backup og meta

Masalah Faraj Kering? Ini 5 Sebab Isteri Tak Banyak Air Ketika Bersama Suami

Masalah Faraj Kering? Ini 5 Sebab Isteri Tak Banyak Air Ketika Bersama Suami

Tahukah anda punca dan cara untuk banyak air ketika bersama suami?

Seks adalah antara perkara yang sangat penting dalam kehidupan setiap pasangan suami isteri. Tanpanya akan hambar dan tidak sempurnalah kehidupan di kamar tidur buat kalian berdua.

Pun begitu, ia tidak selalunya indah kerana ada sahaja masalah yang boleh timbul ketika projek asmara berlangsung.

Kadangkala, ada isteri yang akan mengadu sakit tatkala ditusuk suami ketika sedang asyik melakukan proses penetrasi zakar ke dalam faraj. Kenapa?

Tentu sekali ia adalah disebabkan faraj kurang basah. Jom kita ikuti artikel ini untuk tahu cara mengatasinya!

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

Apa punca faraj kurang air ketika berasmara?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu apa punca sebenar faraj kering terlebih dahulu.

Faraj kurang basah adalah disebabkan oleh kekurangan air yang keluar pada permukaan alat sulit wanita ketika zakar memasukinya1.

banyak air ketika bersama suami

Cecair ini adalah penting untuk dijadikan sebagai pelincir semula jadi bagi melancarkan proses senggama.

Namun, tidak semua isteri mampu menghasilkan banyak air ketika bersama suami disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah:

#1. Perubahan hormon buat faraj kering

Kelembapan miss V wanita adalah sangat bergantung kepada tahap estrogen dalam tubuh badan. Jika ia menurun secara mendadak maka kondisi faraj kering boleh terjadi2.

Menopaus bukan satu-satunya perkara yang akan mengurangkan kadar estrogen malah terdapat perkara lain seperti penyusuan susu badan serta pengambilan pil perancang1.

#2. Pengambilan ubatan & rawatan tertentu

Ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat fibroid, endometriosis, asma, kanser atau penyakit mental boleh jadi punca isteri kurang air ketika bersama suami1.

Bukan itu sahaja, rawatan tertentu seperti pembedahan pembuangan ovari serta ‘douche’ alat sulit wanita2 juga boleh menjadi punca yang menyebabkan masalah ini.

#3. Durasi foreplay yang tidak cukup

Foreplay atau ringan-ringan adalah adegan asmara sebelum proses penetrasi dijalankan. Ia merangkumi bersentuhan, berpelukan, berciuman dan menikmati tubuh badan masing-masing bagi merangsang nafsu syahwat3.

Proses ini sangat perlu dilakukan sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj bagi memastikan isteri banyak air ketika bersama suami1.

banyak air ketika bersama suami

#4. Baru mula atau habis haid

Kitaran menstrual wanita akan menentukan peningkatan dan penurunan hormon estrogen. Sewaktu anda baru mula atau habis datang bulan, inilah ketika kadar hormon estrogen menurun lantas mengakibatkan masalah faraj kering4.

Dalam pada itu, penggunaan tampon semasa haid juga akan mendatangkan impak sama kerana ia dicipta khas untuk menyerap kelembapan5.

#5. Anda stres buat faraj kering

Buat anda yang belum tahu, rangsangan seksual bukan sahaja bergantung kepada tindak balas fizikal semata-mata malah mental juga.

Stres boleh mengakibatkan kondisi yang dinamakan ‘mental block’ sekali gus menyukarkan rangsangan serta pengeluaran cecair dari faraj6. Oleh itu, cuba elakkan stres demi hubungan seks di kamar tidur yang lebih sihat dan sejahtera.

Baca juga:

Apa yang boleh dilakukan supaya isteri banyak air ketika bersama suami?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu punca faraj kering ketika melakukan hubungan seks.

Persoalannya, apa yang boleh dilakukan untuk isteri banyak air ketika bersama suami? Jawapannya adalah penting untuk kalian teliti semua punca di atas dan lakukan sebaliknya!

Guna pelincir bantu isteri banyak air ketika bersama suami

Masalah kekeringan faraj yang menyebabkan ketidakselesaan ketika hubungan seks boleh diatasi dengan penggunaan lubricant atau cecair pelincir.

Pelincir berasaskan air dapat berfungsi menambah kelembapan pada permukaan faraj, sekali gus melegakan kesakitan semasa bersetubuh7.

Durex selaku jenama syarikat gergasi pencegah kehamilan, ada mengeluarkan pelbagai pelincir berasaskan air di pasaran bagi memenuhi kepuasan seksual di bilik tidur seperti Basic, Sensation atau Massage 2 in 1, yang sesuai untuk aksi foreplay.

Jika anda mahu memberikan isteri lebih rangsangan, terdapat produk pelincir keluaran Durex yang dicipta dengan formulasi khas bagi meningkatkan gelombang sensual dan sensitiviti pada kawasan intim wanita dengan sensasi pemanasan, penyejukan dan kesemutan.

Klik di sini untuk mendapatkan pelincir Durex.

banyak air ketika bersama suami

Gunakan alatan seks

Penggunaan alat mainan seks atau sex toy seperti dildo, vibrator ring, butt plug dan pelbagai pilihan lain, pastinya dapat meningkatkan rangsangan pada faraj dan membantu melancarkan hubungan seksual8.

Perubahan diet bantu isteri banyak air ketika bersama suami

Selain itu, para wanita juga mungkin boleh cuba amalkan 7 jenis makanan berikut untuk kesihatan miss V serta kehidupan seks yang lebih baik9.

  • Buah kranberi – tinggi dengan sebatian asid, antioksidan, vitamin E dan vitamin C yang boleh melawan bakteria daripada menyerang dinding pundi kencing
  • Buah avokado – tinggi dengan lemak yang sihat, potasium dan vitamin B-6 yang berupaya meningkatkan libido, estrogen dan lubrikasi faraj
  • Buah epal – phytoestrogen phloridzin yang terkandung di dalamnya membantu merangsang fungsi seksual, rangsangan, orgasma serta lubrikasi faraj
  • Kacang soya – phytoestrogens yang terdapat di dalamnya hampir menyerupai estrogen dalam tubuh badan yang boleh membantu menyelesaikan masalah kurang estrogen serta faraj kering
  • Ubi kentang – tinggi dengan beta karotena dan vitamin A yang mampu membantu melindungi dan menguatkan dinding rahim serta bagus untuk mereka yang ada polycystic ovary syndrome (PCOS)
  • Lemak sayuran – kaya dengan asid lemak Omega-3 yang boleh melancarkan pengaliran darah, sekali gus menyemarakkan lagi kemahuan dan kemampuan seksual serta menyelesaikan masalah faraj kering
  • Tumbuhan hijau – kaya dengan vitamin E, magnesium dan kalsium yang sangat bagus untuk semua otot dalam tubuh badan termasuklah otot faraj, sekali gus membuat isteri lebih banyak air ketika bersama suami

Kekal tenang dan santai

Perkara paling penting untuk mengelakkan faraj kering ketika berasmara adalah dengan tidak tergesa-gesa.

Melakukan seks dalam keadaan terburu-buru bukan sahaja boleh menyebabkan faraj kering tetapi juga mengakibatkan kalian tidak dapat merasai kehangatan asmara di ranjang.

Sekiranya keadaan masih sama dan anda mengalami kesakitan semasa seks, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang lebih baik.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vaginal Dryness. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21027-vaginal-dryness. Accessed on July 10, 2023.  
  2. Vaginal dryness. https://www.healthdirect.gov.au/vaginal-dryness. Accessed on July 10, 2023.  
  3. Foreplay. https://playsafe.health.nsw.gov.au/2018/03/19/foreplay/. Accessed on July 10, 2023.  
  4. What Causes Vaginal Dryness? https://www.naturalcycles.com/cyclematters/what-causes-vaginal-dryness. Accessed on July 10, 2023. 
  5. Your Tampons Could Be Drying Out Your Vagina. https://www.self.com/story/your-tampons-could-be-drying-out-your-vagina#. Accessed on July 10, 2023.  
  6. Is Your Vagina Stressed? Here Are the Tell-Tale Signs You Need to Look Out For. https://zoella.co.uk/2022/06/09/is-your-vagina-stressed-here-are-the-tell-tale-signs-you-need-to-look-out-for/. Accessed on July 10, 2023. 
  7. How to Choose Lubricants and Vaginal Moisturizers for Pleasure and Safety. https://www.ourbodiesourselves.org/health-info/how-to-choose-lubricants-and-vaginal-moisturizers-for-pleasure-and-safety/. Accessed on July 10, 2023.  
  8. The Health Benefits of Sex Toys. https://www.feri.org/health-benefits-of-sex-toys/. Accessed on July 10, 2023.
  9. Foods that make your vagina happy and healthy (yes, really). https://www.bedsider.org/features/591-foods-that-make-your-vagina-happy-and-healthy-yes-really. Accessed on July 10, 2023.

Versi Terbaru

07/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan