secara ringkas tujuan penggunaan buku ini.

    Buku pink atau nama rasminya adalah Rekod Kesihatan Ibu ini merupakan buku yang merekodkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan.

    Umumnya, seorang wanita yang sedang hamil memerlukan pengawasan, pemeriksaan rapi dan berterusan bagi memastikan mereka sentiasa berada pada tahap kesihatan yang baik. Ini kerana mereka akan banyak melalui perubahan pada badan serta fisiologi mereka.

    Bukan sekadar itu sahaja, dalam masa yang sama kesihatan bayi dalam kandungan juga akan diperiksa.

    Persoalannya, bila boleh buka buku pink?

    Biasanya buku pink ini boleh dibuka sebaik sahaja ibu yakin bahawa dirinya hamil sehingga sebelum berakhirnya trimester pertama. Jika anda terlewat untuk membuat buku pink, anda akan dilabel sebagai ā€˜late bookingā€™.

    Bagaimana untuk yakin bahawa diri mengandung? Sudah tentulah dengan melakukan ujian menggunakan kit kehamilan di rumah.

    Anda perlu mengenal pasti Klinik Kerajaan atau Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) yang berdekatan dengan alamat tempat tinggal semasa.

    Untuk mereka yang pertama kali ke KKIA bagi pemeriksaan pranatal dan membuka buku pink, pastikan anda membawa bersama dokumen-dokumen berikut:

    • Kad pengenalan diri
    • Kad pengenalan suami
    • Gambar ukuran passport anda dan pasangan
    • Sijil nikahĀ 
    • Bil air/elektrik rumah untuk pengesahan alamat
    • Surat rujukan doktor atau klinik lain ā€“ jika ada

    Baca juga:

    Bila boleh buka buku pink: Pemeriksaan pertamaĀ 

    Sebelum buku pink dibuka dan dikeluarkan oleh KKIA, terdapat prosedur pemeriksaan yang perlu bakal ibu jalani. Perlu diingatkan bahawa ia adalah proses yang agak memakan masa, jadi bersabar ya?

    Mengukur tinggi & berat

    Jururawat akan mengukur tinggi dan berat serta merekod kesihatan anda berdasarkan maklumat yang diperlukan ā€“ seperti kitaran haid, masalah serta sejarah perubatan lampau.

    Tarikh jangkaan bersalin

    Anda akan mengetahui tarikh jangkaan bersalin (EDD) yang akan dikira berdasarkan tarikh hari pertama haid terakhir.

    Ujian air kencing

    Ujian ini perlu dilakukan bagi memeriksa kandungan protein dan gula dalam air kencing. Jika ini adalah kehamilan pertama, anda akan diberikan suntikan kancing gigi.Ā 

    Bila boleh buka buku pink #Pemberian suplemen

    bila boleh buka buku pink

    Anda juga akan dibekalkan dengan vitamin pranatal seperti vitamin C, vitamin B kompleks, asid folik dan zat besi.

    Ia merupakan makanan tambahan yang wajib diambil sekali sehari bagi menyokong tumbesaran janin.

    Tarikh janji temu

    Selepas selesai semuanya, tarikh janji temu seterusnya akan diberikan dan direkod di dalam buku pink untuk rujukan.

    Bila boleh buka buku pink: Makna pelekat

    Apabila mendapat buku pranatal ini, sudah tentu anda akan perasan pelekat berwarna yang ditampal pada bahagian atas bucu kanan buku.

    Tetapi adakah anda tahu kenapa dan apakah maksud pelekat tersebut?

    bila boleh buka buku pink

    Untuk pengetahuan anda, setiap warna pelekat itu membawa maksud tahap kesihatan kehamilan, seperti:

    Putih

    Tidak berisiko dan boleh bersalin di mana-mana hospital termasuklah hospital daerah.

    Bila boleh buka buku pink: Pelekat Hijau

    Ibu hamil perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor di KKIA dan janji temu seterusnya bersama jururawat di bawah pengawasan doktor.

    Pelekat ini biasanya diberikan untuk ibu hamil yang pertama kali mengandung (primid), mempunyai berat badan berlebihan, mengalami penyakit asma, sejarah kelahiran terdahulu melalui vakum dan lain-lain.

    KuningĀ 

    Ibu hamil yang mendapat pelekat ini memerlukan pemantauan doktor pakar obstetrik dan ginekologi (O&G).Ā 

    Antara mereka yang berisiko untuk mendapat pelekat ini adalah ibu hamil dengan penyakit diabetes, darah tinggi, remaja hamil tanpa nikah dan lain-lain.

    MerahĀ 

    Mereka yang mendapat pelekat ini adalah ibu hamil berisiko tinggi dan memerlukan rujukan segera kepada pakar di hospital besar.Ā 

    Antara keadaan yang berisiko tinggi adalah ibu hamil dengan penyakit jantung dan berlaku kontraksi pramatang.

    bila boleh buka buku pink

    Bila boleh buka buku pink: Bagaimana jika ia hilang?

    Mesti ada yang akan bertanya, jika kehilangan buku pranatal ini, adakah boleh mendapat ganti buku baharu, betul?

    Seperkara yang perlu para ibu ketahui, anda perlu menjaga buku ini ibarat ia adalah kad pengenalan kita. Kenapa ya?

    Ini kerana jika anda kehilangan buku pink ini, laporan polis perlu dibuat dan kertas laporan perlu dibawa ke klinik kesihatan.

    Jika anda bernasib baik, buku baharu akan diberikan. Jika tidak, segala rekod kesihatan akan dicatatkan di dalam kertas dan perlu dikumpul serta diketipkan sekali.

    Jadi ini bermakna, amat penting sekali untuk anda menjaga buku ini dengan sebaik mungkin, okay?

    Pentingnya buku pink

    Kenapa buku pranatal ini penting?Ā 

    Sudah tentulah kerana ia mengandungi setiap maklumat dan rekod penting ibu hamil dan perkembangan kesihatan bayi dalam kandungan seperti berat badan, bacaan hemoglobin (HB), kandungan gula, ukuran bayi dan juga ulasan doktor pada setiap sesi janji temu.

    Anda amat digalakkan untuk membawa buku ini bersama sepanjang masa bagi rujukan pihak yang merawat jika terjadinya kes kecemasan.

    Jadi persoalan bila boleh buat buku pink sudah pun terjawab. Anda sudah membuat buku pink ke belum? Apa pun, tahniah daripada Hello Doktor atas kehamilan anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Ā· Disemak pada 3 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan