Bagi wanita yang menjalani pembedahan Caesarean atau czer, sudah tentu perlu menjaga aspek pemakanan. Tetapi adakah anda tahu makanan pantang czer yang boleh diamalkan?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Bagi wanita yang menjalani pembedahan Caesarean atau czer, sudah tentu perlu menjaga aspek pemakanan. Tetapi adakah anda tahu makanan pantang czer yang boleh diamalkan?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Kebanyakan wanita hamil akan bersalin normal. Namun mereka yang mengalami kehamilan berisiko tinggi atau berlaku komplikasi sewaktu proses kelahiran, pembedahan czer kebiasaannya disyorkan doktor.
Antara sebab pembedahan czer menjadi prosedur pilihan adalah seperti berikut:
Proses pemulihan selepas bersalin czer bergantung kepada beberapa komponen kritikal dan salah satu daripadanya adalah makanan atau pengambilan nutrisi yang optimum.
Dalam aspek pengambilan makanan pantang czer, ada makanan yang boleh diambil dan ada makanan yang perlu dielakkan.
Ibu yang baru bersalin penting untuk memahami bahawa makanan berpantang czer yang baik dapat menggalakkan proses pemulihan yang optimum.
Pada suatu ketika dahulu, sejurus selepas pembedahan caesarean, ibu hanya dibenarkan mengambil air kosong sehinggalah mereka kentut.
Perkara ini dianggap penting kerana kentut merupakan tanda bahawa usus si ibu berada dalam keadaan baik dan boleh memproses makanan yang berbentuk pepejal.
Menurut kajian wanita yang mengambil makanan dalam tempoh 8 jam selepas pembedahan kebiasaannya kurang memerlukan ubat tahan sakit.
Adakah ini bermaksud selepas mereka sedar daripada kesan ubat bius, mereka perlu dipaksa makan?
Baca juga:
Beberapa isu perlu diambil kira sebelum anda boleh memberikan makanan kepada isteri anda yang bersalin czer. Wanita yang melalui prosedur tersebut cenderung untuk mendapat masalah berkaitan dengan sistem penghadaman.
Ini bermakna mereka akan berasa loya, muntah dan tidak mempunyai selera makan selepas sedar.
Sebahagian pesakit juga akan mengalami masalah kekejangan pada bahagian abdomen membuatkan pengambilan makanan menjadi sukar.
Oleh itu, prioriti yang perlu diberikan kepada wanita seumpama ini adalah untuk menggalakkan mereka minum air secukupnya.
Pengambilan air yang cukup selepas bersalin czer boleh menghindarkan masalah sembelit. Ia juga penting bagi memastikan jumlah susu yang dihasilkan oleh ibu, cukup untuk menampung keperluan nutrisi bayi yang baru lahir.
Antara komponen yang baik untuk digunakan bagi melengkapi makanan berpantang czer seperti berikut:
Jika anda ingin mengambil makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, oat boleh menjadi pilihan terbaik untuk mencapai kesan fisiologikal tersebut.
Selain menghindarkan sembelit, oat dapat membantu mengekalkan tahap kolesterol anda pada kadar yang rendah. Ia dianggap sebagai makanan yang berpotensi untuk menurunkan risiko mendapat masalah berkaitan jantung.
Selain daripada mempunyai sifat antiradang, kunyit juga mempunyai nutrisi mikro yang lain seperti serat, kalium, magnesium, vitamin B dan vitamin C.
Ia boleh menggalakkan kadar penyembuhan luka yang cepat dan menghindarkan kelesuan dalam menghadapi detik awal anda sebagai ibu kepada si kecil yang baru lahir.
Nasi juga boleh diberikan. Ini kerana bijirin menjadi antara nutrisi terpenting dalam menu berpantang bersalin czer anda.
Bijirin lain seperti roti juga mempunyai nutrisi dan vitamin yang dapat memberikan tenaga kepada ibu seusai menjalani pembedahan caesarean.
Menu berpantang bersalin czer perlu dilengkapi dengan buah-buahan seperti bluberi dan oren. Ia mengandungi antioksida yang tinggi dan merupakan pilihan makanan berserat yang lazat berbanding dengan hidangan oat.
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, kangkung dan brokoli mempunyai sumber zat besi yang baik sepanjang tempoh pemulihan selepas pembedahan czer.
Makanan ini boleh membantu si ibu untuk mengawal berat badan selepas bersalin. Ia juga mempunyai sifat antibakteria bagi menghindarkan jangkitan pada luka selepas bersalin.
Kacang badam mempunyai sumber nutrisi yang pelbagai. Ia mengandungi sumber karbohidrat, protein, lemak, serat dan pelbagai jenis nutrisi mikro seperti vitamin B12 dan vitamin E.
Makanan pantang czer seperti ikan bilis, sayur-sayuran hijau dan kekacang kaya dengan kandungan zat besi. Ia baik untuk mengembalikan jumlah darah yang hilang semasa bersalin.
Mereka yang mempunyai masalah kurang zat besi kebiasaannya akan mengalami simptom seperti kelesuan, pening kepala dan kepucatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen