home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Lihat, Ini Antara Masalah Kulit Kepala Yang Sering Dialami Individu, Ubah Penjagaan Rambut Anda Sekarang!

Lihat, Ini Antara Masalah Kulit Kepala Yang Sering Dialami Individu, Ubah Penjagaan Rambut Anda Sekarang!

Adakah anda mahu rambut lebih panjang dengan kulit kepala yang lebih sihat? Maka anda mungkin perlu lihat bagaimana merawat masalah kulit kepala ini.

Dermatologi selebriti Clear Scalp & Hair Therapy, Francesca Fusco menerangkan bagaimana untuk mendapatkan rambut cantik yang mempunyai banyak kaitan dengan kulit kepala dan mendedahkan beberapa tips untuk mendapatkan rambut berkilau yang anda inginkan.

#1. Mengambil makanan tambahan boleh bantu pertumbuhan rambut panjang

Mengambil suplemen tambahan dengan vitamin boleh mencapai kepanjangan rambut yang maksimum. Cari formula yang dibuat untuk rambut, kulit dan kuku yang mengandungi biotin, silika, vitamin B, C, dan E, zat besi serta omega-3.

#2. Masalah kulit kepala – hormon boleh menyebabkan rambut nipis

rambut gugur

Tahap testosteron yang tinggi pada wanita sebenarnya boleh menyebabkan rambut kian menipis. Namun begitu, penggunaan kontraseptif (pil untuk mencegah kehamilan) boleh membantu masalah keguguran rambut.

Jika rambut anda semakin menipis tanpa ada masalah gugur, ini adalah masa yang tepat untuk anda membuat temujanji dengan dermatologi.

#3. Masalah rambut dipengaruhi oleh pemakanan anda

Jika anda mempunyai kulit kepala kering, cuba tambahkan lebih banyak omega-3 dan minyak ikan ke dalam diet anda.

Ini kerana dengan diet yang mengandungi jumlah protein dan iron yang mencukupi sangat bagus untuk kesihatan rambut yang maksimum.

#4. Masalah kulit kepala – Gatal apabila rambut dicelup

masalah kulit kepala

Ramai orang yang bermasalah kulit kepala tidak tahu isu ini. Fusco berkongsi bahawa apabila wanita mencelup (dyed) rambut dan merasa kegatalan, ada kemungkinan mereka mengalami kulit kepala yang kering.

Selain itu, keadaan ini akan menjadi lebih teruk dari masa ke semasa, yang boleh menyebabkan kelemumur, keradangan, folikel rambut tidak sihat dan mungkin keguguran rambut.

#5. Kulit kepala memerlukan pengelupasan

Fusco menyarankan mereka yang mempunyai masalah kulit kepala menggunakan skrub atau menambah beberapa sudu gula dalam syampu supaya dapat membantu sel kulit mati.

Selain itu, guna hujung jari untuk syampu keseluruhan rambut dan elak menggunakan kuku semasa menyental. Untuk hasil yang terbaik, cuba syampu asid salisilik seminggu sekali.

#6. Menggunakan perapi

Menurut Fusco, ramai wanita tidak suka menggunakan terapi kerana bimbang jika ia boleh menyebabkan liang tersumbat atau rambut menjadi terlalu halus.

Namun fungsinya masih sama seperti kulit wajah yang memerlukan pelembap untuk penghidratan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

7 ways to have a healthy scalp and longer hair.http://www.allure.com/story/7-ways-to-get-a-healthy-scalp-and-longer-hair. Accessed 26 January, 2017

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 02/02/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x