Kegunaan
Apakah kegunaan ornithine ketoglutarate?
Ornithine ketoglutarate merupakan asid amino. Tubuh manusia menggunakan asid amino untuk membina protein.
Ornitihine ketoglutarate diambil secara oral bagi meningkatkan prestasi para atlit dan menyembuhkan luka akibat terbakar.
Ornithine ketoglutarate kadangkala dimasukkan dalam nutrisi formula pemakanan yang diberikan melalui suntikan ke dalam vena (intravena, IV) oleh pegawai kesihatan untuk mencegah pertumbuhan yang tidak normal pada kanak-kanak yang menerima pemakanan melalui intravena untuk jangka masa yang panjang.
Ornithine ketoglutarate juga diberikan secara IV bagi membantu tubuh untuk membina otot selepas menjalani proses pembedahan atau strok; dan untuk merawat perubahan pada otak akibat penyakit hati.
Bagaimanakah ornithine ketoglutarate berfungsi?
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Namun begitu, terdapat kajian mendapati bahawa ornithine ketoglutarate akan mengubah asid amino yang akan membina protein. Ia juga akan meningkatkan pembentukan hormon insulin, hormon yang mengawal kandungan gula dalam darah.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil ornithine ketoglutarate?
Sila berbincang dengan doktor atau penjual herba sekiranya:
- Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
- Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
- Anda mempunyai alahan terhadap ornithine ketoglutarate atau ubat atau suplemen lain
- Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
- Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan
Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Adakah ornithine ketoglutarate selamat?
Ornithine ketoglutarate selamat digunakan sekiranya diambil secara oral atau intravena dengan pengawasan doktor yang betul.
Langkah berjaga-jaga serta amaran khusus
Mengandung serta menyusukan anak: Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan ornithine ketoglutarate terhadap ibu mengandung dan menyusukan anak. Sila ambil langkah selamat dan elak daripada menggunakannya.
Fungsi mental yang semakin teruk akibat penyakit hati: Pengambilan ornithine ketoglutarate akan menyebabkan kesan ini menjadi lebih teruk.
Kesan-kesan sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan ornithine ketoglutarate?
Tiada maklumat yang lengkap tentang kesan sampingan pengambilan ornithine ketoglutarate. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut sila berbincang dengan doktor atau penjual herba anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan ornithine ketoglutarate?
Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos ornithine ketoglutarate yang biasa diberikan?
Untuk rawatan luka akibat kebakaran: 30 gram ornithine ketoglutarate sehari
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Ketersediaan ornithine ketoglutarate
Ornithine ketoglutarate boleh didapati dalam bentuk:
- Serbuk
- Kapsul
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.