backup og meta

17 Checklist Barang Keperluan Ibu Bersalin Normal & C-zer, Jangan Ada Yang Tertinggal!

17 Checklist Barang Keperluan Ibu Bersalin Normal & C-zer, Jangan Ada Yang Tertinggal!

Syukur anda kini sudah memasuki trimester ketiga dan persiapan untuk melahirkan bayi pun boleh dilakukan sekarang. Tetapi apa barang keperluan bersalin yang perlu dibawa ke hospital ya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Masa sesuai berkemas barang keperluan bersalin

Dianggarkan hanya kira-kira 5% bayi dilahirkan mengikut tarikh jangkaan bersalin. Bahkan kebanyakan kelahiran berlaku dalam beberapa minggu sebelum atau selepas due date.

Disebabkan itu, amat disarankan bagi anda mula mengemas beg untuk dibawa ke hospital sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh jangkaan tersebut. Ini dapat memberikan anda sedikit masa untuk perkara yang tidak diduga.

Bagi ibu hamil yang mempunyai sebarang tanda kemungkinan akan bersalin pramatang atau perlu melahirkan si kecil lebih awal, mungkin masa untuk mengemas beg harus dipercepatkan.

[embed-health-tool-due-date]

Barang keperluan ibu bersalin

Senarai berikut nampak agak banyak, tetapi kesemua barangan ini boleh dimuatkan dalam 1 beg.

1. Kad pengenalan diri

Ini diperlukan semasa mendaftar masuk. Kad insurans dan sebarang dokumen berkaitan lain juga harus disediakan,

2. Senarai ubat

Anda mungkin akan ditanya semasa mendaftar masuk dan apabila ingin mendaftar keluar.

Ketika sedang berdebar ingin beranak, terdapat kemungkinan anda tidak akan mengingati semua maklumat ubat yang diambil. Jadi senaraikannya dalam sekeping kertas, lebih mudah!

3. Ubat-ubatan, barang keperluan bersalin

Jika anda ada mengambil sebarang ubat preskripsi harian, jangan lupa membawanya bersama. Ini bagi mengelakkan situasi menjadi kelam-kabut.

4. Kad kredit atau sedikit wang tunai

Ia hanyalah untuk disimpan jika keadaan memerlukan atau anda mengidamkan sesuatu. 

5. Selipar kalis licin

Aspek keselamatan harus sentiasa menjadi keutamaan anda. Jadi pastikan selipar yang dibawa atau dipakai mempunyai cengkaman yang baik untuk keselamatan. 

Ini kerana semasa menunggu masa untuk bersalin, anda mungkin mahu berjalan-jalan, apatah lagi ketika berdepan kontraksi.

6. Buku

Buku, novel, majalah atau apa sahaja bahan bacaan lain yang boleh meredakan kebosanan semasa menunggu acara utama berlangsung.

7. Gajet dan pengecas

Telefon pintar dianggap sesuatu yang penting pada masa kini, bukan? Jadi sementara menunggu, anda mungkin akan bosan, jadi gajet adalah peneman yang terbaik. 

Anda juga boleh mendengar radio atau muzik yang dapat membantu memberikan ketenangan semasa mengalami sakit kontraksi, betul tak? Tetapi pastikan anda membawa bersama fon telinga – penting agar tidak mengganggu ketenteraman individu lain. 

8. Peralatan mandian, antara barang keperluan bersalin mesti dibawa

Selepas bersalin, ibu biasanya perlu bermalam di hospital – bagi membolehkan doktor memantau keadaan ibu & bayi. Jika tiada masalah, anda akan dibenarkan pulang selepas 24 jam.

Jadi jangan lupa untuk membawa peralatan asas seperti berus dan ubat gigi, sabun mandi, syampu, deodoran, balm bibir dan losyen – jika anda cenderung mempunyai kulit kering.

9. Seluar dalam

Anda akan memakai tuala wanita, jadi sebaiknya pilihlah saiz yang lebih besar dan full coverage style. Pilihan lain yang anda ada adalah untuk mendapatkan seluar dalam pakai buang.

10. Tuala wanita, salah satu barang keperluan ibu bersalin 

Biasanya pendarahan lochia atau nifas selepas bersalin untuk beberapa hari pertama adalah banyak. Jadi pertimbangkan untuk membawa pad tebal. 

Penggunaan tampon selepas bersalin perlu dielakkan bagi menghindari risiko jangkitan.

barang keperluan bersalin

11. Bra penyusuan

Jika anda merancang untuk menyusukan badan, bra menyusu dapat membantu memberikan akses dengan mudah apabila diperlukan. 

12. Nursing cover & pelapik penyusuan

Bagi mereka yang bersalin di hospital, anda mungkin akan menerima kedatangan tetamu. Jadi penggunaan nursing cover atau pelindung ketika menyusukan bayi akan dapat memberikan anda keselesaan. 

Pelapik penyusuan juga diperlukan jika berlaku sebarang ‘kebocoran’ susu. 

Jangan terlupa barang keperluan bersalin ini #13. Pakaian pulang

Pastikan juga dalam beg anda dimasukkan pakaian yang akan dipakai apabila dibenarkan pulang nanti. Pilihlah pakaian yang dapat memberikan keselesaan kepada anda.

Anda juga boleh memadankan pakaian dengan si kecil, barulah comel!

14. Cermin mata atau kanta sentuh

Ia mungkin perkara terakhir yang terlintas di fikiran atau anda juga mungkin terlupa mengenainya!

Jangan lupa untuk membawa cermin mata atau bagi mereka yang memilih untuk memakai kanta lekap – pastikan anda membawa bekas simpan dan juga multi-purpose solution.

barang keperluan bersalin

Bagi ibu yang akan menjalani prosedur kelahiran caesar, pertimbangkan untuk membawa barangan berikut:

15. Seluar dalam sokongan, barang keperluan ibu bersalin czer

Bawa beberapa seluar dalam khas untuk C-Section – ia berpinggang tinggi dan menawarkan mampatan ringan.

Anda juga boleh membawa fold-over underwear – seluar dalam boleh dilipat untuk memastikan ia terletak di bawah tempat pembedahan czer.

16. Compression wrap

Barang keperluan bersalin lain adalah tali pinggang sokongan (belly wrap). Ia dapat memberikan sokongan tambahan pada perut.

Namun pastikan anda mendapatkan kepastian daripada doktor mengenai garis panduan sebelum anda mula memakainya.

17. Pakaian longgar

Anda mungkin lebih selesa memakai pakaian seperti baju tidur berbanding berseluar – bagi mengelakkan pakaian bergesel dengan luka C-Sec.

Keperluan & keselesaan

Sebenarnya apa yang ingin anda bawa adalah bergantung kepada diri. Mungkin apa yang disenaraikan di atas, bukanlah keutamaan buat anda.

Jadi cuba buat checklist perkara yang anda rasakan penting untuk keperluan dan keselesaan diri sepanjang di hospital nanti.

Lakukan persediaan awal dan jangan tunggu sehingga saat akhir atau anda mungkin akan tertinggal barang keperluan bersalin yang penting!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What to bring to your labor and delivery. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000543.htm, Accessed on April 15, 2022
  2. 15 Hospital Bag Must-Haves. https://www.medela.us/breastfeeding/articles/15-hospital-bag-must-haves,  Accessed on April 15, 2022
  3. Khambalia, A. Z., Roberts, C. L., Nguyen, M., Algert, C. S., Nicholl, M. C., & Morris, J. (2013). Predicting date of birth and examining the best time to date a pregnancy. International journal of gynaecology and obstetrics: the official organ of the International Federation of Gynaecology and Obstetrics, 123(2), 105–109. https://doi.org/10.1016/j.ijgo.2013.05.007, Accessed on April 15, 2022 
  4. What to Bring for Your Hospital Stay. https://nyulangone.org/patient-family-support/what-to-bring-for-your-hospital-stay, Accessed on April 15, 2022
  5. What to take to hospital – checklist. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/what-to-take-to-hospital-checklist, Accessed on April 15, 2022
  6. Hospital bag checklist: what do I need to take? https://www.nct.org.uk/labour-birth/deciding-where-give-birth/giving-birth-hospital/hospital-bag-checklist-what-do-i-need-take, Accessed on April 15, 2022
  7. Packing your bag for delivery day. https://healthy.kaiserpermanente.org/health-wellness/maternity/third-trimester/packing-for-hospital, Accessed on April 15, 2022 

 

Versi Terbaru

22/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bakal Ibu, Cubalah 7 Senaman Ini Untuk Cepatkan Proses Kelahiran Baby, MUDAH Saja!

Ingin Cara Mudah Bersalin? Ini 9 Rahsia Lahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 5 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan