home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Susu Formula

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Susu Formula

Jika anda merancang untuk memberi susu formula kepada bayi anda, anda mungkin mempunyai beberapa soalan dalam fikiran. Patut memilih susu lembu atau susu soya? Adakah jenama generik OK? Jenama mana yang terbaik? Inilah yang perlu anda ketahui mengenai susu formula.

Apakah jenis susu formula bayi?

Semua susu formula bayi berada di bawah peraturan perundangan di mana terdapat tiga jenis utama susu formula bayi yang boleh anda dapati:

  • Susu formula berasaskan susu lembu. Ini adalah rumusan yang paling biasa didapati kerana paling menyerupai susu ibu. Susu lembu yang digunakan dalam formula ini telah diubah untuk mempunyai jumlah nutrien yang betul serta lebih mudah dicerna bayi. Kebanyakan bayi boleh menyusu dengan formula susu lembu. Walau bagaimanapun, jika anak anda didiagnosis dengan alahan terhadap susu lembu, anda memerlukan formula yang lain.
  • Susu formula berasaskan soya. Bagi bayi yang alah kepada susu lembu atau mengalami intoleransi laktosa, pilihan alternatif adalah menggunakan rumusan berasaskan soya. Rumusan berasaskan soya sangat berguna jika anda ingin mengeluarkan protein haiwan daripada diet anak anda.
  • Formula protein hidrolisat. Bagi bayi yang alah kepada susu lembu dan susu berasaskan soya, formula protein hidrolisat adalah pilihan terbaik untuk mereka. Formula jenis ini mengandungi protein yang dipecahkan (hidrolisis) – sebahagiannya atau kebanyakannya – menjadi lebih kecil berbanding dengan susu lembu dan rumusan berasaskan soya. Kerana kanak-kanak dengan alahan terhadap susu lembu dan susu berasaskan soya sebenarnya alah kepada zarah protein di dalamnya, formula protein hidrolisat boleh memberi anak anda protein yang sangat diperlukan sambil mengelakkan tindak balas alahan.

Di samping formula berikut, terdapat formula khusus yang boleh didapati untuk bayi yang pramatang dan bayi yang mempunyai keadaan perubatan tertentu. Jenis formula lain yang lebih sesuai untuk bayi dengan keadaan lain kini boleh didapati. Anda boleh merujuk kepada doktor atau pakar kesihatan anda untuk khidmat nasihat.

Formula pertama bayi

Bagi kebanyakan bayi di bawah umur 6 bulan, jenis formula ini adalah yang paling popular. Formula ini mudah untuk dihadam bayi. Bayi anda boleh mengambil formula ini sehingga mereka bersedia untuk makanan pepejal. Terdapat banyak pengeluar untuk formula jenis ini, jadi jika anda sudah mempunyai pilihan jenama khusus dalam fikiran, anda boleh berbincang dengan doktor anda untuk menentukan jenama terbaik untuk anak anda.

Susu formula berasaskan kasein

Formula ini agak sukar untuk dicerna berbanding formula bayi, jadi ia adalah peralihan yang baik antara formula pertama bayi dan makanan pejal. Sesetengah orang mengatakan formula susu berasaskan kasein boleh membuatkan anaknya kenyang lebih lama, tetapi tidak ada bukti bahawa bayi kurang lapar apabila diberi formula jenis ini.

Susu formula berasaskan susu kambing

Begitu juga dengan rumusan susu lembu, formula berasaskan susu kambing boleh didapati dan dihasilkan dengan piawaian pemakanan yang sama seperti formula berasaskan susu lembu. Susu kambing adalah sumber protein yang baik, mengandungi kurang gula (laktosa), 13% lebih kalsium, 25% lebih vitamin B6, 47% lebih vitamin A, dan 134% lebih banyak kalium berbanding susu lembu biasa.

Apakah bentuk penyediaan susu formula bayi?

Bergantung pada pengilang, terdapat tiga jenis bentuk penyediaan susu formula yang mungkin anda dapati:

  • Formula serbuk. Formula serbuk adalah yang paling murah. Setiap sudu rumusan serbuk mestilah dicampur dengan air.
  • Formula cecair pekat. Formula jenis ini juga mesti dicampurkan dengan air.
  • Formula sedia digunakan. Formula siap digunakan ialah jenis formula bayi yang paling mudah. Ia tidak perlu dicampurkan dengan air. Ia juga merupakan pilihan yang paling mahal.

Pastikan anda mencuci tangan sebelum mengendalikan susu formula dan ikut arahan pencampuran dan penyimpanan dengan teliti.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Can I give my baby soya-based infant formula? http://www.nhs.uk/chq/Pages/can-I-give-my-baby-soya-based-infant-formula.aspx?CategoryID=62&SubCategoryID=63. Accessed September 28, 2016.

Types of infant formula. http://www.nhs.uk/Conditions/pregnancy-and-baby/Pages/types-of-infant-formula.aspx. Accessed September 28, 2016.

Infant formula: Your questions answered. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/infant-formula/art-20045782?pg=1. Accessed September 28, 2016.

Gambar penulis
Ditulis oleh Helma Hassan pada 25/09/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x