backup og meta

Salah Cara Ikat, Punca Rambut Bercabang? Kena Buang 5 Tabiat Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2022

    Salah Cara Ikat, Punca Rambut Bercabang? Kena Buang 5 Tabiat Ini

    Semua individu sudah tentu mahu mahkota di atas kepala mereka itu sihat dan kuat bukan? Jadi, adalah sangat penting untuk tahu apa punca rambut bercabang itu berlaku.

    Ini kerana hujung rambut bercabang itu adalah salah satu masalah yang agak kerap terjadi kepada individu selain daripada isu lain seperti keguguran, kebotakan dan sebagainya.

    Persoalannya, apa dia punca rambut bercabang dan bagaimana untuk rawat? Ayuh terus baca!

    Apa punca rambut bercabang itu berlaku?

    Masalah yang turut dikenali secara saintifik sebagai trichoptilosis ini adalah sejenis keadaan di mana hujung rambut bercabang, terbelah dan terpisah daripada satu sama lain.

    Jika diperhatikan dengan lebih dekat lagi, rambut yang terjejas ini akan terasa seperti kering, rapuh dan rosak sehingga terlihat seperti terurai menjadi dua bahagian yang lain.

    Tanpa kita semua sedar, mungkin ada banyak punca rambut bercabang itu berlaku, termasuklah:

    #1. Penggunaan produk rambut yang salah

    Produk seperti syampu, pelembap, minyak, gel atau spray rambut mungkin akan buat ia tampak lebih cantik di luar namun tidak di dalam akibat salah guna produk rambut.

    Menurut Lorean Cairns, pakar hias rambut di Fox and Jane Salon dari New York, penggunaan produk rambut yang salah akan jadi punca rambut hilang nutrisi semula jadi.

    punca rambut bercabang

    Jika digunakan secara berpanjangan dan berterusan, maka rambut anda mungkin berisiko untuk kusut, kering, rapuh, rosak serta bercabang di bahagian hujung rambut.

    #2. Terlalu kerap mengeringkan rambut

    Seakan sudah jadi satu tabiat buat wanita mahupun lelaki, ramai individu yang rela untuk menghabiskan banyak masa bagi mengeringkan rambut mereka menggunakan hair dryer.

    Sayangnya, penggunaan alat ini bersama dengan alat hias lain seperti pelurus atau pengeriting berwap turut akan mengeringkan nutrisi dan air semula jadi yang terdapat di dalam rambut anda.

    Akibatnya, penggunaan secara berulang kali di bahagian rambut sama akan jadi punca rambut bercabang di hujung selain mengundang pelbagai lagi masalah lain pada mahkota di kepala anda itu.

    #3. Terlalu sering mewarnakan rambut

    Tidak cukup dengan melurus atau mengeriting mahkota di kepala, ramai juga individu yang gemar untuk mewarnakan rambut tanpa tahu kandungan bahan kimia di dalamnya.

    Jika sesekali, mungkin tidak salah namun jika ia dilakukan dengan terlalu kerap dan salah produk maka risiko untuk hujung rambut bercabang itu berlaku adalah lebih tinggi.

    Dalam usaha untuk mewarna tanpa merosakkan rambut, maka adalah sangat penting untuk kalian menggunakan serum atau vitamin pada rambut agar ia lebih sihat lagi kuat.

    #4. Salah cara ikat punca rambut bercabang

    punca rambut bercabang

    “Tabiat selalu ikat rambut di tempat yang sama setiap hari turut boleh jadi punca hujung rambut bercabang”, jelas pakar hias rambut Mackenzie Day dari The Artist Hause di Pennsylvania.

    Ini kerana ikatan itu akan bawa tekanan kuat sekali gus mengurangkan ruang untuk rambut anda bernafas dan bergerak lebih-lebih lagi jika ia dalam kondisi yang sedang basah.

    Untuk mengelakkan punca rambut bercabang yang ini, maka sila elak daripada mengikat rambut dan membiarkan ia lepas sahaja atau ikat dengan lebih longgar di tempat yang lain pula.

    #5. Tidak potong apabila sudah tiba masa

    Idealnya, bahagian hujung rambut itu perlu dipotong secara rutin sekurang-kurangnya setiap enam minggu sekali atau segera potong apabila hujung rambut sudah mula rosak.

    Ini adalah sangat penting agar anda dapat membuang ‘bibit-bibit’ atau cabang pada hujung rambut ini dari awal lagi atau jika tidak, ia akan mula jadi bercabang di hujungnya.

    Pun begitu, adalah sangat disarankan untuk kita semua memotong rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali kerana itu waktu yang lebih mudah untuk dihafal dan dibuat.

    Bagaimana cara untuk rawat masalah ini?

    punca rambut bercabang

    Untuk pengetahuan anda semua, satu-satunya cara bagi merawat dan mencegah masalah mahkota di atas kepala ini adalah dengan potong hujung bahagian rambut yang bercabang.

    Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk anda mengelakkan 5 tabiat di atas tadi, dengan cara:

    • Sila menggunakan produk rambut yang tepat dan betul
    • Elak mengeringkan rambut dengan terlalu kerap
    • Hindari daripada mewarnakan rambut dengan terlalu kerap
    • Tidak mengikat rambut terlalu ketat atau ikat dengan betul
    • Potong rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali

    Konklusinya, masalah rambut ini sebenarnya mungkin boleh diatasi dengan lebih awal lagi jika tabiat-tabiat yang telah kami nyatakan di atas tadi dapat anda elak atau buang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan