backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ada 13 Komplikasi Semasa Mengandung, Paling Bahaya No 7, Jaga-jaga Ibu Hamil!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/09/2022

    Ada 13 Komplikasi Semasa Mengandung, Paling Bahaya No 7, Jaga-jaga Ibu Hamil!

    Kebanyakan wanita mengandung tidak mengalami masalah sepanjang kehamilan. Namun, terdapat juga komplikasi semasa kehamilan mungkin dialami oleh mereka berbadan dua dan ia bahaya!

    Sesetengah masalah kesihatan dialami sebelum kehamilan dan mengakibatkan komplikasi semasa mengandung.

    Jenis komplikasi semasa kehamilan yang sering dialami

    Setiap wanita mengandung mempunyai risiko untuk berdepan sebarang komplikasi semasa berbadan dua. 

    Berikut antara jenis komplikasi yang boleh berlaku:

  • Keguguran
  • Kehilangan kandungan boleh berlaku pada 20 minggu pertama kehamilan. Kebanyakan berlaku pada trimester pertama – 13 minggu pertama tempoh kehamilan.

    Kewujudan kromosom tidak normal atau masalah berkaitan fizikal sistem pembiakan wanita boleh menjadi punca keguguran apabila telur tidak dapat disenyawakan dengan betul.

    Tanda keguguran paling biasa adalah pendarahan faraj tidak normal.

    1. Kehamilan ektopik

    komplikasi semasa kehamilan

    Berlaku apabila implantasi telur di luar rahim, di tiub fallopio. Kesannya janin tidak dapat membesar dengan baik.

    Kehamilan ektopik boleh menyebabkan kesakitan teruk dan kerosakan sistem pembiakan wanita serta berpotensi mengancam nyawa.

    Apabila janin terus membesar, tiub fallopio boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman yang teruk (hemorrhage).

    1. Diabetes gestasi

    Antara komplikasi semasa kehamilan paling biasa berlaku adalah kencing manis semasa mengandung

    Majoriti wanita dengan diabetes gestasi dapat melahirkan bayi sihat, tetapi diabetes yang dialami meningkatkan risiko untuk bayi mempunyai saiz badan lebih besar.

    Risiko kesihatan lain kepada bayi ialah hipoglikemia selepas kelahiran.

    1. Masalah serviks

    Tumbesaran bayi memberikan tekanan kepada serviks wanita mengandung. Dalam kes jarang berlaku, tekanan berlebihan mengakibatkan serviks tidak dapat mengendalikannya. 

    Kesannya serviks terbuka sebelum bayi bersedia untuk dilahirkan. Keadaan ini dipanggil serviks tidak kompeten dan biasanya mak buyung tidak mengalami sebarang simptom.

    1. Penyakit plasenta

    Gangguan berlaku apabila plasenta atau sebahagiannya terpisah daripada rahim sebelum bayi dilahirkan. 

    Akibatnya janin tidak dapat menerima nutrien dan oksigen dengan betul. Keadaan ini paling kerap berlaku pada trimester ketiga kehamilan. 

    Gejala paling biasa seperti pendarahan faraj, kontraksi dan sakit perut

    1. Previa plasenta

    Komplikasi semasa kehamilan yang jarang berlaku. Ia melibatkan keadaan plasenta terletak di bahagian bawah uterus, menutup sebahagian atau keseluruhan serviks.

    Berlaku pada trimester kedua atau ketiga dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius. 

    Andai tidak dirawat, pendarahan tersebut boleh mengakibatkan kematian.

    1. Masalah kuantiti air ketuban

    Cecair amniotik atau air ketuban berfungsi sebagai perlindungan kepada janin

    Namun jika wanita mengandung mempunyai cecair amniotik sedikit, oligohidramnios atau terlalu banyak, polihidramnios, ia boleh mengganggu fungsi normal rahim.

    Jika kurang, ia boleh menjejaskan tumbesaran otot, anggota badan, paru-paru dan sistem pencernaan bayi.

    Dalam kes jarang berlaku, air ketuban yang berlebihan pula boleh mengakibatkan:

    • Pemecahan pramatang membran ambiotik
    • Gangguan plasenta
    • Kelahiran pramatang
    • Pendarahan selepas bersalin (postpartum hemorrhage)

    komplikasi semasa kehamilan

  • Preeklampsia
  • Keadaan komplikasi semasa kehamilan melibatkan tekanan darah tinggi dan tahap protein tinggi dalam air kencing.

    Biasanya berkembang selepas tempoh 20 minggu kehamilan. Namun ada risiko untuk berlaku lebih awal atau selepas kehamilan. 

    Dalam kes kritikal, wanita mengandung dengan masalah preeklampsia boleh alami gejala:

    • Sakit kepala teruk
    • Penglihatan kabur 
    • Sakit perut bahagian atas
    • Loya
    • Muntah
    • Pening
    • Kuantiti air kencing berkurangan
    • Kenaikan berat badan mendadak
    • Bengkak pada muka dan tangan

    Dapatkan pemeriksaan doktor segera jika mengalami simptom sakit kepala, penglihatan kabur atau sakit abdomen yang teruk.

    1. Kelahiran pramatang

    Berlaku selepas minggu ke-20 atau sebelum minggu ke-37 kehamilan. Kebanyakan kes kelahiran pramatang berlaku secara spontan.

    Namun ada juga proses kelahiran yang berlaku disebabkan komplikasi kepada ibu atau kandungan.

    1. Trombosis vena

    Merupakan gumpalan darah yang biasa berkembang pada urat kaki. Wanita mengandung terdedah kepada keadaan ini sepanjang kehamilan dan selepas bersalin

    Keadaan ini berlaku apabila tumbesaran rahim menyukarkan darah pada bahagian bawah badan untuk kembali ke jantung.

    Ia jarang terjadi, namun masalah trombosis urat dalam adalah keadaan berbahaya jika ia berlaku. 

    1. Molar kehamilan

    Antara komplikasi semasa kehamilan yang boleh berlaku adalah melibatkan keabnormalan pada plasenta. 

    Terjadi apabila jisim tidak normal pada embrio terbentuk di dalam rahim selepas persenyawaan. Keadaan ini turut dikenali sebagai penyakit trofoblastik kehamilan. 

    Sekiranya terjadi, wanita mengandung dengan situasi ini memerlukan pelebaran (dilation) dan curettage (D&C) segera.

    Rawatan lanjut yang teliti juga diperlukan kerana tisu molar boleh tumbuh semula dan berkembang menjadi barah. 

    1. Sindrom HELLP

    Adalah hemolisis, peningkatan enzim hati dan jumlah platelet rendah (hemolysis, elevated liver enzymes, and low platelet count), keadaan disebabkan kelainan hati dan darah.

    Ia boleh terjadi sendiri atau berkaitan preeklampsia. Simptom lain yang boleh berlaku:

    komplikasi semasa kehamilan

    HELLP memerlukan proses kelahiran segera kerana terdapat risiko kesan kesihatan serius kepada wanita mengandung, seperti kerosakan kekal sistem saraf, paru-paru dan ginjal.

    1. Eklampsia

    Terjadi apabila preeklampsia berkembang dan menyerang sistem saraf pusat, kesannya terjadi kekejangan.

    Ia komplikasi semasa kehamilan serius dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan maut kepada ibu serta kandungan. 

    Dengan penjagaan pranatal yang betul, preeklampsia dapat dikawal dan dicegah daripada menjadi eklampsia.

    Jika anda berasakan keadaan yang tidak normal pada diri sepanjang kehamilan, dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor dengan segera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan