Apakah persediaan bersalin di hospital yang perlu bakal ibu ketahui? Selain beg hospital, adakah terdapat borang pra pendaftaran hospital yang perlu diisi?
Haid Terakhir
Anda pasti?
Apakah persediaan bersalin di hospital yang perlu bakal ibu ketahui? Selain beg hospital, adakah terdapat borang pra pendaftaran hospital yang perlu diisi?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Sebelum kita mengetahui apakah keperluan beg hospital yang perlu anda bawa, ada perkara penting lain harus diuruskan sebelum waktu bersalin tiba.
Ia adalah soal pra pendaftaran hospital yang melibatkan borang maklumat peribadi dan kehamilan, insuran atau pembayaran nanti.
Sudah tentu anda tidak mahu memikirkan perkara ini sewaktu sedang menahan sakit kontraksi, bukan?
Pastinya situasi perlu mengisi borang semasa sedang sakit ingin beranak akan menjengkelkan anda.
Cara terbaik adalah untuk melakukan persiapan awal dengan membuat pra pendaftaran sebagai persediaan bersalin di hospital atau sebarang pusat bersalin pilihan anda.
Selain beg hospital, pra pendaftaran ini adalah untuk melancarkan urusan dan prosedur melahirkan anak nanti.
Ia adalah peluang untuk mengisi lebih awal pelbagai borang yang diperlukan untuk kemudahan rawatan kesihatan.
Ini juga bertujuan mempercepatkan proses kemasukan apabila tiba tarikh jangkaan bersalin.
Seperkara yang perlu anda ketahui, tidak semua hospital atau pusat bersalin menyediakan proses pra pendaftaran ini. Kebanyakannya melibatkan hospital atau pusat bersalin swasta.
Soal pra pendaftaran sebagai persediaan bersalin di hospital sudah anda ketahui. Bagaimana pula dengan kelengkapan yang perlu dibawa nanti?
Berikut antara senarai semak yang boleh membantu:
1. Lesen memandu atau kad pengenalan diri
2. Kad insurans atau sebarang dokumen hospital yang telah anda isi
3. Telefon dan pengecas
4. Pakaian untuk bayi termasuklah stokin
5. Pakaian ibu untuk dipakai selepas dibenarkan pulang ke rumah. Sediakan pakaian yang selesa dan mudah dipakai
6. Beg tambahan kecil untuk mengisi sebarang bekalan atau cenderahati daripada pihak hospital yang mungkin diberikan
Adakalanya bakal ibu akan membawa barang secara berlebihan. Namun ada sesetengah barangan yang tidak seharusnya dibawa ke hospital, seperti:
Mempunyai anak lain?
Jangan lupa untuk menyediakan penjaga untuk mereka semasa anda berada di wad bersalin. Pastikan anda mudah untuk menghubungi penjaga tersebut, tidak kira masa.
Jika mempunyai haiwan peliharaan, hantarkan ia kepada pusat jagaan haiwan untuk sementara.
Baca juga:
Selain menyediakan beg hospital, kebanyakan parents terlupa mengenai hal ini. Dan kemudiannya akan menyebabkan anda menjadi kelam kabut.
Jadi, bersih dan kemaskan rumah lebih awal bersama pasangan sebelum tiba tarikh jangkaan bersalin.
Jika ada anak yang lain, libatkan mereka untuk membersihkan rumah bagi menyambut ketibaan bayi baharu.
Sekiranya mampu, anda boleh mengupah syarikat yang menyediakan perkhidmatan membersih dan mengemaskan rumah.
Apa lagi perkara yang terbaik selain pulang ke rumah bersama bayi dengan keadaan rumah yang kemas dan bersih
Jangan lupa untuk membeli kerusi keselamatan bayi dan memasangnya lebih awal sebelum tiba hari bersalin.
Jika tidak pasti, anda boleh bertanya dan mendapatkan bantuan penjual kerusi keselamatan bayi mengenai cara pemasangan yang betul.
Untuk memudahkan proses kemasukan, pastikan anda menyelesaikan hal pra pendaftaran hospital (jika perlu) dengan lebih awal.
Ia dapat membantu mengurangkan tekanan apabila tiba saat untuk beranak nanti! Ingat, hospital yang anda pilih adalah pilihan anda sendiri!
Jika terdapat sebarang keraguan atau masih tidak pasti hospital yang menjadi pilihan untuk melahirkan anak nanti, rujuklah kepada doktor untuk mendapatkan pandangan dan kepastian.
Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.
Kaedah Pengiraan
Panjang Kitaran
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000543.htm
https://www.pregnancybirthbaby.org.au/preparing-for-child-birth
https://www.pregnancybirthbaby.org.au/getting-out-of-the-house-with-your-new-baby
https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/prenatal/Pages/Preparing-for-Delivery.aspx
https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=101236
https://www.birthcenters.org/page/bc_experience#2
https://www.acog.org/news/news-releases/2020/04/acog-statement-on-birth-settings
https://www.acog.org/womens-health/faqs/how-to-tell-when-labor-begins
https://www.womenshealth.gov/pregnancy/getting-ready-baby/last-minute-dos
https://www.nyp.org/womens/pregnancy-maternity-care/labor-delivery/frequently-asked-questions
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen