backup og meta

Elak Stres Lepas Bersalin, Perlu Ke Ibu Ambil Pembantu Rumah? Pertimbangkan 7 Aspek Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/07/2022

    Elak Stres Lepas Bersalin, Perlu Ke Ibu Ambil Pembantu Rumah? Pertimbangkan 7 Aspek Ini!

    Perlu ke untuk mengambil pembantu rumah selepas melahirkan anak? Dalam perkongsian artikel ini akan membantu anda membuat keputusan yang terbaik.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Perlunya pembantu rumah selepas bersalin

    Baru mendapat baby? Tahniah! Sama ada ini merupakan cahaya mata pertama, kedua atau ketiga, pastinya anda menyedari betapa sibuk dan sukarnya bergelar ibu bapa. Bahkan anda mungkin mengharapkan masa tambahan untuk berehat.

    Jika anda sebagai ibu baharu, pelbagai perubahan emosi pasti akan dialami – ada kalanya boleh menimbulkan rasa yang bercampur-baur.

    Dengan perlu melalui kekurangan tidur pada waktu malam, sudah tentu keperluan untuk mengemas rumah adalah perkara terakhir yang ingin anda lakukan.

    Menjaga bayi baru lahir bukanlah perkara mudah dan boleh menimbulkan tekanan buat mereka yang pertama kali menjadi ibu. 

    Dengan situasi tersebut, bersama dengan perubahan fizikal dan mental yang perlu dilalui, sudah tentu jika ada pembantu, boleh meringankan bebanan diri. Lebih-lebih lagi jika ibu perlu kembali bekerja semula.

    Kelebihan mempunyai pembantu rumah harian

    Berikut antara sebab utama perlunya pembantu:

    1. Masa bersama bayi

    Kehadiran bayi baharu akan membuatkan anda teruja untuk meluangkan masa bersama. Ia juga penting untuk si kecil menjalin hubungan dengan ibu bapa dalam beberapa bulan pertama.

    Penyelidikan menunjukkan hubungan ini bukan sahaja bagus untuk kesejahteraan ibu bapa tetapi turut dapat membantu meningkatkan imuniti dan IQ bayi!

    Dengan adanya pembantu yang akan melakukan semua kerja rumah lain, jadi anda boleh menghabiskan masa dengan bayi.

    2. Menurunkan tahap tekanan

    pembantu rumah

    Kemurungan selepas bersalin bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng dan selalunya dikaitkan dengan tekanan dan kegelisahan. 

    Ramai wanita akan berdepan kesukaran untuk menyeimbangkan antara tugasan sebagai ibu baharu, melakukan tugasan rumah dan peranan mereka sebagai pekerja.

    Inilah sebabnya penting untuk mendapatkan pembantu harian! Mereka boleh menolong memastikan keadaan rumah kekal bersih, terutamanya apabila pulang dari bekerja. Ini sekali gus dapat mengurangkan tahap tekanan anda.

    3. Badan perlukan masa untuk sembuh

    Proses melahirkan bayi itu sendiri adalah perkara paling mencabar dan untuk itu badan memerlukan rehat dan penjagaan untuk pulih.

    Doktor pastinya akan menasihati anda untuk tidak mengangkat benda berat, mengelakkan aktiviti fizikal berintensiti tinggi seperti membersihkan rumah.

    Bagi ibu yang melalui prosedur pembedahan Czer, tempoh penyembuhan akan menjadi lebih lama. Sebab itulah pembantu rumah harian diperlukan bagi melakukan tugasan lain agar anda dapat berehat.

    Tanpa rehat yang mencukupi, anda berkemungkinan berdepan risiko untuk mengalami komplikasi perubatan pada masa hadapan.

    Baca juga:

    Ingin mengambil pembantu rumah? Ketahui perkara asas ini!

    Sebelum memutuskan untuk mengambil pembantu atau pengasuh bayi, berikut antara 7 perkara yang perlu anda pertimbangkan:

    Untuk mengasuh bayi 

    1. Usia dan pengalaman pengasuh 

    Apabila melibatkan perkara membesar dan menjaga anak, adalah lebih baik untuk mempunyai wanita yang lebih berusia dan berpengalaman dalam penjagaan bayi.

    Dalam masa sama, pengasuh yang muda pula biasanya akan lebih bersemangat dan bertenaga. Jadi, buatlah keputusan dengan bijak.

    2. Umur minimum bayi yang pernah dijaga pengasuh

    Merupakan aspek penting kerana mempunyai kesan langsung kepada penjagaan anak anda. Ini kerana bayi baru lahir perlu dijaga dengan lebih berhati-hati, penuh kasih sayang dan lemah-lembut. 

    Maka seseorang pengasuh itu perlu mempunyai keyakinan untuk mengendalikan bayi dengan betul.

    3. Kebersihan diri

    Tubuh bayi sangat sensitif dengan sistem imun masih lemah mendedahkan mereka kepada kuman.

    Penting untuk memastikan pengasuh bayi mempunyai tahap penjagaan kebersihan diri tinggi dan tidak mengalami sebarang penyakit – terutamanya yang boleh berjangkit melalui sentuhan atau perkongsian ruang atau persekitaran.

    4. Komitmen masa

    Menjaga bayi ini tidak boleh ditentukan dengan masa. Ini kerana ada kalanya si kecil mungkin akan meragam, tidak mahu menyusu dan hanya mahu didukung.

    Jadi, pengasuh bayi haruslah seseorang yang tidak berkira dengan masa.

    pembantu rumah

    Sebagai pembantu rumah harian

    5. Jumlah penyeliaan diperlukan

    Seorang pembantu pula haruslah mereka yang tahu melakukan tugasan yang diberikan tanpa memerlukan pengawasan daripada anda.

    Anda harus mendapatkan seseorang yang cepat belajar dan dapat menyesuaikan diri serta boleh bekerja dengan seliaan yang minimum atau tanpa pengawasan.

    6. Tolong menjaga bayi

    Walaupun ia adalah tugas pengasuh bayi, tetapi mendapatkan pembantu yang tidak kisah menolong dalam hal berkaitan si kecil pastinya amat baik, bukan? 

    Ia boleh menjadi perkara seperti tolong menyediakan makanan untuk bayi atau mengawasi si kecil untuk seketika.

    pembantu rumah

    7. Waktu bekerja

    Sebaiknya, pastikan pembantu yang anda cari tidak akan mempunyai masalah untuk sekali-sekali bekerja lebih masa apabila diperlukan.

    Ini terutamanya dalam hal berkaitan dengan si kecil seperti menyepahkan ruang tamu dengan barang permainan dan sebagainya.

    Kesimpulannya 

    Apabila ingin mengambil pembantu rumah harian atau pengasuh bayi, anda perlu menetapkan jangkaan yang betul, memahami objektif dan tugas yang perlu mereka lakukan.

    Mereka juga perlu peka terhadap keperluan anda – bukan sahaja sebagai wanita di dalam rumah tetapi sebagai ibu baharu. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan