Berlaku dalam 1 daripada 50 kehamilan, kehamilan ektopik bermaksud telur anda berkembang di tempat lain selain daripada uterus, selalunya dalam tiub falopian.
Sakit dan pendarahan teruk antara minggu ke-6 dan 10 mungkin menunjukkan fenomena ini.
Wanita yang berisiko lebih tinggi mendapat kehamilan ektopik adalah mereka yang pernah mengalaminya sebelum ini atau pernah mendapat endometriosis, pengikatan tiub atau alat intrauterine (IUD) di tempat pada waktu konsepsi.
Penjagaan perubatan perlu diberikan serta-merta disebabkan kebarangkalian kehamilan tidak boleh diteruskan lagi.
#2. Keguguran
Semasa anda berada pada trimester pertama, pendarahan dan kekejangan perut adalah sesuatu yang perlu anda pantau.
Ini mungkin boleh menjadi petanda keguguran. Simptom lain adalah sakit belakang yang teruk, tisu seperti darah beku keluar melalui faraj anda, dan kekurangan tanda-tanda kehamilan.
#3. Sakit perut ketika hamil – Kelahiran pramatang
Berlaku sebelum minggu ke-37 kehamilan, kelahiran pramatang adalah disertai dengan kontraksi tetap dan sakit belakang yang berterusan.
Artikel berkaitan:
Simptom lain termasuklah perubahan atau peningkatan bendalir faraj, pendarahan faraj dan tentunya, sakit abdomen dengan kekejangan perut seperti sewaktu haid.
#4. Sakit perut ketika hamil – Plasenta terpisah
Ini adalah kes yang agak berbahaya. Plasenta terpisah bererti plasenta terlalu awal terpisah daripada dinding rahim anda.
Ini biasanya berlaku semasa trimester ketiga, disertai sakit abdomen yang teruk. Perut anda akan rasa tegang untuk tempoh yang agak lama.
Lelehan faraj termasuklah darah merah, pekat atau mungkin juga air. Sesetengah wanita masuk ke bilik bersalin apabila mengalami plasenta terpisah.
Biasanya, bayi akan dilahirkan secara pembedahan C-section kecemasan. Dalam kes lain, jika pemisahan plasenta tidak begitu serius, kelahiran normal akan berlaku.
Kesimpulan
Kehamilan adalah satu proses yang rumit. Lantaran itu, adalah lebih baik jika anda dapat belajar kesemua maklumat asas, buat permulaan, dan sentiasa pantau sebarang petanda luar biasa semasa kehamilan.
Seperti biasa, jika anda mengesyaki sebarang tanda-tanda luar biasa berlaku, segera berjumpa dengan doktor anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen