backup og meta

Ibu Sedang Berpantang? Ini Do & Don't Mandian Herba Bersalin Yang Perlu Ibu Ikut!

Ibu Sedang Berpantang? Ini Do & Don't Mandian Herba Bersalin Yang Perlu Ibu Ikut!

Ibu yang sedang berpantang pasti tidak sabar untuk memanjakan diri dengan mandian herba bersalin.

Mandian ini menjadi salah satu kewajipan dan diamalkan secara turun-temurun khas untuk pemulihan kaum Hawa setelah 9 bulan mengendong cahaya mata.

9 bulan merupakan satu tempoh yang sangat panjang. Pada waktu ini, ibu dibebankan dengan pelbagai masalah kesihatan.

Kembung perut, sakit badan dan morning sickness yang bagaikan tidak berkesudahan – Ini semua merupakan antara pengorbanan yang terpaksa ibu lalui sepanjang kehamilan.

Jadi, tidak salah jika ibu ingin memanjakan diri dengan mandian herba selepas bersalin. Selain menyegarkan badan, ibu juga boleh membuang segala daki yang melekat pada badan.

Malah, amalan ini juga dikatakan dapat mempercepatkan proses pemulihan, melawan inflamasi dan melegakan badan yang sakit-sakit.

Mandian herba bersalin ini selalunya dibuat menggunakan daun kunyit, lengkuas, halia, pandan, serai serta campuran herba-herba lain.

Sebenarnya, mandian ini mempunyai pelbagai manfaat kepada ibu yang baru lepas bersalin. Namun, perlu diingat, mandian ini juga mempunyai risikonya yang tersendiri.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Mandian herba bersalin – Apakah risikonya?

Secara amnya, mandian herba bersalin tidak berbahaya. Malah, ia juga merupakan satu amalan yang selamat dengan kesan sampingan yang amat sedikit.

Walau bagaimanapun, masih ada risiko jangkitan di kawasan luka, lebih-lebih lagi jika ibu berendam di dalam tab mandi yang tidak dibersihkan dengan baik.

Namun, perkara ini amat jarang berlaku. Jika ibu alami simptom seperti gatal-gatal atau sakit pada kawasan luka, berhenti mandi herba dengan serta-merta dan dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin.

Bagaimana hendak menggunakan mandian herba bersalin?

mandian herba bersalin
Terapi rendaman kaki dengan herba.

Sebenarnya, ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk menggunakan mandian herba selepas bersalin.

Cara yang paling popular ialah berendam dengan herba ini di dalam tab mandi.

Pada zaman kini, mandian herba boleh dibeli di farmasi atau secara atas talian dengan mudah. Malah, ia juga boleh ditemui dalam bentuk serbuk ataupun bunjut.

Jadi, anda tidak perlu lagi merebus herba di dalam periuk tanah semata-mata ingin mandi herba. 

Namun, mandian herba tradisional dikatakan lebih baik dan bermanfaat untuk ibu bersalin.

Tetapi, bagaimanakah cara buat mandian herba sendiri dengan selamat?

Sebagai panduan, pastikan anda:

  • Tunggu beberapa hari selepas bersalin sebelum mandi atau berendam di dalam tab
  • Gunakan air bersuhu sederhana, bukannya air panas
  • Penuhkan tab mandi dengan 2 hingga 3 inci air
  • Tukar air jika ia menjadi sejuk
  • Mandi selama 10 minit
  • Berdiri perlahan-lahan. Jangan paksa diri jika anda tidak mampu
  • Biarkan badan kering dan tekapkan badan dengan tuala kering. Jangan lap dengan kasar pada kawasan yang luka

Anda boleh tambah garam atau ubat ke dalam mandian jika doktor memberikan keizinan. Namun, air yang suam sudah cukup untuk memberikan ibu ketenangan dan keselesaan yang diingini.

Elakkan mengelap secara kasar pada kawasan vagina. Amalan ini dikhuatiri akan melukakan kulit.

Paling penting, pastikan kawasan mandian bersih daripada sebarang kekotoran. 

Sudah pasti anda tidak mahu bakteria atau kuman untuk masuk ke dalam luka dan menyebabkan jangkitan.

Ingin kongsikan tip anda selepas bersalin? Sertai Komuniti Kehamilan dan kongsi pengalaman anda bersama ibu-ibu lain. Mana tahu, perkongsian anda mungkin dapat memberikan pelbagai manfaat kepada mommy di luar sana!

Tanda anda TIDAK BOLEH mandi herba

Bukan semua wanita boleh mengamalkan mandian herba selepas bersalin terutama ketika anda baru sahaja melahirkan sama ada normal atau czer.

Sebaiknya, tunggu sehingga luka bersalin sembuh terlebih dahulu atau sampai dibenarkan oleh bidan/doktor.

Tidak dinafikan, mandian herba amat bermanfaat untuk melegakan sengal-sengal badan di samping dapat memberikan ketenangan kepada ibu.

Kebanyakan ibu tidak mengalami masalah yang serius selepas melahirkan anak. 

Namun, ada ibu yang mempunyai jangkitan atau masalah pendarahan yang perlu diperiksa oleh doktor.

Antara simptom yang perlu ibu hamil perhatikan ialah:

  1. Luka jahitan terbuka.
  2. Pendarahan yang berat.
  3. Kehilangan darah yang banyak.
  4. Rasa hendak pengsan.
  5. Pening kepala.
  6. Jantung berdegup pantas.
  7. Demam.
  8. Sakit kaki.
  9. Gatal-gatal badan.
  10. Kesakitan yang semakin teruk.
  11. Sembelit.
  12. Rasa hendak muntah.

Kesemua simptom ini perlu diperiksa oleh pakar dengan lebih lanjut. 

Oleh sebab itu, jika anda alami simptom-simptom di atas selepas bersalin, elakkan berendam dengan air herba.

mandian herba bersalin
Mandian herba di dalam tab mandi.

Tip jadikan mandian herba bersalin lebih mengasyikkan

Anda inginkan pengalaman yang lebih mengasyikkan ketika mandi herba? Cuba amalkan tip kami di bawah:

  1. Cuba pastikan kawasan tandas hangat. Pasang lilin untuk jadikan suasana sekeliling lebih menenangkan.
  2. Simpan tuala kering berdekatan. Kadangkala, ibu boleh alami pendarahan ringan selepas mandi. Beli tuala murah supaya anda tidak rasa rugi untuk menggunakannya sebagai kain lap.
  3. Sediakan air hangat. Jika anda ingin berendam dalam tempoh masa yang panjang, tidak rugi jika anda sediakan air hangat sebagai persiapan.
  4. Beri masa kepada diri sendiri untuk bertenang. Minta tolong orang lain jagakan bayi semasa anda sedang menikmati mandian herba bersalin. Gunakan masa ini sebagai me time dan relaks seketika.
  5. Tambah garam Epsom ke dalam air mandian untuk lebih manfaat.

Amalan mandi herba dapat menenangkan ibu berpantang. Ramai yang tahu, ibu terdedah dengan depresi sejurus selepas kehamilan. Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:

mandian herba bersalin
Ciri-ciri penyakit mental selepas bersalin.
Pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin jika mempunyai masalah di atas. Depresi pospartum amat bahaya dan perlukan perhatian lanjut daripada pakar.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Postpartum depression. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/postpartum-depression/symptoms-causes/syc-20376617. Accessed on Feb 15, 2021.
  2. What is Post-partum? https://www.clinicbarcelona.org/en/assistance/diseases/pregnancy-and-childbirth/post-partum. Accessed on Feb 15, 2021.
  3. Coping with stress after having a baby. https://www.nhs.uk/conditions/baby/support-and-services/coping-with-stress-after-having-a-baby/. Accessed on Feb 15, 2021.
  4. 10 ways for new parents to reduce stress. https://wexnermedical.osu.edu/blog/10-ways-for-new-parents-to-reduce-stress. Accessed on Feb 15, 2021.
  5. Simple Ways to Help Reduce Stress and Anxiety after Baby. https://www.lancastergeneralhealth.org/health-hub-home/motherhood/fourth-trimester/simple-ways-to-help-reduce-stress-and-anxiety-after-baby. Accessed on Feb 15, 2021.

Versi Terbaru

04/12/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Isteri Baru Habis Pantang & Nak Bersama, Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Bunting!

Khas Buat Ibu Baru Bersalin, Jangan Abai 4 Perkara Utama Ini Ketika Berpantang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan