Adakah pengambilan buah boleh beri kesan buruk kepada paras gula darah pesakit diabetes? Bagi penghidap diabetes, ada beberapa jenis buah untuk diabetes yang boleh dimakan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Adakah pengambilan buah boleh beri kesan buruk kepada paras gula darah pesakit diabetes? Bagi penghidap diabetes, ada beberapa jenis buah untuk diabetes yang boleh dimakan.
Ada juga buah untuk kencing manis yang mungkin perlu dikawal pengambilannya.
Apakah jenis buah-buahan tersebut?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.
Mungkin ada yang mencadangkan kepada pesakit diabetes bahawa mereka perlu mengelak daripada memakan buah.
Namun, pengambilan buah-buahan sebenarnya adalah sebahagian daripada pelan pengurusan diabetes yang sangat baik.
Terdapat satu kajian menyatakan bahawa, pesakit diabetes yang mengambil buah-buahan segar sekurang-kurangnya tiga hari seminggu, mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami komplikasi vaskular dan juga risiko kematian.
Tetapi perlu juga difahami bahawa tidak semua buah-buahan itu sesuai kepada mereka yang menghidap diabetes.
Ini kerana setiap buah-buahan mempunyai nilai indeks glisemik (GI) yang berbeza yang boleh mempengaruhi paras gula darah.
Begitu juga dengan jumlah pengambilan buah-buahan tersebut.
GI adalah satu penilaian makanan yang bermula daripada nilai 1 hingga 100.
Semakin tinggi nilai GI makanan tersebut, maka semakin cepat makanan tersebut meningkatkan paras gula darah.
Sebagai contoh, makanan dengan nilai GI 40 lebih baik daripada makanan dengan nilai GI 70.
Semakin rendah nilai GI makanan tersebut, maka semakin lambat paras gula darah meningkat naik.
Bagi buah untuk diabetes, anda perlulah melihat kepada jenis buah dengan nilai GI yang rendah.
Buah dengan nilai GI yang rendah sangat sesuai untuk pesakit diabetes kerana buah untuk kencing manis ini tidak mempengaruhi paras gula darah dengan begitu cepat.
Bagi anda yang ingin mengetahui apakah jenis buah yang mempunyai nilai GI yang tinggi atau rendah, sila lihat senarai ini:
Buah untuk kencing manis dengan GI rendah
Buah-buahan ini memiliki nilai GI 55 dan ke bawah:
Buah untuk kencing manis dengan GI sederhana
Buah-buahan ini memiliki nilai GI antara 56 hingga 69:
Buah untuk kencing manis dengan GI tinggi
Buah-buahan ini memiliki nilai GI lebih daripada 70:
Perlu diingat, walaupun buah yang anda makan itu rendah nilai GI, tetapi ia masih boleh meningkatkan paras gula darah anda dengan cepat jika dimakan terlalu banyak.
Oleh sebab itu, anda masih perlu mengawal jumlah atau bahagian buah yang ingin anda makan.
Anda disarankan untuk mengambil satu hidangan buah setiap kali waktu makan.
Satu hidangan buah bersamaan dengan 15 gram karbohidrat.
Berapa banyak jumlah buah yang boleh dimakan dalam satu hidangan itu bergantung kepada jenis buah itu sendiri.
Berikut adalah jumlah buah untuk diabetes dalam satu hidangan mengikut jenis buah:
Bagi penghidap diabetes, anda hanya disarankan untuk mengambil jenis buah-buahan segar sahaja.
Ini kerana buah-buahan segar masih mengandungi kandungan serat yang baik untuk mengawal paras gula darah anda.
Sebarang jenis buah-buahan yang telah diproses tidak disarankan untuk diambil.
Berikut adalah antara jenis produk buah-buahan yang dilarang untuk diambil:
Buah-buahan kering
Buah-buahan kering adalah antara jenis snek yang sering diambil oleh masyarakat kita.
Ada yang dimakan begitu sahaja dan ada juga yang menggunakannya dalam resepi kek dan juga kuih-muih.
Kebanyakan buah-buahan kering ini ditambah dengan gula tambahan semasa ia diproses.
Ia bukan sahaja tinggi kandungan gula, malah kekurangan kandungan serat yang sangat bermanfaat untuk pesakit diabetes.
Antara jenis buah-buahan kering yang perlu dielakkan adalah seperti kismis, aprikot dan kundur kering.
Jus buah
Walaupun jus buah dihasilkan daripada jenis buah-buahan segar, ia tidak lagi mempunyai khasiat seperti anda memakan buah-buahan segar.
Malah, jus yang diperbuat daripada 100% buah tanpa tambahan gula juga boleh meningkatkan paras gula darah dengan cepat.
Ini kerana, apabila anda mengisar buah untuk dijadikan jus, hampir kesemua serat buah akan hilang dan dibuang.
Oleh itu, tubuh badan anda tidak memerlukan masa yang lama untuk mencerna buah tersebut.
Ini akan menjadikan ia lebih cepat diserap ke dalam darah sekali gus meningkatkan paras gula darah dengan pantas.
Kini anda telah mengetahui apakah jenis buah untuk diabetes yang sesuai untuk anda.
Perlu diingat, buah-buahan sememangnya memberikan manfaat kepada penghidap diabetes.
Namun, jenis buah serta jumlah pengambilannya perlulah diperhatikan agar tidak menyebabkan kenaikan paras gula darah secara mendadak.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen