backup og meta

Ingin Cara Mudah Bersalin? Ini 9 Rahsia Lahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/09/2022

    Ingin Cara Mudah Bersalin? Ini 9 Rahsia Lahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit

    Jika ini pengalaman pertama anda untuk melahirkan anak, pastinya akan rasa gementar, betul? Bertenang, Hello Doktor akan kongsikan cara bersalin tidak sakit bagi membantu memudahkan proses kelahiran nanti.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Cara bersalin tidak sakit dan mudah

    Setiap wanita hamil sudah tentu ingin mengetahui sama ada terdapat kaedah yang boleh mereka lakukan untuk menjadikan proses bersalin lebih mudah dan cepat.

    Sememangnya melahirkan anak bukanlah perkara yang senang. Sebaliknya memerlukan banyak kekuatan sama ada secara mental ataupun fizikal.

    Ada kalanya apabila sering mendengar perkongsian cerita dan pengalaman daripada mereka yang pernah bersalin, pastinya sedikit sebanyak ia mendatangkan kegusaran di hati.

    Selain itu, ia mungkin akan mewujudkan persoalan dan kerisauan seperti “Bagaimana kalau proses bersalin nanti lambat dan lama?”.

    Tetapi dengan sedikit persediaan, ia pastinya dapat membantu melancarkan proses tersebut.

    1. Kekal aktif

    Wanita yang kekal aktif dan menjaga tubuh sepanjang kehamilan dapat bertindak balas dengan baik semasa proses bersalin dan cenderung mempunyai tempoh kelahiran lebih pendek.

    Namun sebaiknya, dapatkan rundingan doktor sebelum memulakan sebarang rutin senaman.

    Ketika hendak bersalin, anda juga disarankan untuk kekal aktif. Bagaimana? 

    Pastikan anda sentiasa duduk dalam kedudukan tegak dan condong ke hadapan membolehkan graviti membantu bayi bergerak ke kedudukan optimum. Seterusnya ini dapat membantu memendekkan tempoh bersalin selama sejam.

    Semasa mengalami kontraksi, anda akan cenderung menjadi letih, jadi kunci penting adalah untuk menguatkan kaki anda.

    cara bersalin tidak sakit

    Cara bersalin tidak sakit #2. Makan kurma

    Kajian menunjukkan bahawa wanita yang memakan kurma setiap hari selama 6 minggu terakhir kehamilan kurang berkemungkinan untuk diinduksi atau memerlukan Pitocin bagi membantu perkembangan kelahiran.

    Lebih menarik lagi, proses beranak hanya memakan masa kurang tujuh jam! Jadi, ayuh makan kurma setiap hari.

    3. Belajar cara bersalin tidak sakit dalam kelas pranatal

    Membiasakan diri dengan peringkat kelahiran bayi dan mengamalkan langkah keselesaan sebelum beranak membantu mengurangkan rasa cemas, sekali gus memudahkan proses bersalin. Ini yang diajar dalam kelas pranatal.

    4. Tidur lena, mudahkan proses melahirkan anak

    Dipercayai wanita yang tidak mendapat rehat malam mencukupi pada bulan terakhir kehamilan, cenderung melalui proses bersalin 11 jam lebih lama dan risiko pembedahan czer 4x lebih tinggi berbanding mereka yang tidur dengan secukupnya.

    cara bersalin tidak sakit

    5. Mandi, antara cara bersalin tidak sakit

    Mandi adalah cara terbaik untuk melegakan ketegangan otot semasa kehamilan. Ini kerana air boleh membantu melegakan otot dan membolehkan tubuh terbuka, sekali gus mempercepatkan tempoh bersalin. 

    6. Dapatkan urutan 

    Apabila merangsang bahagian sakit dengan tekanan atau haba, ia ‘melembutkan’ mesej kesakitan yang dihantar ke otak.

    Disebabkan itu, ia amat bermanfaat untuk mendapatkan urutan semasa ingin melahirkan bayi.

    Walaupun dalam kebanyakan kes pada waktu-waktu tertentu proses kelahiran bayi, ibu hamil tidak akan suka disentuh, namun pastikan anda berbincang dengan pasangan mengenai urutan yang boleh mereka lakukan bagi menenangkan anda.

    cara bersalin tidak sakit

    7. Berfikiran terbuka & fleksibel dalam proses melahirkan anak

    Penting untuk mempersiapkan diri secara mental dan fizikal bagi pengalaman bersalin dan kelahiran anak. Ini kerana tiada siapa yang boleh meramal bagaimana proses kelahiran bayi anda akan terjadi.

    Umumnya, ia berbeza bagi setiap wanita ke wanita dan daripada seorang bayi ke bayi lain. Malahan, kelahiran pertama anda mungkin berbeza dengan kelahiran kedua.

    Sebaiknya, pastikan diri bersikap terbuka dan fleksibel.

    Anda mungkin tidak boleh mendapatkan epidural atau epidural mungkin tidak berkesan seperti diharapkan mahupun terdapat keperluan untuk C-Sec walaupun inginkan kelahiran normal.

    Wanita yang lebih santai, mengikut keadaan tubuh akan mempunyai pengalaman kelahiran lebih baik, mudah dan lancar.

    Cara bersalin tidak sakit #8. Teruskan pernafasan

    Bukanlah bermaksud anda secara tiba-tiba tidak bernafas. Tetapi ia adalah untuk memastikan diri mengekalkan pernafasan yang tenang dan konsisten semasa bersalin.

    Ada kalanya wanita menahan nafas semasa bersalin atau mula mengalami hiperventilasi kerana mereka tidak memberi tumpuan kepada corak pernafasan.

    Lebih banyak oksigen yang anda ambil, lebih baik. Ia boleh membantu anda kekal relaks dan kekal fokus melalui setiap kontraksi.

    Baca juga:

    9. Kekal tenang, salah satu cara bersalin tidak sakit 

    Sekiranya anda berada dalam keadaan takut, tertekan atau tergesa-gesa, ia boleh menjejaskan proses kelahiran bayi.

    Sebaliknya, jika anda berasa selesa dan mendapat sokongan pasangan semasa bersalin, ia membolehkan diri memberi tumpuan serta boleh melakukan perkara perlu dibuat ketika beranak.

    Sentiasa kekal bertenang kerana pada akhirnya anda akan tetap berjumpa si manja. Usah terburu-buru.

    Kesimpulannya

    Apa sekali pun cara yang dikongsikan di atas, ia adalah antara petua atau kaedah untuk dicuba oleh wanita mengandung bagi membantu mempercepatkan dan melancarkan proses melahirkan anak nanti. 

    Yang pasti, tidak kira apa pun cara anda lakukan, setiap proses bersalin akan berakhir dengan kelahiran bayi comel.

    Sekiranya wujud keraguan mengenai kesesuaian diri untuk mencuba tip yang dikongsikan, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan