Pening kepala mencari syampu untuk rambut gugur selepas bersalin? Keadaan rambut yang semakin menipis selepas beberapa minggu bayi dilahirkan pasti membuatkan anda hilang keyakinan diri.
Umumnya, situasi ini adalah normal disebabkan perubahan tahap hormon selepas kehamilan.
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya dan cara yang boleh anda lakukan bagi mengatasinya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Syampu untuk rambut gugur: Bila ia mula terjadi?
Masalah keguguran rambut ini tidak berlaku sejurus selepas anda selamat melahirkan anak. Bahkan, keadaan ini agak mengejutkan kerana terjadi selepas kebanyakan simptom lepas bersalin berlalu – paling memuncak sekitar 4 hingga 5 bulan bayi dilahirkan.
Sekiranya situasi ini berlaku kepada anda, percayalah terdapat wanita lain turut mengalaminya.
[embed-health-tool-due-date]
Punca keguguran rambut selepas bersalin
Sebelum mengetahui apakah jenis syampu untuk rambut gugur, ayuh kita fahami punca keadaan ini terjadi.
Semasa mengandung, hormon kehamilan menghalang rambut daripada gugur – kesannya rambut anda tampak subur dan lebat bak supermodel. Tetapi sebaik sahaja beranak, tahap hormon akan kembali ke fasa prakehamilan.
Penurunan estrogen menyebabkan rambut kembali kepada kitaran pertumbuhan, berehat dan gugur. Sebahagian besar rambut akan terus memulakan fasa berehat serta-merta dan beberapa bulan kemudian, setelah selesai fasa berehat, rambut akan gugur.
Keguguran rambut yang terjadi selepas bersalin adalah ketara kerana berbanding dalam anggaran 100 helai rambut untuk individu biasa setiap hari, sebaliknya anda kehilangan rambut sebanyak 300 helai sehari.
Istilah teknikal untuk keadaan rambut gugur ini adalah telogen effluvium – yang bermaksud keguguran berlebihan.
Syampu untuk rambut gugur: Adakah ia kekal?
Jangan bimbang. Anda tidak akan menjadi botak dan sedang kembali kepada keadaan normal.
Bagi ibu yang menyusu badan, sesetengah rambut ekstra ini mungkin akan ‘melekat’ pada kulit kepala sehingga fasa bercerai susu atau mula untuk memberikan makanan tambahan kepada anak seperti susu formula mahupun memulakan pengambilan makanan pejal.
Tetapi bertenang, biasanya keadaan ini akan kembali pulih apabila bayi mencecah usia setahun.
Pun begitu, sekiranya keadaan ini berlanjutan dan semakin teruk, berbincanglah dengan doktor. Mungkin terdapat masalah kesihatan lain yang menjadi puncanya seperti anemia atau tiroid.
Syampu untuk rambut gugur: Petua mengatasinya
Jika anda keguguran rambut selepas bersalin, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasinya:
- Dapatkan nutrien yang betul. Pastikan rambut anda sihat dengan pengambilan makanan seimbang dan teruskan mengambil suplemen vitamin pranatal
- Elakkan terlalu berkasar dengan rambut. Syampu hanya apabila perlu dan gunakan perapi yang baik dengan sikat bergigi jarang untuk meminimumkan kekusutan
- Pilih aksesori yang betul. Gunakan pengikat rambut jenis kain atau penyepit berbanding getah rambut elastik – serta jangan ikat rambut terlalu ketat
- Jika boleh, elakkan penggunaan pengering rambut, melurus atau mengeritingkan rambut
- Berhenti seketika daripada rawatan berasaskan kimia – highlight, perms dan sebagainya sehingga keguguran rambut berkurangan
Tip daripada pakar dermatologi untuk ibu baharu
Sekiranya masalah keguguran berlebihan ini mengganggu anda, ada petua daripada pakar dermatologi yang dapat membantu dalam memilih syampu untuk rambut gugur.
Gunakan syampu dan perapi yang boleh menambah volume rambut. Ini yang disarankan pakar:
- Gunakan volumizing shampoo. Ia cenderung mengandungi bahan seperti protein yang menbaluti helaian rambut serta menjadikannya tampak ‘tebal’ dan penuh.
- Elakkan penggunaan syampu berlabel conditioning shampoo. Ini kerana ia mengandungi perapi berat yang boleh membebankan rambut dan menjadikan ia kelihatan lembik, tidak bermaya.
- Gunakan perapi yang dirumuskan untuk rambut halus – kerana ia mengandungi formula lebih ringan
- Pastikan anda menyapu perapi hanya pada hujung rambut. Meletakkan perapi pada kulit kepala dan keseluruhan rambut cenderung menyebabkan rambut berat.
- Hindari perapi yang berlabel intensive conditioners – kerana ia terlalu berat.
Mencari syampu dan perapi terbaik untuk rambut nipis melibatkan try and error. Anda juga boleh mencuba gaya rambut baharu.
Sesetengah potongan rambut menjadikan rambut tampak lebih penuh dan tebal. Mintalah pendapat penggaya rambut berpengalaman untuk membantu anda.
Baca juga: