Pakai Cermin Mata Akan Buat Mata Lebih Rosak – Fakta Atau Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Setiap dari kita mesti ada kawan yang selalu tukar cermin mata mereka secara berkala bukan? Ramai yang percaya bahawa kesan pakai cermin mata boleh buat mata kita lebih rosak. Eh, pernyataan ini fakta atau auta ya? Kalau ingin tahu jawapannya, jom sama-sama ikuti artikel dengan lebih lanjut!

Mitos mengenai cermin mata

Sebenarnya, terdapat banyak sebab orang yang rabun tidak mahu pakai kaca mata. Mereka mungkin akan diejek oleh kawan-kawannya, tidak suka dengan penampilan diri sendiri, tidak selesa dengan bingkainya atau lebih selesa memakai kanta lekap. 

Ataupun, mereka percaya dengan satu mitos yang sangat menarik iaitu pemakaian cermin mata ini sebenarnya boleh buat mata lebih rosak. Adakah mitos ini adalah fakta dalam dunia saintifik atau auta semata-mata?

Kesan pakai cermin mata akan buat mata lebih rosak?

lobak-merah-mitos-penglihatan

Menurut Michael J. Duerr, pakar mata dari Rochester Hills, Michigan, pemakaian kaca mata tidak akan membuat mata anda lebih rosak!

Menurut beliau lagi, pemakaiannya adalah bergantung kepada tahap kerabunan atau kekaburan mata. Ia hanyalah alat yang dapat membantu otak anda mendapat visual yang lebih jelas tanpa merosakkan sebarang fungsinya.

Jika begitu, dari manakah mitos ini datang? Sebenarnya, ia mungkin disebabkan oleh pemikiran individu itu sendiri.

Bagi pemakai kaca mata, pasti anda akan lihat dunia sekeliling anda menjadi kabur ketika membukanya bukan? Situasi seperti inilah yang membuat kita percaya bahawa mata kita menjadi lebih rosak setelah memakai cermin mata.

Sebenarnya, mata kita tidak rosak. Menurut American Academy of Opthamology, ia lebih kepada situasi anda yang telah terbiasa bergantung kepada kaca mata untuk melihat sesuatu dengan jelas.

Jadi, apabila membukanya, anda akan berasa bahawa mata anda telah rosak sedangkan ia adalah sebaliknya.

Jadi, jangan takut untuk memakai cermin mata

mata kering

Bagai pemakai kaca mata, jangan sesekali khuatir untuk memakainya. Mitos tanpa penjelasan secara saintifik seperti ini tidak seharusnya anda percaya.

Sebaliknya, jangan takut untuk memakai kaca mata kerana ia tidak akan merosakkan mata anda. 

Pun begitu, anda mesti agak risau dengan power kaca mata yang kian meningkat saban tahun bukan? Jangan risau, peningkatannya tidak langsung disebabkan oleh mata yang semakin rosak ekoran pemakaian kaca mata namun ia disebabkan oleh peningkatan usia anda.

Konklusi

Kesimpulannya, jangan bimbang jika penglihatan anda semakin kabur apabila membuka kaca mata. Selain itu, jangan pula khuatir dengan peningkatan power kaca mata anda tahun demi tahun.

Ia adalah normal kerana mata kita akan makin kurang keupayaannya seiring dengan perjalanan usia. Jadi, usah rasa pelik jika kawan anda tukar cermin mata lagi selepas ini okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Mata termasuk bendasing boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Debu, kotoran, dan partikel-partikel kecil yang ditiup angin boleh termasuk ke dalam mata.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Mata, Masalah Mata Lain 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Anda rabun? Keliru sama ada ingin memakai cermin mata atau kanta lekap? Usah risau lagi, artikel ini akan mengupas mengenai pro dan kontra kedua-duanya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Mata, Penjagaan Mata 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Si Kecil Mengadu Penglihatan Tak Jelas? Jom Buat Ujian Mata Di Rumah Dengan Cara Ini

    Jika anak mengadu penglihatan kabur, anda boleh melakukan ujian mata sendiri di rumah, bagaimana? Ketahui caranya dalam perkongsian artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 13/10/2020 . 3 minit bacaan

    Mata Tiba-Tiba Tak Boleh Nampak? Jangan Panik! Ambil Tahu Punca Keadaan Ini Berlaku

    Pernahkah anda mengalami gangguan penglihatan secara tiba-tiba sehingga membuatkan anda tertanya-tanya penyebab kebutaan itu belaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kecacatan Penglihatan, Kesihatan Mata 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit mata kuning jaundis

    Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    jaga mata

    Apa Yang Dimaksudkan Dengan Mata Yang Sihat? Ketahui Simptom, Diagnosis & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/12/2020 . 5 minit bacaan
    khasiat daun sirih untuk mata

    Guna Daun Sirih Untuk Rawat Masalah Rabun? Boleh Percaya Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
    rabun warna

    Lelaki Paling Ramai Buta Warna, Tapi Jangan Risau! Ada Cermin Mata Khas Untuk Si Rabun Warna

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan