backup og meta

Inginkan Snek Sihat Dan Sedap Tapi Ada Diabetes? 5 Idea Ini Khas Untuk Anda!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/07/2022

    Inginkan Snek Sihat Dan Sedap Tapi Ada Diabetes? 5 Idea Ini Khas Untuk Anda!

    Jika anda ada diabetes, apa yang anda ambil sebagai makanan dan minuman perlulah dijaga, selain anda juga perlu lebih peka tentang snek sihat untuk kencing manis.

    Ini kerana tidak semua jenis snek itu adalah sihat serta sesuai buat anda dalam usaha menstabilkan kadar gula dalam darah bagi penderita diabetes.

    Jadi, apakah antara snek sihat untuk kencing manis yang terbaik? Jom teruskan membaca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    3 nutrien terpenting buat pesakit diabetes

    snek sihat

    Buat pesakit kencing manis, antara pantang larang yang paling utama dalam diet adalah gula dan karbohidrat kerana ia akan menjejaskan kadar glukosa.

    Bagi menangani masalah ini, anda haruslah menjaga diet dengan cara memilih makanan atau minuman yang sangat kaya dengan nutrien penting.

    Nutrien tersebut adalah protein, serat dan lemak sihat bagi mengawal kadar glukosa anda.

    Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk anda ambil sarapan, makan tengah hari, makan malam atau snek yang tinggi dengan nutrien-nutrien ini.

    Dengan usaha ini, maka kalian bukan sahaja mampu mendapatkan snek yang tinggi khasiat lagi sedap, malah juga mengelakkan komplikasi kencing manis.

    Snek sihat untuk kencing manis paling sesuai!

    Sebenarnya, penderita diabetes juga masih boleh menikmati snek asalkan ia sesuai dengan kualiti dan kuantiti serta tidak mengganggu kadar gula dalam darah.

    Berikut adalah beberapa idea buat anda yang ingin makan snek tapi ada kondisi kencing manis:

    #1. Telur separuh masak

    snek sihat

    Usah terkejut jika kami kata telur adalah salah satu snek yang paling sihat dan sesuai buat penderita diabetes kerana ia merupakan antara sumber protein.

    Untuk pengetahuan anda, sebiji telur separuh masak setidak-tidaknya akan menyediakan 6 gram protein, bagi merendahkan kadar gula darah selepas makan.

    Dalam sebuah kajian yang dijalankan terhadap 65 orang pesakit diabetes selama 12 minggu, pengambilan telur didapati mampu menurunkan kadar glukosa serta hemoglobin A1C – ukuran kadar glukosa jangka masa panjang.

    Selain itu, telur juga adalah sangat mengenyangkan yang akan membuat individu tidak makan terlalu banyak lantas mengakibatkan masalah berat berlebihan.

    #2. Strawberi bersalut coklat

    Strawberi adalah buah yang secara semula jadinya adalah bebas lemak dan kaya dengan vitamin C, lantas menjadikannya snek untuk kencing manis yang sihat.

    Ditambah pula dengan salutan coklat, sudah tentu ia akan membawa rasa yang lebih unik dan sedap sekali gus menjadikannya antara snek yang terbaik.

    Namun, ia juga mungkin tinggi dengan kalori, jadi anda perlu elakkan daripada makan terlalu banyak!

    Snek sihat untuk kencing manis #3. Kacang badam

    Selain itu, kekacang juga sangat sesuai. Hidangan 18 gram kacang badam mengandungi kira-kira:

    • 104 kalori
    • 3.88 gram karbohidrat
    • 0.783 gram gula
    • 3.81 gram protein
    • 2.25 gram serat
    • 48.4 g kalsium

    Kajian pada tahun 2017 menyatakan, pengambilan kacang badam sekali setiap hari akan mendatangkan kesan positif untuk kawal kadar glukosa.

    Pun begitu, ia juga sangat tinggi dengan kalori yang boleh menjejaskan berat badan anda. Jadi, sila ambil dengan berwaspada agar tidak berlebihan.

    Snek sihat untuk kencing manis #4. Bertih jagung

    kencing manis

    Meskipun bertih jagung sering kali dianggap sebagai snek yang tidak sihat, namun ia juga sebenarnya adalah antara snek yang bagus buat pesakit diabetes.

    Ini kerana bertih jagung rendah kalori dan boleh membantu mengawal berat badan yang juga merupakan antara aspek penjagaan kencing manis.

    Ia hanya mempunyai 31 kalori dalam satu hidangan 8 gram melainkan jika ia diperbuat daripada bahan-bahan lain yang boleh menjejaskan snek sihat ini.

    #5. Salad ikan tuna

    Salad dari ikan tuna yang disediakan bersama dengan mayones, sos dan sayur salad memang sangat sedap selain sangat bagus buat pesakit kencing manis.

    Ini kerana ia sangat kaya dengan lemak asid omega 3 yang dipercayai mampu menguruskan diabetes anda, ekoran sifatnya yang boleh mengawal kadar glukosa.

    Hidangan 3 auns salad tuna akan menyediakan 22 gram protein dan tanpa karbohidrat, yang menjadikan ia antara snek sihat untuk kencing manis paling baik.

    Baca juga:

    Apa yang pesakit kencing manis kena elak?

    kencing manis

    Menurut National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK), individu dengan penyakit kencing manis kena elak daripada mengambil:

    • Makanan bergoreng
    • Minuman beralkohol
    • Makanan tinggi gula
    • Makanan tinggi lemak
    • Makanan tinggi garam
    • Manisan seperti gula-gula atau aiskrim
    • Minuman dengan gula tambahan

    Bukan sahaja jika ingin ambil snek, makanan dan minuman yang tertera di atas ini juga perlu dielakkan daripada dijadikan sajian pada waktu yang utama.

    Sekiranya anda ada kondisi diabetes dan ingin jaga diet, sila dapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut daripada doktor atau pakar diet berdekatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan