home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bakal Ibu, Cuba Amalkan 3 Teknik Pernafasan Untuk Mudahkan Proses Kelahiran, BERKESAN!

Bakal Ibu, Cuba Amalkan 3 Teknik Pernafasan Untuk Mudahkan Proses Kelahiran, BERKESAN!

Memasuki trimester ketiga ini, wanita hamil sudah boleh mempelajari dan mengamalkan teknik pernafasan semasa bersalin yang betul.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Teknik pernafasan semasa bersalin

Menghampiri tarikh jangkaan bersalin ini merupakan masa yang tepat untuk anda mula mempraktikkan teknik pernafasan yang akan digunakan semasa melahirkan bayi nanti.

Melalui teknik yang betul, ia membantu mengawal ketidakselesaan dan menyesuaikan diri dengan proses kelahiran aktif si manja.

Malah ia dapat menjadikan proses melahirkan anak lebih cepat dan mudah, serta melambat atau menghilangkan keperluan penggunaan ubat penahan sakit ketika beranak.

Baca juga:

Teknik pernafasan perlahan

Apabila intensiti kontraksi meningkat dan kerap sehingga menyukarkan anda untuk bercakap, tandanya anda boleh memulakan teknik pernafasan semasa bersalin perlahan.

Amalkan teknik yang dikenali sebagai paced breathing techniques ini setiap hari, sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh bersalin.

1. Tarik nafas dalam dan hembuskannya.

2. Salurkan tenaga dengan memfokuskan pada 1 tempat seperti dinding, siling atau lantai – bergantung kepada kedudukan anda.

3. Bayangkan anda berada dalam fasa permulaan kontraksi, tarik nafas dalam untuk 5 hingga 10 kali selama 1 minit.

Semasa menyedut nafas, letakkan tangan di bawah perut dan tekan secara perlahan pada bahagian atas tulang rusuk.

Ketika menghembus nafas, biarkan tangan melurut ke bawah.

Untuk pengetahuan, mengurut rahim semasa kontraksi membantu mengurangkan rasa tidak selesa.

4. Kini bayangkan pula fasa kontraksi sudah berakhir dan anda boleh bernafas secara normal.

5. Anda disarankan untuk mempraktikkan teknik pernafasan semasa bersalin ini dalam semua posisi asas – duduk di kerusi, berbaring atas bantal, baring mengiring dan berlutut.

Teknik pernafasan semasa bersalin yang diubahsuai

Semasa berada di fasa aktif – serviks melebar – pernafasan mendalam dan perlahan mungkin tidak mampu untuk mengharungi kontraksi.

Anda harus mengubah kepada pernafasan laju mengikut intensiti kontraksi.

Dinamakan sebagai modified paced breathing, ia harus diamalkan sekitar 6 minggu sebelum beranak.

teknik pernafasan semasa bersalin

1. Tarik nafas mendalam secara tenang

2. Bayangkan anda berada pada fasa permulaan kontraksi dan mula dengan pernafasan perlahan.

3. Percepatkan corak menyedut dan menghembus nafas apabila kontraksi meningkat – gunakan pernafasan cepat dan ringan.

Secara am, kontraksi yang dialami akan memuncak selama 30 saat dan anda boleh kembali memperlahankan pernafasan selepas tempoh itu.

4. Tidak ada tempoh masa tertentu untuk memulakan teknik pernafasan semasa bersalin ini. Yang pasti anda akan bernafas 2x ganda daripada kadar normal.

Amat penting untuk memastikan pernafasan anda tetap teratur.

Jika berasa pening, bermakna anda menyedut oksigen lebih banyak berbanding menghembusnya.

Sekiranya anda berasa sesak nafas, bermaksud udara yang dihembus lebih banyak berbanding disedut.

5. Anda mungkin boleh mengamalkan urutan rahim seperti dalam teknik pertama di atas untuk membantu menghadapi kontraksi.

Namun ada wanita yang berasakan ia memberikan sensasi tambahan yang berlebihan.

Jika itu situasi yang dialami, mintalah pasangan untuk membantu mengurut bahagian paha atau belakang badan anda.

teknik pernafasan semasa bersalin

Bernafas semasa peralihan dan meneran

Teknik pernafasan semasa bersalin ini pula dapat membantu mengelakkan diri daripada meneran sebelum tiba waktunya.

Anda akan mengalami tekanan tinggi pada bahagian rektum, seperti ingin membuang air besar dan memerlukan pernafasan khas untuk mengalihkan fokus kepada perkara lain.

Ini penting kerana jika meneran terlalu awal, mungkin berlaku pembengkakan atau koyakan pada serviks.

Cuba teknik ini:

1. Bayangkan kontraksi sudah bermula dan anda perlu menarik nafas sedalamnya seterusnya bernafas pantas seperti selepas melakukan senaman.

2. Kemudian apabila tiba rasa untuk meneran, hembuskan nafas dengan membayangkan seperti anda sedang meniup lilin. Bentuk mulut seperti ‘O’ dan hembuskan nafas berulang kali.

3. Ulangi teknik pernafasan semasa bersalin ini beberapa kali apabila terasa ingin meneran. Menghembus nafas ke udara menyukarkan anda untuk meneran pada bahagian faraj.

teknik pernafasan semasa bersalin

4. Apabila tiba masa untuk meneran, gunakan seluruh tubuh untuk menahan kontraksi rahim. Tarik nafas secara mendalam.

5. Tahan dengan sekuat tenaga, secara perlahan hembuskan nafas, mengerang seperti sedang mengetatkan otot abdomen dan berikan lebih banyak tekanan pada bahagian diafragma.

6. Jangan meneran atau menahan antara kontraksi. Sebaliknya gunakan peluang untuk berehat dan mengumpul tenaga sebelum kembali meneran.

7. Amalkan teknik ini dalam pelbagai posisi bersalin bagi membolehkan anda memilih kedudukan yang selesa.

Pentingnya teknik pernafasan semasa bersalin

Penggunaan teknik bernafas yang betul semasa melahirkan anak akan dapat membantu memudahkan proses tersebut.

Dapat bernafas dengan baik membolehkan ibu memberikan tumpuan dan membekalkan oksigen yang diperlukan diri dan bayi yang bakal dilahirkan.

Terdapat teknik pernafasan tertentu dikatakan dapat mengurangkan risiko koyakan faraj semasa bersalin. Sudah tentu ia sangat diharapkan bakal-bakal ibu, bukan?

Semoga teknik yang dikongsikan dalam artikel ini membawa manfaat buat wanita hamil di luar sana!

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 29/07/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x