backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Hati-Hati Makanan Pedas Boleh Memberi Risiko Pada Ibu Hamil, Jika Boleh Jangan Berlebihan!

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 11/09/2022

    Hati-Hati Makanan Pedas Boleh Memberi Risiko Pada Ibu Hamil, Jika Boleh Jangan Berlebihan!

    Bahayakah pengambilan makanan pedas untuk ibu hamil?

    Ibu hamil kebiasaannya akan mengalami keadaan mereka ingin makan sesuatu jenis makanan.

    Keadaan ini dinamakan mengidam. Antara contoh makanan yang selalu ibu hamil mengidam adalah coklat dan ais krim. Ada juga ibu hamil yang mengidam makanan pedas.

    Namun begitu, ada yang mengatakan makanan pedas sebenarnya tidak bagus untuk ibu hamil kerana akan memberi kesan buruk terhadap perkembangan anak dalam kandungan.

    Adakah penyataan ini benar atau sekadar mitos?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Makanan pedas untuk ibu hamil beri kesan kepada kandungan?

    makanan pedas untuk ibu hamil

    Sebenarnya makanan pedas tidak memberi apa-apa kesan terhadap kandungan anda.

    Makanan pedas merupakan antara jenis makanan yang boleh dirasai oleh bayi dalam kandungan anda kerana secebis daripada amaun makanan pedas boleh memasuki cecair amniotik yang terdapat dalam rahim ibu.

    Bayi dalam kandungan anda juga mungkin akan menyukai rasa tersebut.

    Menurut Linda Bartoshuk yang merupakan pengkaji dari University of Florida, bayi yang terdedah kepada pelbagai jenis rasa ketika berada dalam kandungan ibu cenderung untuk mudah menerima pelbagai rasa baharu.

    Selain makanan pedas, makanan yang boleh memasuki cecair amniotik atau susu ibu adalah vanila, lobak, bawang putih dan daun pudina.

    Masukkan jenis-jenis makanan ini di dalam diet anda sekiranya anda ingin anak dalam kandungan anda turut merasai makanan yang dimakan oleh anda.

    Baca juga:

    Makanan pedas untuk ibu hamil: Kesannya kepada bakal ibu?

    Umum mempercayai ibu hamil perlu mengelak daripada memakan makanan pedas kerana boleh mengakibatkan kenaikan suhu badan.

    Ada juga yang mengatakan bahawa makan makanan pedas boleh mengakibatkan kekejangan pada perut yang akan membawa kepada kelahiran bayi pramatang atau keguguran.

    Namun begitu, tiada fakta saintifik yang menyokong penyataan ini.

    Kebanyakan ibu mengandung yang mengambil makanan pedas dalam diet mereka terutamanya individu berbangsa Thailand dan India tidak pernah melaporkan apa-apa masalah kehamilan seperti yang dinyatakan.

    Walaupun tidak memberi kesan negatif terhadap kehamilan anda, makanan pedas mengakibatkan ketidakselesaan pada badan anda.

    Makanan pedas merupakan penyebab utama pedih ulu hati dan refluks asid.

    Pedih ulu hati sangat biasa terjadi ketika trimester terakhir kehamilan anda kerana bayi anda yang semakin membesar akan menolak asid dalam perut anda sehingga ke esofagus.

    Oleh itu, ibu hamil perlu mengelakkan diri mereka daripada memakan makanan pedas bagi mengelak refluks asid ini.

    makanan pedas untuk ibu hamil

    Pun begitu, sains juga membuktikan bahawa makanan pedas turut memberi kesan yang positif kepada individu. Antaranya:

    • Umur lebih panjang
    • Sukar untuk gemuk
    • Mengurangkan kesakitan
    • Mengurangkan ketidakselesaan
    • Menghalang infeksi virus dan bakteria

    Kesimpulan

    Perkara yang paling penting untuk dilakukan untuk kekal sihat adalah mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan elakkan diri daripada makanan yang mendatangkan ketidakselesaan kepada anda.

    Sebaiknya, berhubunglah dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat berkenaan diet pemakanan yang terbaik untuk anda dan anak anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 11/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan