brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

11 Tanda Bahaya Selepas Bersalin, No. 5 Ramai Ibu Selalu Terlepas Pandang!

Melahirkan anak ke dunia dengan selamat adalah perkara yang paling menggembirakan. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan berlaku masalah selepas bersalin kepada anda.

11 Tanda Bahaya Selepas Bersalin, No. 5 Ramai Ibu Selalu Terlepas Pandang!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Simptom dan tanda masalah selepas bersalin

Jika anda mengalami mana-mana kondisi selain tanda meroyan selepas bersalin, segeralah berjumpa doktor:

1. Faraj bengkak/nanah

Keadaan ini boleh berlaku kepada wanita yang bersalin secara normal. Biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman pada jahitan selepas beranak. 

Elakkan memicit bisul pada faraj kerana ia akan memburukkan lagi jangkitan pada faraj. Selain itu, kurangkan bergerak dan gunakan seluar dalam longgar supaya sakit kemaluan selepas bersalin tidak menjadi lebih teruk. 

Segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang betul.

2. Kenapa sakit bawah perut selepas bersalin?

Ada banyak kesan sampingan selepas bersalin czer dan kesakitan yang dialami mungkin disebabkan jangkitan luka pembedahan. Jadi anda perlu berwaspada tentang parut perut. 

Sentiasa berunding dengan doktor selepas pembedahan dan maklumkan jika mengalami keadaan seperti:

  • Kesakitan yang teruk pada luka pembedahan
  • Parut pembedahan berdarah, bengkak atau keluar cecair
  • Perut kembung dan rasa kenyang
  • Demam

Ini kerana ia boleh menjadi petanda keradangan pada luka pembedahan.

3. Keluar nanah dari faraj, antara masalah selepas bersalin

Satu lagi tanda bahaya perlu anda perhatikan ialah nanah keluar dari faraj. Keadaan ini mungkin menunjukkan jangkitan pada perut atau peritonitis.

Jangkitan ini boleh berlaku sama ada selepas bersalin normal atau ketika anda sedang sakit selepas bersalin czer. 

Peritonitis adalah keadaan yang sangat berbahaya. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, jangkitan boleh merebak ke buah pinggang, usus dan hati.

Masalah selepas bersalin #4. Pendarahan berlebihan

Dalam tempoh nifas atau pendarahan lochia, anda akan mengeluarkan sejumlah darah seperti haid yang berlangsung sehingga 6 minggu atau 42 hari.

Namun, jika darah yang keluar terlalu banyak maka anda harus sedar tentang keadaan bahaya ini.

Segera dapatkan nasihat doktor jika pendarahan berlebihan disertai dengan gejala seperti:

  • Menggigil 
  • Kulit pucat
  • Pening dan sakit kepala
  • Jantung berdebar
  • Sakit teruk bahagian bawah abdomen
  • Bau busuk pada faraj
masalah selepas bersalin
Masalah faraj berbau lepas bersalin.

Keadaan ini adalah tanda rahim bengkak selepas bersalin atau terdapat sisa-sisa plasenta yang tertinggal di dalamnya.

5. Kerap berasa dahaga tetapi kurang kencing

Anda juga perlu berhati-hati jika sering berasa dahaga tetapi kurang membuang air kecil. Lebih-lebih lagi jika anda mengalami kesakitan dan kesukaran kencing.

Segera dapatkan nasihat doktor jika mengalami masalah selepas bersalin ini kerana ia boleh menjadi tanda jangkitan.

6. Loya, muntah dan hilang selera makan

Pada trimester pertama kehamilan, keadaan ini mungkin semula jadi untuk dialami. Tetapi jika ia berlaku selepas melahirkan anak, anda perlu berhati-hati.

Loya, muntah dan hilang selera makan juga merupakan masalah lepas bersalin, seperti jangkitan pada rahim.

Masalah selepas bersalin #7. Tekanan darah tinggi (preeklampsia)

Selepas beranak, keadaan tubuh perlu dipantau secara berkala oleh doktor dan jururawat – seperti memeriksa suhu badan dan tekanan darah.

Ia untuk mengelakkan jangkitan dan preeklampsia. Walaupun jarang berlaku, keadaan ini boleh membawa maut.

Preklampsia adalah keadaan tekanan darah meningkat secara drastik selepas bersalin. Jika tidak dirawat dengan segera, ini boleh menyebabkan risiko strok, sawan dan juga kematian.

8. Sakit kepala atau migrain teruk, antara masalah selepas bersalin

meroyan selepas bersalin
Sakit kepala yang teruk selepas bersalin.

Anda berisiko mengalami sakit kepala pada minggu pertama selepas bersalin. Ini biasanya berlaku disebabkan oleh perubahan hormon, tekanan dan keletihan.

Walau bagaimanapun, berhati-hati jika anda mengalami sakit kepala atau migrain teruk kerana ia boleh menjadi tanda preeklampsia.

Segera dapatkan nasihat doktor jika sakit kepala disertai dengan gejala seperti:

  • Penglihatan kabur
  • Tekanan darah tinggi
  • Bengkak muka, tangan dan kaki
  • Peluh berlebihan
  • Pening dan muntah
  • Tanda meroyan selepas bersalin

9. Kenapa sesak nafas selepas bersalin?

Keadaan ini boleh berlaku jika terdapat penyumbatan pada saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari).

Ini disebabkan oleh air ketuban yang masuk dalam saluran darah, dibawa ke paru-paru dan menyebabkan penyumbatan.

Ia adalah antara masalah selepas bersalin yang berbahaya dan boleh berisiko untuk kematian.

10. Payudara bengkak

Payudara bengkak akan terasa sakit dan berat. Ini biasanya berlaku dari hari pertama selepas bersalin kerana peningkatan aliran darah dan pengeluaran susu.

Jika tidak menyusukan bayi dengan segera, payudara yang bengkak akan menyebabkan demam dan mengurangkan bekalan susu anda pada hari-hari berikutnya.

Berhati-hati jika bengkak ini disertai dengan rasa terbakar dan permukaan kulit menjadi merah – tanda jangkitan pada payudara (mastitis).

penyakit mental selepas bersalin
Gangguan kesihatan mental selepas bersalin.

11. Baby blues

Selain fizikal, terdapat juga tanda bahaya psikologi selepas beranak kesan perubahan fizikal, hormon hingga aktiviti harian. Akibatnya, ibu berisiko mengalami gangguan kemurungan dan baby blues.

Jika mengalami tanda meroyan selepas bersalin seperti baby blues, anda akan sukar mengawal emosi dan mudah menangis atau marah kerana perkara kecil. Dalam kes lebih teruk, ia boleh menyebabkan perkara seperti:

  • Sakit pada bahagian badan tertentu tanpa sebab
  • Mudah lupa
  • Hilang semangat untuk hidup
  • Mahu mencederakan diri sendiri atau bayi baru lahir 

Kesimpulan

Sekiranya anda berada dalam situasi di atas atau mempunyai kebimbangan tentang petua hilangkan sakit badan selepas bersalin, berjumpa dengan doktor untuk lebih kepastian.

C-Section Mum Malaysia

C-Section Mum Malaysia adalah grup tertutup yang ditujukan untuk ibu-ibu yang pernah/akan menjalani pembedahan Caesarean. Di sini, kami membina komuniti yang menyokong dan mengambil berat untuk berkongsi pengalaman, mencari nasihat, dan mendapatkan tips mengenai kelahiran pembedahan caesarean, proses bersalin, pemulihan, dan banyak lagi.

Ayuh, sertai kumpulan ini supaya anda tidak terlepas info-info penting!!!

https://www.facebook.com/groups/csectionmumsmalaysia/?ref=share&mibextid=ktfwri

medical
Dr. Joseph Tan
Disemak secara perubatan oleh
Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/04/2026