Selepas bersalin, pastinya kebanyakan wanita ingin mendapatkan kembali bentuk badan langsing, kan? Tapi wujudkah cara tanpa pembedahan yang boleh dicuba? Baca artikel ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Selepas bersalin, pastinya kebanyakan wanita ingin mendapatkan kembali bentuk badan langsing, kan? Tapi wujudkah cara tanpa pembedahan yang boleh dicuba? Baca artikel ini.
Perubahan hormon selepas bersalin yang dialami wanita akan membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan bentuk badan sebelum mengandung.
Namun, ia memerlukan masa untuk menghilangkan kulit kendur yang ada pada bahagian perut.
Walau bagaimanapun, dengan usaha dan ketekunan, mendapatkan kembali bentuk badan langsing bukanlah sesuatu yang mustahil, wahai ibu sekalian.
Dalam perkongsian artikel ini, Hello Doktor akan berkongsi petua yang dapat membantu menegangkan kulit perut selepas kehamilan tanpa memerlukan pembedahan.
Umumnya, kaedah yang disenaraikan di bawah boleh membantu untuk memulihkan dan menegangkan kulit perut yang mengeleber dan longgar selepas bersalin.
Tetapi seperkara perlu anda ketahui, ia mungkin tidak memberikan impak yang sama pada setiap individu.
Kulit memerlukan nutrien untuk mengekalkan keanjalannya. Oleh itu, anda perlu mengambil nutrien yang mencukupi agar kulit kekal berdaya tahan dan lembut.
Makanlah buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, dan lemak seimbang untuk meningkatkan keanjalan dan menegangkan kulit yang longgar.
Mengamalkan pemakanan sihat dengan cara berikut juga dapat membantu mengembalikan kesihatan kulit selepas bersalin, seperti:
Bersenam dapat menegangkan kulit yang kendur dengan menguatkan otot perut.
Aktiviti ini juga membantu menurunkan berat badan berlebihan, mengencangkan otot perut, membentuk semula tubuh dan mengembalikan badan langsing anda.
Bersenam juga melancarkan peredaran darah, yang meningkatkan bekalan oksigen ke tisu dan membantu meningkatkan kolagen dan elastin – protein matriks ekstraselular yang memberikan keanjalan serta ketahanan terhadap tisu.
Rutin senaman boleh merangkumi:
Tambahkan variasi dalam senaman anda dengan memulakan latihan kardio atau kekuatan. Jangan lupa untuk melakukan aktiviti pemanasan badan dan regangan sebelum memulakan senaman.
Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan biarkan udara memenuhi paru-paru. Hembuskan perlahan-lahan melalui mulut untuk mengosongkan paru-paru.
Latihan pembesaran dan pengecutan perut melalui pernafasan juga boleh berfungsi untuk menegangkan kulit yang longgar. Ia akan membantu mencapai badan langsing idaman anda.
Jangan berputus asa sekiranya anda tidak dapat kembali kurus selepas bersalin.
Ia memerlukan masa dan anda perlu memastikan minda berada dalam keadaan sihat dan fokus.
Menumpukan kepada kesihatan emosi dan mental akan menyumbang kepada kesejahteraan fizikal yang penting untuk mendapatkan badan langsing.
Kekal hidrat memberi kesan dan mengekalkan keanjalan kulit. Pastikan anda minum air dengan kerap sepanjang hari.
Tabiat anda itu akan membantu mengurangkan pengekalan air dan membakar kalori, yang menjadikan kulit longgar kurang kelihatan.
Menggunakan pelembap juga menyumbang kepada proses keanjalan kulit.
Penyusuan susu ibu sangat bermanfaat sama ada kepada ibu mahupun bayi.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu dapat membantu ibu baru kehilangan beberapa kalori tambahan sehari.
Ini sudah pasti dapat mempercepatkan proses untuk mendapatkan tubuh yang diidamkan.
Pengelupasan akan mendorong pertumbuhan kulit baharu yang lebih sihat dan anjal.
Ia juga meningkatkan peredaran darah, yang penting untuk penghasilkan kulit baharu serta meningkatkan keanjalan.
Anda boleh gunakan loofah atau span mandian untuk menggosok bahagian perut semasa mandi.
Untuk mendapatkan badan langsing dan mengembalikan keanjalan kulit, anda juga boleh melakukan balutan badan di spa. Namun, hasil yang diperolehi lebih bersifat sementara.
Balutan yang dilakukan di spa mengandungi garam laut, tanah liat, atau minyak berkhasiat. Kesemua bahan-bahan tersebut dapat menyahtoksin kulit dan membantu menegangkannya.
Mendapatkan urutan perut dapat melancarkan peredaran darah.
Walau bagaimanapun, periksa dengan doktor sebelum memasukkannya ke dalam rutin harian anda selepas bersalin.
Anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk menggosok perut kerana minyak tersebut mengandungi fungsi antioksidan.
Usah berasa bimbang jika anda tidak dapat menyingkirkan kulit kendur walaupun selepas aktif dan mengamalkan pemakanan seimbang.
Teruskan usaha untuk mendapatkan badan langsing dan jangan berputus asa. Anda pasti dapat mencapainya!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen