backup og meta

Selain Kemurungan Selepas Bersalin, Bakal Ibu Turut Terdedah Dengan Penyakit Tiroid!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/03/2022

    Selain Kemurungan Selepas Bersalin, Bakal Ibu Turut Terdedah Dengan Penyakit Tiroid!

    Ternyata gangguan hormon tiroid selepas bersalin (tiroiditis postpartum) adalah kondisi yang agak jarang berlaku dan bersifat sementara.

    Mempengaruhi sekitar 5% wanita sepanjang tahun pasca kelahiran, mereka yang menghidap diabetes jenis 1 atau sejarah masalah tiroid merupakan golongan yang paling berisiko.

    Tiroiditis adalah istilah umum yang merujuk kepada ‘keradangan kelenjar tiroid.’

    Penyakit ini turut boleh menyebabkan tirotoksikosis (tahap hormon tiroid tinggi dalam darah) dan hipotiroidisme (tahap hormon tiroid rendah dalam darah).

    Bagi tiroiditis postpartum (postpartum thyroiditis), tirotoksikosis berlaku terlebih dahulu diikuti dengan hipotiroidisme.

    Kelenjar berbentuk rama-rama yang terletak di hadapan leher berfungsi merembeskan hormon tiroid.

    Hormon itu memainkan peranan penting dalam tumbesaran, perkembangan dan metabolisme badan yang turut menentukan kadar fungsi organ di dalam badan.

    Gangguan hormon tiroid selepas bersalin mungkin juga membuatkan tiroid anda terlalu aktif (hipertiroidisme).

    Ini bermakna, ia menghantar terlalu banyak hormon tiroid ke dalam aliran darah, lantas menjadikan bahagian badan berfungsi dengan kadar yang terlalu cepat.

    Tetapi lama-kelamaan, kondisi ini membawa kepada tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme).

    Yang bermakna, ia tidak lagi menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi dan fungsi badan menjadi lebih perlahan.

    Ikuti artikel ini untuk kenali gangguan hormon tiroid selepas bersalin dengan lebih lanjut, teruskan pembacaan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Ketidakseimbangan Hormon Wanita sila dapatkannya di sini.

    Apa pun Tiroiditis postpartum?

    Gangguan hormon tiroid

    Punca sebenar penyakit tiroid selepas bersalin masih tidak jelas.

    Walau bagaimanapun, wanita yang mengalami kondisi ini sering mempunyai kepekatan antibodi anti-tiroid yang tinggi pada awal kehamilan dan pasca bersalin.

    Dipercayai bahawa wanita yang mengalami tiroiditis postpartum kemungkinan mempunyai masalah tiroid autoimun yang terbentuk selepas bersalin akibat turun naik fungsi imun.

    Kondisi yang perlu didasari ini nampaknya sangat mirip dengan tiroiditis Hashimoto, di mana sistem imun bertindak menyerang kelenjar tiroid.

    Faktor risiko

    Anda mungkin mempunyai risiko terhadap peningkatan tiroiditis postpartum jika mempunyai:

    1. Gangguan autoimun, seperti diabetes jenis 1.
    2. Sejarah tiroiditis selepas bersalin.
    3. Kepekatan antibodi anti-tiroid yang tinggi.
    4. Sejarah masalah tiroid.
    5. Sejarah keluarga berkaitan tiroid.

    Walaupun penyelidikan lebih lanjut masih diperlukan, beberapa kajian juga menunjukkan hubungan antara tiroiditis postpartum dan kemurungan postpartum.

    Disebabkan itu, jika anda mengalami kemurungan selepas bersalin, doktor mungkin akan turut memeriksa fungsi tiroid.

    Gangguan hormon tiroid – Gejala penyakit tiroid selepas bersalin

    Apabila tiroid meradang, perkara pertama yang akan dilakukan adalah menghantar hormon tiroid dalam jumlah yang banyak ke dalam darah.

    Justeru, perkara ini menjadi penyebab hipertiroidisme meskipun anda tidak mengalami sebarang gejala.

    Atau jika ada, gejala yang anda alami mungkin bersifat ringan dan tidak bertahan lama.

    Gangguan hormon tiroid

    Selepas fasa pertama ini, anda mungkin sama ada pulih sepenuhnya atau tiroid menjadi rosak.

    Tiroid yang rosak pula boleh menjadi tidak aktif. Kondisi ini juga mungkin akan hilang dengan sendirinya, atau kekal sepanjang hayat!

    Oleh itu, dalam kes sebegini, anda mungkin memerlukan terapi penggantian hormon.

    Simptom setiap orang mungkin berbeza-beza. Gejala turut boleh merangkumi:

    • Tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme)
    • Terasa kepanasan
    • Kelemahan otot
    • Keresahan
    • Jantung berdegup pantas
    • Lemah daya tumpuan
    • Berat badan berkurang
    • Tiroid kurang aktif (hipotiroidisme)
    • Keletihan dan kekurangan tenaga
    • Sembelit
    • Hilang ingatan
    • Tidak tahan cuaca sejuk
    • Kekejangan otot
    • Penambahan berat badan

    Tambah lagi, gejala ini mungkin tidak akan muncul sehingga beberapa bulan selepas bersalin.

    Simptom-simptom di atas juga sering disalah anggap sebagai tanda pemulihan normal semasa melahirkan anak.

    Maka, anda harus merujuk doktor atau pakar sakit puan untuk mendapatkan diagnosis.

    Gangguan hormon tiroid – Bagaimana masalah ini didiagnosis & dirawat?

    Gangguan hormon tiroid

    Ujian yang digunakan untuk mendiagnosis tiroiditis postpartum bergantung pada fasa penyakit yang dialami.

    Ujian darah sering kali dapat mengetahui sama ada anda mempunyai tiroid yang terlalu aktif atau sebaliknya.

    Rawatan akan bergantung kepada gejala, usia dan kesihatan umum, berserta tahap serius kondisi dialami.

    Di samping itu, rawatan bergantung pada fasa penyakit dan gejala anda:

    • Tiroid yang terlalu aktif: Sekiranya anda mempunyai simptom utama hipertiroidisme, doktor akan menetapkan beta blocker, prednisone atau kedua-duanya. Ubat-ubatan ini bertujuan melambatkan degupan jantung dan meredakan gejala keradangan
    • Tiroid yang tidak aktif: Sekiranya anda mempunyai simptom utama hipotiroidisme, doktor akan mempreskripsikan terapi penggantian hormon tiroid

    Pesakit harus menjalani ujian tiroid secara berkala. Tiroid anda mungkin berfungsi dengan normal dalam masa 12 hingga 18 bulan setelah simptom bermula.

    Sekiranya sedemikian, anda mungkin dapat menghentikan rawatan dan fungsi tiroid akan kembali normal.

    Kini anda telah mengetahui bahawa ibu hamil juga berisiko alami gangguan hormon tiroid.

    #IWD2022 #StandStrong

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan