backup og meta

7 Bahagian Sensitif Orang Lelaki, Sentuh 'Part' Itu Pasti Si Dia Tak Menolak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/12/2023

    7 Bahagian Sensitif Orang Lelaki, Sentuh 'Part' Itu Pasti Si Dia Tak Menolak!

    Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan hubungan seks yang sihat dan sejahtera, bukan? Oleh itu, tahu tak mana terletaknya zon erotik lelaki.

    Namun, bagaimana jika si suami sering sahaja buat anda kecewa kerana tidak ‘bernafsu’ ketika beraksi di ranjang?

    Jangan risau, kami ada beberapa cadangan yang boleh dipraktikkan.

    Para isteri, sila ketahui dan kenali zon erotik encik suami yang mesti dirangsang untuk membangkitkan keghairahan seks kalian di kamar tidur!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Zon erotik lelaki yang isteri perlu tahu!

    #1. Bibir

    Antara elemen yang paling penting dalam adegan foreplay tentu sekali adalah berkucupan bibir.

    Ia adalah babak di mana anda dan pasangan perlu bertentang mata sambil mengungkapkan kata-kata cinta yang romantis.

    Bahagian bibir lelaki sangat penuh dengan tisu kecil yang akan menghantar isyarat ‘geli’ sehingga ke tulang belakang mereka apabila disentuh dengan tangan atau bibir pasangannya.

    Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Tidak perlu meminta izin, terus sahaja rangkul lehernya dan kucup bibirnya dengan penuh keinginan. Bukankah unsur kejutan itu lebih menarik?

    #2. Cara menggoda suami di leher

    Seusai sahaja puas bermain lidah dengan encik suami, apa kata anda turun sedikit ke bahagian lehernya pula?

    Tidak kisah bahagian kiri atau kanan, bermain-mainlah di kawasan zon erotik ini.

    Mungkin anda boleh mencium, menjilat atau menghisap leher suami yang penuh dengan feromon. Dengan ini, bukan sahaja suami akan terangsang malah anda juga akan ‘turn on’!

    Mahu sesuatu yang lebih ‘panas’? Apa kata anda cuba buat ‘love bite’ kepada pasangan? Ia sudah tentu akan memberi kesan yang positif dan mendalam kepada fizikal serta mental mereka.

    zon erotik lelaki

    Zon erotik lelaki #3. Puting

    Ya, tentu sahaja zon erotik pada tubuh badan lelaki ini akan wujud dalam senarai! Kenapa?

    Baik lelaki atau perempuan, sudah pasti rangsangan sama ada dalam bentuk sentuhan, jilatan atau hisapan pasti akan membuat kita berasa geli-geleman seterusnya membangkitkan nafsu seksual.

    Jadi, tidak perlu malu atau segan.

    Minta suami buka baju atau anda sendiri boleh tanggalkannya dan tumpukanlah perhatian kepada putingnya yang comel umpama bunga matahari itu.

    #4. Punggung

    Bagi para wanita, sudah pasti bahagian yang gebu dan montok ini akan menjadi perhatian anda bukan?

    Manakan tidak, ia adalah kawasan pada tubuh badan lelaki yang paling seksi!

    Jadi, belailah dengan lembut dan kadang kala cuba picit atau genggam punggung encik suami ketika dia sedang asyik mendayung bagi membuat dia lebih tersentak lantas bernafsu untuk terus bekerja keras.

    #5. Zon erotik lelaki – Telinga

    Pernahkah anda berbisik dan mendengus dengan begitu rapat di telinga suami?

    Cuba lihat reaksi mereka, sudah pasti mereka akan sangat teruja mendengar anda mengerang ketika bersenggama, bukan?

    Ini kerana bahagian telinga terutamanya cuping, adalah sangat sensitif terhadap apa-apa jenis rangsangan. Sama ada dari bentuk bunyian, dengusan atau hembusan nafas, ia boleh meningkatkan keghairahan.

    Jadi, ketika suami sedang asyik mendayung, bisikkanlah ke telinganya kata-kata cinta dengan nada yang sangat berahi. Dengan ini, encik suami pasti tidak akan mahu pandang perempuan lain lagi! Ini cara menggoda suami yang paling mudah.

    zon erotik lelaki

    Zon erotik lelaki #6. Ketiak

    Ketiak boleh buat kaum Adam turn on? Memang kedengaran agak aneh, bukan?

    Namun, jangan terkejut! Ini kerana bahagian bawah lengan ini memang sudah sedia maklum adalah antara bahagian kegemaran para wanita.

    Sebabnya, ketiak adalah bahagian pada tubuh badan yang penuh dengan feromon.

    Pernah dengar atau tidak tentang menghidu ketiak suami, isteri boleh hilang migrain?

    Selain itu, ia juga akan membuat lelaki terangsang jika ia disentuh dengan manja oleh tangan isteri yang kecil dan halus itu.

    Cuma jangan mengigit ia pula ya? Takut encik suami terperanjat pula nanti.

    Pun begitu, janganlah encik suami membiarkan sahaja ketiak berbau busuk, berkerak dan berdaki. Jika begitu, pasti si isteri akan lari.

    Jadi, peliharalah ia dengan sebaiknya wahai kaum Adam!

    #7. Alat kemaluan lelaki

    Akhir sekali, sudah tentulah cara menggoda suami zon erotik lelaki ini terletak pada alat kemaluannya.

    Jadi, bermainlah dengan zakar, testis dan sekitar kawasan ari-ari mereka untuk membangkitkan keghairahan.

    Mungkin para isteri perlu memberikan lebih tumpuan pada kawasan frenulum (kawasan urat di bawah kepala zakar), perineum (kawasan di antara skrotum dengan anus) atau prostat (kawasan G-spot lelaki).

    Jadi, bagaimana anda mahu bermain dengan prostat encik suami?

    Caranya, cuba masukkan jari telunjuk anda ke lubang dubur suami sehingga suami mengerang kesedapan.

    Tapi, jangan lupa gunakan pelincir ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan