Umumnya, semua orang tahu kenapa zakar lelaki naik bukan? Ia tentu sahaja berlaku di saat ada rangsangan seksual sama ada melalui sentuhan, ujaran, bauan atau gambaran mengenai aktiviti seks.
Umumnya, semua orang tahu kenapa zakar lelaki naik bukan? Ia tentu sahaja berlaku di saat ada rangsangan seksual sama ada melalui sentuhan, ujaran, bauan atau gambaran mengenai aktiviti seks.

Namun, bagaimana pula jika ia terjadi dengan tiba-tiba tanpa lelaki terangsang? Jom baca artikel ini untuk tahu!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, zakar merupakan organ khusus individu berjantina lelaki yang menjalankan tugas mengawal sistem perkumuhan dalam usaha membuang lebihan air dari tubuh badan.
Dalam masa yang sama, alat sulit lelaki turut memainkan peranan penting untuk sistem pembiakan di mana ia akan bertanggungjawab memproses, menyimpan dan mengeluarkan air mani serta sperma.
Sebagai lelaki yang normal, kita semua tahu ereksi zakar itu adalah perkara normal terjadi di saat terangsang.
Segala bentuk stimulasi dari kesemua pancaindera boleh membawa kepada kenaikan dan ketegangan alat kelamin. Ia hanya akan menjadi masalah apabila zakar lelaki sukar mengalami ereksi – mati pucuk.

Menariknya, zakar bukan hanya boleh menegang atau mengeras di waktu nafsu lelaki naik. Sebaliknya, mungkin wujud banyak lagi punca kenapa zakar lelaki naik tiba-tiba tanpa ada stimulasi seksual!
Persoalannya, kenapa zakar lelaki naik tanpa rangsangan? Adakah zakar menaik atau zakar menegang sesuatu yang normal atau petanda penyakit?
Adakah anda perasan jika ereksi zakar sering kali terjadi di saat anda terjaga dari tidur? Ini adalah disebabkan oleh fenomena rapid eye movement (REM) yang biasa berlaku ketika individu sedang tidur.
Fenomena ini akan menyebabkan si lelaki mengalami sekitar 3 ke 5 kali ereksi spontan selama 20 ke 30 minit kesan daripada isyarat otak yang memerintah darah agar mengalir dan mengisi ke arah zakar.
Bukan itu sagaha, mimpi basah yang dialami lelaki apabila sedang tidur turut boleh mengakibatkan ereksi zakar.
Ada satu lagi fenomena yang mampu memicu ereksi secara tiba-tiba iaitu ketika anda sedang menahan kencing. Ini adalah akibat daripada pengumpulan air kencing di dalam saluran alat kelamin (uretra).
Amat biasa berlaku ketika sedang tidur, ia adalah punca kenapa zakar lelaki naik dengan tiba-tiba. Ia juga akan menyebabkan anda terjaga dari tidur untuk membuang air kecil yang telah lama ditahan.

Namun, anda tidak perlu risau jika zakar tidak bereksi ketika terpaksa menahan kencing kerana ia masih normal.
Ketiga, ereksi secara tiba-tiba itu sudah pasti ada kaitannya dengan hormon penting untuk lelaki iaitu testosteron!
Buat anda yang belum tahu, hormon ini memainkan peranan mustahak bagi fungsi dan sistem seksual lelaki. Tanpa ia wujud di dalam tubuh badan, maka lelaki tersebut mungkin akan kurang ‘kejantanan’.
Sekiranya testosteron ini meningkat secara mendadak dengan tiba-tiba atas faktor-faktor tertentu, maka boleh berlaku perubahan fisiologi sementara termasuk ereksi normal yang tidak perlu anda khuatiri.
Bagi lelaki yang mengalami masalah disfungsi erektil, usaha untuk memulakan dan mengekalkan ereksi akan sedikit sukar bukan? Maka, doktor mungkin akan mencadangkan agar anda mengambil ubat.
Meskipun benar ubat Sildenafil atau lebih popular dengan istilah Viagra ini berkesan, ia mungkin akan menyebabkan ketegangan atau kenaikan zakar tanpa rangsangan jika kurang sesuai dos yang diambil.

Disebabkan itu pula, ubat ini tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa saranan dan panduan daripada doktor!
Terakhir, mungkin benar jika ereksi yang berlaku itu adalah petanda penyakit iaitu Priapism. Kondisi ini akan terjadi apabila darah yang mengalir dan mengisi saluran zakar tersekat atau terperangkap.
Apa yang lebih membimbangkan, kondisi ini sama sekali tidak normal serta bahaya. Selain mengakibatkan kenaikan zakar yang susah untuk turun, ia turut menyebabkan kesakitan pada skala amat luar biasa.
Dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor jika anda perasan ada yang tidak kena pada alat kemaluan anda ya?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
21/09/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor