backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Lepas Bersalin Kerap Berpeluh Waktu Tidur Malam? Ibu Boleh Cuba 5 Cara Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/09/2021

Lepas Bersalin Kerap Berpeluh Waktu Tidur Malam? Ibu Boleh Cuba 5 Cara Ini

Terdapat ramai wanita berdepan situasi tidur berkeringat atau badan kehangatan secara tiba-tiba selepas bersalin. Apakah sebenarnya keadaan tersebut dan adakah cara mengatasi keringat malam yang dialami itu?

Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai situasi yang perlu dihadapi ibu selepas melahirkan anak ini. 

Untuk lebih banyak info tentang Kehamilan, dapatkannya di sini.

Tidur berkeringat, mengapa ia terjadi?

Tubuh anda mengalami perubahan luar biasa semasa tempoh kehamilan. 

Selepas bayi dilahirkan, ada beberapa perkara yang tidak akan kembali kepada keadaan asal atau mungkin mengambil sedikit masa.

Anda mungkin mengalami perubahan fizikal dan emosi yang membuatkan anda berasa tidak selesa. Antaranya: 

Pernahkah anda bangun di tengah malam dalam keadaan tidur berkeringat sehingga baju basah?

Selain daripada perubahan yang dinyatakan di atas, anda juga mungkin berdepan situasi tidur berpeluh waktu malam selepas bersalin (postpartum night sweats) atau hangat memerah (hot flashes).

tidur berkeringat

Punca di sebalik tidur berkeringat waktu malam

Sebelum mengetahui cara mengatasi keringat malam itu, ayuh kita bongkar faktor yang mungkin menjadi sebab mengapa anda mengalami masalah tidur berpeluh.

Umumnya, berpeluh pada waktu malam boleh berlaku kerana beberapa sebab.

Ada kalanya, bangun dalam keadaan panas dan berpeluh tidak dianggap sebagai ‘berpeluh malam’.

Sebaliknya, ia mungkin berlaku kerana anda berselubung dengan kain selimut yang tebal dan ditambah cuaca panas. 

Seorang wanita selepas bersalin yang mengalami masalah postpartum night sweats ini boleh berdepan situasi berpeluh secara berlebihan pada waktu siang atau malam.

Masalah peluh malam selepas bersalin selalunya disebabkan oleh penurunan kadar hormon estrogen dan progesteron.

Tubuh memerlukan kedua-dua hormon ini pada tahap yang tinggi semasa berbadan dua, tetapi tidak lagi selepas kelahiran anak.

Biasanya tubuh memerlukan tempoh masa beberapa minggu setelah melahirkan bayi untuk tahap kedua-dua hormon ini kembali kepada keadaan sebelum hamil.

Perubahan inilah yang mempengaruhi suhu badan anda pada waktu malam dan membuatkan tubuh berpeluh.

Tanda-tanda mengalami peluh malam

Anda boleh mengenal pasti dengan mudah sekiranya mengalami masalah peluh malam ini selepas bersalin.

Simptom paling jelas adalah anda berpeluh pada waktu malam semasa tidur. 

Anda juga berdepan situasi seperti:

  • Bau badan kuat
  • Kerap terjaga
  • Tubuh berasa basah atau lencun
  • Kerengsaan
  • Penat 

Baca juga:

Keadaan ini seringkali berlanjutan untuk tempoh beberapa minggu selepas bersalin. Ia biasanya bukan disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius. 

Pun begitu, jika masalah peluh malam berterusan lebih lama, disarankan untuk anda melakukan pemeriksaan doktor bagi mengelakkan sebarang jangkitan atau komplikasi lain.

Cara mengatasi keringat malam

Bangun dalam keadaan tubuh berkeringat sememangnya tidak menyelesakan. 

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan sebagai cara mengatasi keringat malam untuk tidur yang lebih lena dan selesa.

Minum banyak air

Keadaan badan berpeluh boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi. Maka, penting untuk memastikan pengambilan cecair mencukupi, khususnya jika menyusu badan.

tidur berkeringat

Pakaian longgar

Antara cara untuk mengatasi tidur berkeringat adalah dengan memakai pakaian longgar yang diperbuat daripada material semula jadi seperti kapas, linen atau sutera – yang baik untuk membantu menyingkirkan haba panas badan. 

Menyejukkan bilik atasi tidur berkeringat 

Sama ada anda menggunakan kipas angin atau penghawa dingin, mahupun membuka tingkap bilik, menurunkan suhu bilik tidur sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan peluh.

Hadkan makanan pencetus

Untuk sesetengah individu, ada makanan mahupun minuman tertentu boleh mencetus atau memburukkan lagi gejala peluh malam ini, seperti:

Menggunakan bedak

Sekiranya masalah tidur berkeringat menyebabkan kerengsaan pada kulit, anda boleh menggunakan bedak talkum pada tubuh untuk mengelakkan ruam.

tidur berkeringat

Pemeriksaan doktor

Anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan doktor jika keadaan peluh malam berlanjutan lebih daripada beberapa minggu selepas bersalin atau jika disertai demam mahupun gejala lain. 

Demam yang dialami mungkin petunjuk anda mengalami jangkitan!

Secara amnya, komplikasi yang berisiko terjadi kepada ibu selepas bersalin merangkumi:

Namun jika anda mengalami simptom di bawah bersama dengan keadaan tidur berkeringat, segera berjumpa doktor:

  • Demam melebihi 38°C
  • Keputihan luar biasa atau berbau busuk
  • Gumpalan darah atau pendarahan lebih daripada 3 hari selepas bersalin
  • Kesakitan atau sensasi terbakar semasa kencing
  • Rasa sakit, kemerahan atau berdarah pada tempat jahitan caesarean
  • Panas atau kemerahan pada bahagian payudara
  • Kekejangan teruk
  • Kesukaran bernafas, pening atau pitam
  • Berasa tertekan atau cemas

Pastikan anda melakukan pemeriksaan doktor selepas bersalin mengikut waktu yang ditetapkan bagi memastikan anda sembuh dengan betul.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan