backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Faraj Kering Buat Isteri Tak Bernafsu Untuk Bersama? Cuba 5 Tip Ini, Pasti Si Dia Nak Selalu!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/08/2023

    Faraj Kering Buat Isteri Tak Bernafsu Untuk Bersama? Cuba 5 Tip Ini, Pasti Si Dia Nak Selalu!

    Wanita yang ada masalah kekeringan faraj mungkin tidak selesa bercakap mengenainya. Tetapi ia adalah masalah sering terjadi sehingga menyebabkan ramai isteri tak nak bersama suami kerana seks yang menyakitkan.

    Ada beberapa tip yang boleh kalian amalkan untuk mengembalikan semula kehangatan hubungan intim di ranjang. Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Isteri alami masalah kekeringan faraj

    Sebelum mengetahui cara untuk mengatasi situasi isteri tak nak bersama suami kerana seks yang menyakitkan, ayuh kita fahami secara ringkas tentang masalah kekeringan faraj ini.

    Faraj kering adalah masalah biasa untuk dialami wanita. Namun keadaan itu sering dipandang remeh kerana ramai tidak menyedari bahawa ia adalah masalah kesihatan yang boleh dirawat1.

    Kekeringan faraj ini boleh berlaku secara semula jadi seiring dengan peningkatan usia atau semasa menopaus. Amnya, menopaus adalah apabila tiada lagi kitaran haid dan anda tidak boleh hamil lagi.

    Keadaan ini berlaku apabila tahap estrogen menurun, menyebabkan kulit, tisu vulva dan faraj boleh menjadi lebih nipis dan kurang anjal1.

    isteri tak nak bersama

    Kesannya boleh mengakibatkan kesakitan ketika hubungan intim, sekali gus menjadi punca kehilangan nafsu untuk bersama.

    Simptom kekeringan faraj

    Anda mungkin mengalami kekeringan faraj jika2:

    Gejala yang dialami isteri ini mungkin membuatkan mereka kehilangan minat untuk melakukan hubungan seks atau keintiman bersama suami.

    5 tip untuk dicuba jika isteri tak nak bersama suami

    Sekarang kita sudah tahu punca faraj kering yang menjadi penyebab isteri mengelak daripada melakukan seks.

    Persoalannya, apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi situasi tersebut dan seterusnya mengembalikan semula libido isteri?

    1. Guna pelincir semasa hubungan intim

    Rasa sakit kerana faraj kering sehingga menyebabkan isteri tak nak bersama boleh diatasi dengan penggunaan lubricant atau cecair pelincir3.

    Pelincir berasaskan air dapat menambah kelembapan pada permukaan faraj, sekali gus melegakan kesakitan semasa bersetubuh4.

    Jenama syarikat gergasi pencegah kehamilan, Durex ada mengeluarkan pelbagai pelincir berasaskan air di pasaran bagi memenuhi kepuasan seksual di ranjang seperti Basic, Sensation atau Massage 2 in 1, yang sesuai untuk aksi foreplay dan juga urutan badan.

    isteri tak nak bersama

    Untuk meningkatkan gelombang sensual dan sensiviti pada bahagian kemaluan isteri, anda boleh menggunakan produk pelincir dengan formula khas Durex yang memberikan sensasi pemanasan, penyejukan dan kesemutan.

    Klik di sini untuk dapatkan pelincir Durex.

    Bagi menghangatkan keadaan, penggunaan alatan seks seperti vibrating ring pasti dapat menyemarakkan lagi keterujaan si dia. Jangan lupa untuk menggunakannya bersama pelincir bagi melancarkan aksi panas di kamar tidur.

    2. Foreplay bantu atasi isteri tak nak bersama suami

    Kita tidak boleh menafikan kepentingan foreplay atau aksi pemanas bagi mereka yang mengalami kekeringan faraj ini3.

    Foreplay berfungsi meningkatkan keghairahan seksual melalui rangsangan fizikal dan mental seperti menyentuh, mencium, menjilat serta usikan manja dengan pasangan5. Hubungan intim adalah mengenai keseronokan dan bukan hanya orgasma semata-mata.

    isteri tak nak bersama

    Secara fisiologi, ia boleh membuatkan zakar dan klitoris (kelentit) tegang, seterusnya menghasilkan pelincir semula jadi. Perubahan ini menjadikan geseran dan penetrasi lebih baik dan lancar.

    Penggunaan pelincir sebagai sebahagian daripada foreplay adalah cara mudah untuk membantu meningkatkan keseronokan seksual kepada wanita. Ia boleh disapu terus pada faraj, klitoris atau zakar sebelum penetrasi3.

    Bagi mereka yang mengalami kekeringan faraj kronik, berterus-terang dengan pasangan tentang keperluan dan keinginan seksual adalah penting. Ini kerana suami mungkin tidak menyedari perubahan fisiologi diri anda dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan3.

    3. Isteri tak nak bersama suami? Cuba berikan rangsangan klitoris

    Klitoris merupakan bahagian paling sensitif pada tubuh wanita. Walaupun agak tersembunyi, namun ia mempunyai jutaan saraf yang rapat antara satu sama lain berbanding zakar lelaki6.

    Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sex and Marital Therapy, ada jenis sentuhan pada klitoris yang boleh buat wanita klimaks7.

    Encik suami boleh cuba merangsang klitoris menggunakan jari (fingering) dengan teknik gerakan atas ke bawah, depan ke belakang serta membulat. Nescaya akan membuat isteri menjadi tidak keruan.

    4. Hadirkan mood kemesraan

    Berada ‘dalam mood’ melakukan hubungan intim adalah sukar untuk dijangka dan ia dipengaruhi oleh faktor fizikal dan emosi8.

    Berdasarkan kajian, wanita yang sudah berada dalam perhubungan bagi tempoh lebih daripada setahun, keinginan dan rangsangan fizikal mungkin berlaku hanya selepas diri mereka memilih untuk mengalami rangsangan seksual9.

    Jadi sebagai pasangan, anda boleh membantu mengembalikan percikan api asmara bersama isteri dengan menjadi lebih intim. Lakukan aktiviti seperti berjalan bersama-sama sambil berpegangan tangan atau menikmati makan malam romantis berdua.

    Baca juga:

    5. Sensate focus, tip atasi masalah isteri tak nak bersama

    Berfantasi boleh membantu meningkatkan keinginan seksual diri anda. Cuba aktiviti seksual lain selain senggama seperti seks oral atau urutan. Anda boleh menggunakan pelincir keluaran Durex 2in1 Massage yang juga boleh digunakan untuk urutan.

    Kalian boleh mengamalkan senaman fokus sensasi atau sensate focus di mana seorang pasangan mengurut dan yang lain memberi tindak balas tentang apa yang dirasai, seperti lebih perlahan atau lebih kuat urutan10.

    Untuk menjadikan suasana lebih panas, apa kata anda lakukan urutan berahi pada pasangan. Jika betul tekniknya, pasti si dia akan ‘terangkat’.

    Anda juga boleh melakukan urutan pada otot faraj dengan mengemut dan kemudian merehatkannya bagi meningkatkan keghairahan diri.

    Kesimpulan 

    Isteri tak nak bersama disebabkan kekeringan faraj adalah gejala biasa dalam kalangan wanita. Ia sering dikaitkan dengan penurunan tahap estrogen, termasuklah pada permulaan fasa menopaus.

    Tip yang dikongsikan di atas dapat membantu mengatasi ketidakselesaan yang dialami semasa aktiviti seksual.

    Namun anda perlu berunding dengan doktor jika simptom bertambah teruk bagi mendapatkan rawatan sewajarnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan