backup og meta

4 MANFAAT Vibrator Terhadap Kesihatan Seksual Suami Isteri, No #3 Mesti Buat Anda Teruja!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/07/2021

    4 MANFAAT Vibrator Terhadap Kesihatan Seksual Suami Isteri, No #3 Mesti Buat Anda Teruja!

    Kadangkala, kehidupan seksual anda bersama pasangan mungkin tidak memuaskan, malah menghampakan. Usah khuatir, terdapat banyak alat mainan seks yang boleh membantu anda.

    Antara alat mainan seks yang paling popular di seantero dunia bagi menjamin kepuasan hubungan intim adalah alat getaran seks atau lebih dikenali dengan nama vibrator.

    Persoalannya, adakah penggunaan vibrator mempunyai manfaatnya yang tersendiri terhadap kesihatan seksual anda dan pasangan? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu alat mainan seks yang dikenali sebagai vibrator?

    Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai manfaatnya, apa kata kita kenali dengan lebih mendalam terlebih dahulu mengenai alat getaran seks ini?

    Terdapat banyak alat mainan seks yang tercipta di dunia ini bagi membantu pasangan suami isteri mendapatkan hubungan kelamin yang mengasyikkan lagi mengghairahkan. Antara yang paling popular adalah vibrator.

    Alat mainan seks dicipta untuk tujuan merangsang dan bermain dengan tubuh badan pasangan semasa melakukan seks. Percaya atau tidak, ia telah digunakan sejak ribuan tahun dahulu lagi. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang baharu dihasilkan ekoran pembangunan teknologi.

    Pun begitu, seiring dengan zaman teknologi yang kita kecapi kini, alatan seks yang dihasilkan juga semakin canggih. Jika dulu vibrator dicipta dengan saiz yang agak besar, kini ia sudah terdapat dalam saiz yang sangat kecil sehingga boleh dibawa di dalam poket!

    Tidak tahu apa itu vibrator? Tenang, kami akan menjelaskannya kepada anda.

    alat mainan seks

    Di atas ini adalah salah satu contoh alat getaran seks yang terdapat dalam pasaran. Buat anda yang belum tahu, ia adalah alat mainan seks yang paling umum dan wajib dimiliki oleh setiap pasangan suami isteri yang mendambakan kepuasan seks semaksimum yang mungkin.

    Cara ia berfungsi adalah sangat sesuai dengan namanya. Ia akan menghasilkan getaran yang boleh digunakan untuk merangsang nafsu syahwat. Jangan salah sangka, ia bukan sahaja boleh digunakan pada faraj wanita malah zakar lelaki juga.

    Terkejut? Relaks, ia tidak akan menyakitkan malah akan menyemarakkan lagi api asmara ketika anda dan pasangan sedang bersetubuh!

    Benarkah vibrator bermanfaat buat kesihatan seksual?

    Menurut Samantha Evans yang merupakan Pengasas kedai alat mainan seks dan vibrator, Jo Divine, alat getaran seks ini mempunyai pelbagai manfaat yang boleh membantu individu mengatasi masalah keintiman yang dihadapi mereka.

    Berikut merupakan antara manfaat vibrator terhadap kesihatan seksual:

    #1. Membuat seks lebih seronok

    Sudah tentu manfaat utama alat mainan seks ini adalah untuk membuatkan seks menjadi lebih seronok. Ini kerana ia dapat meningkatkan mood ketika beraksi dengan pasangan di ranjang!

    Bukan itu sahaja, penggunaan vibrator dalam hubungan intim juga akan membantu pasangan mengenali tubuh badan masing-masing tentang apa yang membuat mereka terangsang atau turn on. Pendek kata, ia dapat membantu anda belajar tentang keinginan pasangan anda.

    Cuba bayangkan jika zakar, faraj atau puting payudara anda digentel dengan alat yang bergetar ini. Tentu sahaja ia akan menggelikan lantas menaikkan nafsu syahwat anda, bukan? Kesannya, seks pasti akan jadi lebih seronok.

    #2. Membantu meremajakan faraj

    Buat wanita yang sudah lanjut usia, mungkin akan berlaku beberapa masalah pada faraj terutamanya jika sudah mencapai menopaus. Ketika ini, hormon oestrogen yang semakin berkurangan akan mengakibatkan faraj kering, longgar dan atrofi – kekurangan jisim otot.

    Kesemua ini seterusnya akan menyebabkan seks yang menyakitkan serta libido menjadi lemah. Inilah masanya untuk anda gunakan alat mainan seks vibrator!

    Ia mampu membantu wanita mengatasi simptom-simptom ini dengan meningkatkan tahap elastik dinding faraj dan sensasi seksual anda. Selain itu, ia juga mungkin boleh berfungsi melicinkan permukaan miss V anda dengan mengeluarkan lebih banyak cecair.

    Dalam erti kata yang lain, vibrator dapat membantu meremajakan faraj sekali gus menjadikan hubungan seks anda dan pasangan lebih lancar.

    alat mainan seks

    #3. Vibrator adalah cara terbaik menangani vaginismus

    Buat anda yang tertanya-tanya, vaginismus adalah kondisi di mana otot faraj wanita mengemut atau mengetat secara tiba-tiba ketika zakar hendak dimasukkan. Akibatnya, ia akan menyukarkan proses penetrasi lantas menyakitkan faraj dan zakar pasangan.

    Kondisi ini mungkin terjadi ekoran rasa takut atau trauma yang dialami wanita berkaitan perlakuan seksual. Jika anda adalah salah seorang dari kalangan wanita yang mengalami masalah ini, jangan bimbang, mungkin vibrator adalah penyelesaiannya.

    Menurut Michelle Lyons yang merupakan seorang Pakar Fisioterapi Wanita, alat mainan seks ini mampu membuat faraj menjadi lebih relaks ketika berasmara

    Ini kerana getaran yang dihasilkan boleh merangsang dinding faraj lantas mengeluarkan lebih banyak cecair dan seterusnya akan memudahkan kemasukan zakar.

    Jadi, usah lagi anda takut atau ragu-ragu untuk mencuba vibrator semasa beraksi di kamar tidur bersama pasangan!

    #4. Seks bukan sekadar penetrasi 

    Ramai pakar terapi seks yang menegaskan bahawa seks bukan sekadar penetrasi. Sebaliknya, foreplay atau ringan-ringan juga penting semasa bersetubuh. Ini kerana rangsangan yang secukupnya pada klitoris boleh jadi kunci utama wanita mencapai klimaks.

    Jadi, sebelum memasukkan zakar, apa kata anda menggunakan vibrator untuk merangsang biji kelentit pasangan? Ia bukan sahaja akan membuat faraj menjadi lebih licin dan basah, ia juga akan memudahkan wanita untuk mencapai orgasma yang sudah lama didambakannya.

    Konklusi

    Kesimpulannya, vibrator bukan sekadar alat mainan seks yang digunakan untuk ‘bermain’ dengan pasangan sahaja. Ia juga sebenarnya adalah sejenis alat yang boleh membantu menyelesaikan beberapa masalah kesihatan seksual, baik lelaki mahupun wanita.

    Jadi, apa lagi yang suami isteri tunggu? Boleh mula cari dan beli alat getaran seks ini di pasaran dan gunakan ia ketika berasmara bersama pasangan sekarang!

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan