Bahaya ke kalau berlaku tumpah darah selepas bersalin? Buat bakal ibu, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tersebut.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Bahaya ke kalau berlaku tumpah darah selepas bersalin? Buat bakal ibu, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tersebut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Tumpah darah selepas bersalin (Postpartum Hemorrhage – PPH) adalah pendarahan berlebihan yang berlaku selepas bersalin, yang berpotensi menjadi penyebab kematian kepada para ibu.
Masalah kesihatan ini adalah perkara biasa. Ia lazimnya memberi kesan kepada wanita yang berusia lebih dari 35 tahun. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom biasa adalah:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.
Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Dalam kebanyakan kes, tumpah darah awal selepas kelahiran bayi berlaku kerana rahim tidak dapat mengecut dengan cukup untuk menutup pembuluh darah di dindingnya.
Ini mungkin disebabkan oleh beberapa keadaan seperti keletihan otot-otot rahim selepas proses bersalin yang lama, rahim yang terlebih tegang akibat daripada banyak kehamilan, cecair amnion yang berlebihan atau bayi bersaiz besar.
Penguncupan rahim juga boleh terjejas disebabkan oleh ketumbuhan bukan kanser pada uterus ataupun jika sebahagian atau keseluruhan plasenta kekal berada pada rahim selepas kelahiran.
Terdapat banyak faktor risiko, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda belum berada di hospital, anda mungkin perlu dimasukkan segera. Nadi dan tekanan darah anda akan dipantau untuk mengenal pasti sebarang tanda kejutan.
Sekiranya tumpah darah awal selepas beranak berlaku, doktor anda akan merasakan bahagian bawah abdomen anda untuk melihat sama ada rahim mengecut atau tidak.
Uri akan diperiksa untuk memastikan ia cukup dan tidak tertinggal. Jika rahim kelihatan mengecut tetapi pendarahan masih berterusan, serviks dan vagina anda akan diperiksa. Ini boleh dilakukan di bawah bius am atau bius epidural.
Sekiranya anda mengalami tumpah darah lewat selepas bersalin, doktor anda mungkin akan melaksanakan pemeriksaan ultrabunyi.
Ia dilakukan dengan menggunakan alat (probe) untuk dimasukkan ke dalam vagina bagi memeriksa bahagian plasenta yang tertinggal di dalam rahim.
Ujian swab vagina boleh dibuat untuk memeriksa bukti terhadap jangkitan.
Jika tumpah darah awal selepas beranak disebabkan oleh penguncupan rahim yang lemah, anda mungkin akan diberi suntikan untuk membantu rahim mengecut.
Doktor juga mungkin akan mengurut perut anda. Sekiranya langkah-langkah ini tidak berfungsi, ubat selanjutnya boleh diberikan untuk membantu rahim mengecut.
Sekiranya pendarahan masih berterusan, pembedahan mungkin diperlukan. Dalam kes yang jarang berlaku, histerektomi mungkin akan dilaksanakan.
Pendarahan yang disebabkan oleh uri yang tertinggal dirawat secara manual dengan mengeluarkan bahagian uri tersebut melalui vagina.
Fakta yang sangat diyakini menunjukkan bahawa pengurusan yang aktif rutin pada tahap ketiga kelahiran akan mengurangkan insiden dan keterukan PPH.
Pengurusan aktif adalah kombinasi rutin antara pemberian uterotonik (sebaiknya oxytocin) sejurus selepas kelahiran bayi, menyepit dan memotong tali pusat dengan awal, dan tarikan lembut pada tali pusat serta tarikan lawan oleh rahim apabila ia mengecut dengan baik.
Baca juga:
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani tumpah darah:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan tumpah darah selepas bersalin, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen