Tanpa disedari ia menjadi punca penularan kuman dan bakteria ke mulut bayi.
Jadi pastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh bayi, okay?
3. Punggung
Lampin bayi harus ditukar sebaik sahaja basah. Ini kerana punggung merupakan antara bahagian kulit bayi sensitif.
Jika dibiarkan lama, bayi mungkin akan mengalami ruam atau kerengsaan kesan daripada air kencing dan najis tersebut.
Tambahan lagi, lampin yang dibiarkan basah turut boleh menyebabkan jangkitan.
4. Tulang belakang
Merupakan bahagian tubuh yang pertama berkembang semasa dalam fasa embrio dan masih menjadi antara bahagian sangat sensitif walaupun setelah bayi dilahirkan.
Menjaga tulang belakang dengan baik harus menjadi keutamaan kerana jika wujud masalah pada bahagian ini dan saraf, ia boleh menjejaskan tumbesaran si manja.
5. Otak
Walaupun tidak melibatkan bahagian kulit anak sensitif, namun tak dinafikan bahawa otak mempunyai tahap sensitif yang tinggi pada tubuh bayi.
Ini kerana otak dan tulang belakang membentuk sistem saraf pusat. Malah, kedua-duanya sangat penting untuk meneruskan kehidupan.
Jadi elakkan daripada menggoncang bayi walaupun hanya dengan tujuan untuk bermain.

6. Kelembapan pada bayi kulit sensitif
Semua bayi baru lahir mempunyai kulit yang sangat sensitif.
Umumnya, untuk tempoh beberapa minggu pertama, kulit mereka tidak dapat mengekalkan kelembapan.
Maka sebagai ibu bapa, anda harus menjaga kulit anak sensitif ini dengan sebaiknya dalam apa juga aspek seperti melibatkan pemilihan sabun pencuci baju atau sabun mandi.
Di samping itu, elakkan daripada mendedahkan bayi kepada cahaya matahari terik.
7. Deria rasa
Deria rasa bayi mula terbentuk sebelum dilahirkan dan ia dikatakan 3x ganda lebih sensitif berbanding individu dewasa.
Walau bagaimanapun, seiring peningkatan usia, tahap kepekaan ini akan mula menurun.
8. Otot leher
Kepala bayi adalah salah satu bahagian yang paling berat.
Kesannya daripada keadaan ini, otot leher bayi yang sangat rapuh itu tidak mempunyai keupayaan untuk menampungnya.
Jadi ketika ingin memegang bayi yang baru lahir, pastikan anda memberikan sokongan pada bahagian kepalanya setiap masa.
Sebarang pergerakan yang tidak terkawal boleh mengakibatkan masalah pada leher dan kepala bayi, maka perlu sentiasa berhati-hati.

9. Tali pusat
Ketika proses bersalin, doktor akan memotong tali pusat bayi dan dalam tempoh beberapa hari, ia akan mengering dan gugur dengan sendirinya.
Walau bagaimanapun, ia tidak semudah disangka. Ini kerana pada hakikatnya tali pusat yang dipotong dianggap sebagai luka dan ia memerlukan penjagaan yang rapi.
Jika tidak, ia berisiko untuk dijangkiti. Sebab itulah ia tersenarai sebagai antara bahagian bayi kulit sensitif.
Utamakan penjagaan bayi kulit sensitif
Apa yang disenaraikan di atas adalah antara bahagian-bahagian tubuh dan kulit bayi sensitif.
Tetapi secara keseluruhan, badan bayi memerlukan sentuhan dan penjagaan yang rapi serta lemah-lembut. Elakkan melakukan sesuatu secara kasar.
Sekiranya, ini adalah kali pertama anda bergelar ibu dan bapa, mungkin bantuan daripada mereka yang lebih berpengalaman diperlukan untuk membantu.