backup og meta

Baru Lepas Bersalin Czer, Ibu Kena Elak Berpelukan Dengan Baby, Ia Undang Bahaya Yang Tak Disangka?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/08/2020

    Baru Lepas Bersalin Czer, Ibu Kena Elak Berpelukan Dengan Baby, Ia Undang Bahaya Yang Tak Disangka?

    Mana-mana ibu pun sudah pasti rasa teruja untuk mendakap bayi sejurus selepas kelahiran bukan? Tapi bagi kelahiran caesarean, ada risiko bahaya jika ibu terus memeluk si manja. Nak tahu? Teruskan pembacaan anda.

    Dua kes kelahiran caesarean yang bahaya

    Berdasarkan laporan yang ditulis dalam European Journal of Anaesthesiology, pakar anestetik memberikan amaran bahawa meletakkan bayi secara kulit ke kulit ke atas ibu caesarean atau C-Sec berisiko mendatangkan bahaya kepada kedua-dua ibu dan anak.

    Menurut pakar perubatan merangkap pengarang bersama laporan ini, Dr. Nicolas Brogly, terdapat dua laporan kes di mana bayi yang diletakkan di atas tubuh ibu telah menghisap atau menarik patch elektrik, dipanggil elektrod, yang ditampal pada kulit ibu. 

    Kes pertama melibatkan seorang wanita yang pertama kali bergelar ibu, berusia 37 tahun dan melahirkan anak menerusi prosedur C-Sec di Zarzuela University Hospital di Madrid.

    Apa yang berlaku adalah bayi yang dilahirkan didapati menghisap elektrod yang ditampal pada dada ibu kerana tersalah anggap bahawa ia adalah puting.

    Walau bagaimanapun, tidak dapat dijelaskan bagaimana keadaan ini boleh menyebabkan bahaya kepada bayi. Tetapi ia dianggap perkara yang tidak selamat bagi bayi yang baru lahir memasukkan peralatan elektrik ke dalam mulutnya. 

    kelahiran caesarean

    Kes kedua pula direkodkan oleh pasukan perubatan dari St Antonius Hospital di Woerden, Belanda. Menurut Dr Leonie Slegers, seorang bayi lelaki yang dilahirkan ibu berusia 36 tahun diletakkan di dadanya.

    Kemudian, kadar degupan jantung ibu yang melahirkan anak kedua ini menjadi tidak normal, dan situasi ini dipanggil sebagai tachycardia. Ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung atau strok. 

    Melalui pemeriksaan, mereka mendapati terdapat dua irama ECG yang berbeza dalam satu rakaman dan mendapati bahawa bayi tersebut telah memegang petunjuk ECG. Selepas dialihkan kembali kepada ibu, ECG kembali kepada normal. 

    Untuk kelahiran caesarean

    Bagi kelahiran C-Sec, selepas melahirkan, dada ibu akan ditampal elektrod. Ia berfungsi untuk mengesan aktiviti jantung, menghasilkan grafik visual pada skrin yang dipanggil electrocardiogram (ECG).

    Melalui mesin ini, petugas perubatan boleh terus memantau kadar jantung ibu semasa prosedur berlangsung. Ia juga membantu memudahkan pemeriksaan tekanan darah, pernafasan dan tahap oksigen darah. 

    Jika patch yang ditampal untuk memantau kadar denyutan jantung tertarik, ia boleh menyebabkan loceng penggera untuk berbunyi. Keadaan ini boleh menyebabkan petugas perubatan menganggap bahawa terdapat kejadian yang mengancam nyawa ibu. 

    Apa yang menjadi kebimbangan adalah jika ia akan mengakibatkan ibu diberi ubat yang salah dan juga mungkin diberikan kejutan elektrik. Dalam masa yang sama, kadar degupan jantung bayi juga mungkin diambil kira jika mereka bersentuhan dengan elektrod dan menyebabkan berlakunya haywire.

    Apa kata pakar

    Walau bagaimanapun, pakar di United Kingdom, tidak bersetuju sepenuhnya di atas saranan yang diberikan kerana berpelukan selepas kelahiran adalah satu momen yang penting tidak kira kelahiran caesarean atau normal.

    Dakapan yang diberikan ibu kepada anak sejurus selepas kelahiran adalah penting untuk ikatan ibu dan anak kerana ia membantu membuatkan bayi berasa lebih selamat, malahan ibu boleh belajar menyusukan bayi

    Perkara ini juga dipersetujui oleh jurucakap Royal College of Obstetricians dan Gynecologists, Pat O’Brien. Beliau berkata, “Hubungan awal sangat penting, terutama melibatkan kelahiran C-Sec. Hubungan kulit ke kulit yang berlaku antara ibu dan bayi yang baru dilahirkan dapat meningkatkan penyusuan dan ia berkait rapat dengan kesihatan ibu dan bayi.”

    Jelas Pat lagi, tiada masalah untuk melakukan hubungan kulit ke kulit walaupun selepas pembedahan caesarean, selagi ibu dan bayi dalam keadaan yang baik. 

    Kesimpulan

    Tiada masalah pun untuk ibu memeluk bayi sejurus selepas dilahirkan walaupun menerusi kelahiran caesarean. Cuma yang penting adalah untuk memastikan ibu dan bayi dalam keadaan yang selamat dan baik. Tiada ibu yang mahu terlepas momen pertama melihat bayinya selepas dilahirkan, bukan?

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan