Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Minuman kopi sering menjadi antara salah satu minuman wajib ketika bersarapan pagi. Namun, tahukah anda bahawa minum kopi sebenarnya boleh memberikan manfaat kepada otak manusia.

Ada kajian menunjukkan bahawa minum kopi boleh melambatkan perkembangan penyakit berkaitan otak seperti demensia dan kehilangan memori.

Ia juga mungkin boleh memberikan banyak manfaat kepada warga emas yang merupakan kumpulan paling berisiko untuk mendapat gangguan berkaitan otak. Ikuti kupasan lanjut di bawah ini.

Kandungan dalam minuman kopi yang mungkin anda tidak tahu!

minuman kopi

Kopi mengandungi sebatian bioaktif yang membuatkannya mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan manusia.

Kebanyakan daripada sebatian ini adalah antioksidan, yang membantu melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dalam sel tubuh. Antara bahan aktif yang terdapat dalam minuman kopi ialah:

  • Kafein: ia adalah bahan aktif utama dalam kopi. Kafein merangsang sistem saraf pusat. Ia adalah bahan psikoaktif yang paling banyak digunakan di seluruh dunia
  • Asid klorogenik (CGA): Antioksidan polifenol ini dapat memberikan manfaat kepada beberapa jalur biologi, seperti metabolisme gula darah dan tekanan darah tinggi, yang keduanya berkaitan dengan risiko penurunan mental yang berkaitan dengan usia
  • Cafestol dan kahweol: Terdapat dalam minyak semula jadi kopi, sebilangan besar sebatian ini terdapat dalam kopi yang tidak ditapis. Ia mungkin bermanfaat untuk hati dan melindungi diri daripada kanser, tetapi pengambilan yang tinggi dapat meningkatkan kolesterol LDL

Namun, jumlah bahan ini dalam secawan kopi yang anda nikmati adalah berbeza. Perbezaannya juga bergantung kepada bagaimana kopi tersebut dihasilkan, jenis kopi yang anda minum, dan jumlah kopi yang anda ambil. 

Kopi dan peningkatan memori

Minum kopi dan kafein juga boleh mempengaruhi ingatan anda, tetapi kajian mengenai perkara ini mempunyai hasil yang pelbagai.

Beberapa kajian mendapati bahawa kafein dapat meningkatkan ingatan jangka pendek. Kajian lain pula melaporkan tidak ada sebarang kesan pada memori, bahkan mendapati bahawa kafein boleh merosakkan prestasi tugas memori.

Para penyelidik masih membahaskan kesan kafein pada ingatan jangka panjang.

Namun, satu kajian kecil mendapati bahawa kafein dapat meningkatkan ingatan jangka panjang ketika diberikan setelah tamat waktu belajar.

Ketika responden mengambil tablet kafein setelah mempelajari satu set gambar, kemampuan mereka untuk mengenali gambar ini dalam tempoh 24 jam seterusnya menjadi semakin kuat.

Kafein juga menjadikan ingatan ini lebih sukar untuk dilupakan, berbanding dengan responden dalam kumpulan plasebo.

Minum kopi kurangkan risiko penyakit demensia dan Alzheimer

minum kopi

Penyakit Alzheimer adalah penyebab demensia yang paling biasa di seluruh dunia.

Secara amnya ia bermula dengan perlahan tetapi semakin teruk dari masa ke masa. Alzheimer boleh menyebabkan kehilangan ingatan, serta masalah dengan pemikiran dan tingkah laku.

Pada masa ini tidak ada penawar yang diketahui. Menariknya, faktor berkaitan diet boleh mempengaruhi risiko anda menghidap penyakit Alzheimer dan bentuk demensia yang lain.

Kajian pemerhatian telah mengaitkan pengambilan kopi secara biasa dan sederhana boleh mengurangkan risiko sebanyak 65% untuk mendapat penyakit Alzheimer.

Walau bagaimanapun, kesan perlindungan yang diberikan oleh kopi dan kafein ini belum disahkan oleh percubaan terkawal secara rawak.

Minum kopi juga kurangkan penyakit Parkinson

Penyakit Parkinson adalah sejenis gangguan kronik pada sistem saraf pusat. Ia dicirikan oleh kematian sel saraf di otak yang mengeluarkan dopamin dan penting untuk pergerakan otot.

Penyakit Parkinson mempengaruhi pergerakan dan sering merangkumi gegaran. Tidak ada penawar yang diketahui untuk penyakit ini, yang menjadikan pencegahan terhadapnya sangatlah penting.

Namun, ada kajian menunjukkan bahawa kopi dapat membantu mencegah penyakit ini.

Satu kajian tinjauan yang besar melaporkan bahawa risiko penyakit Parkinson adalah 29% lebih rendah dalam kalangan mereka yang minum 3 cawan kopi setiap hari.

Namun, pengambilan 5 cawan kopi kelihatan seperti tidak memberikan lebih banyak faedah berbanding 3 cawan kopi.

Ia menunjukkan bahawa lebih banyak jumlah kopi yang diminum tidak semestinya memberikan kesan yang lebih baik. Kafein dalam kopi merupakan bahan aktif yang bertanggungjawab memberikan kesan perlindungan ini.

Jadi, perlukah saya meminum kopi?

Jika diminum dengan kadar yang sederhana, ia boleh memberikan beberapa manfaat terhadap kesihatan anda.

Bagi tempoh jangka masa pendek, kopi boleh membantu anda untuk memperbaiki emosi, pembelajaran dan kewaspadaan.

Untuk tempoh jangka masa panjang pula, ia boleh melindungi atau mengurangkan risiko otak untuk mendapat gangguan berkaitan minda seperti Parkinson dan Alzheimer.

Oleh itu, minum kopi mungkin boleh memberikan manfaat yang banyak kepada warga emas seperti datuk dan nenek anda untuk perkembangan otak mereka. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

Adakah anda mengalami kesukaran tidur pada waktu malam? Jika ya, secara tidak sedar anda mungkin mempunyai insomnia. Apa yang boleh dilakukan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Tidur 30/10/2020 . 3 minit bacaan

Kafein Bantu Tingkat Prestasi Ahli Sukan, Tapi Ada Pro & Kontra Jika Atlet Minum Kopi!

Banyak suplemen kafein ada dijual di pasaran. Ia direka khusus untuk kegunaan individu seperti atlet bagi meningkatkan produktiviti ketika bersenam....

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 16/10/2020 . 3 minit bacaan

Tulisan Mak Atau Ayah Anda Jadi Makin Kecil Dan Sukar Dibaca? Jaga-jaga, Ini Tanda Parkinson!

Mungkin ramai yang tidak sangka, tulisan yang semakin kecil merupakan salah satu simptom penyakit Parkinson. Oleh itu, cuba perhatikan ibu bapa di rumah ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Masalah Neurologikal, Pusat Kesihatan 05/10/2020 . 3 minit bacaan

Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

alergi kopi

Pedih Ulu Hati Tanda Anda Sensitif Terhadap Kafein, Ini Tak Sama Dengan Alergi Kopi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
minum kopi

Coffee Lover Di Luar Sana, Kopi Boleh Sebabkan Gigi Sensitif! Ada 5 Tip Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 4 minit bacaan
maksud deja vu

Selalu Alami Deja Vu? Jaga-Jaga, Ini Mungkin Tanda Demensia Atau Sawan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 04/11/2020 . 3 minit bacaan
sindrom iritasi usus

Perut Selalu Kembung & Berangin? Cuba Elak Ambil 7 Jenis Makanan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan