Dalam tahun mendatang, lebih banyak laporan yang memperincikan kesan kerosakan kepada Hippocampus dalam kalangan pesakit (Melalui kemalangan atau penyakit) ke atas keupayaan untuk membentuk memori. Namun yang demikian, memori lampau yang bertahun lamanya masih boleh diingati oleh pesakit, mencadangkan bahawa Hippocampus memainkan peranan untuk pembentukan memori tetapi bukan untuk penyimpanannya. Tambahan lagi, memori yang berkait dengan tabit dan bersifat implisit tidak terjejas dengan kecederaan pada Hippocampus seperti keupayaan untuk bermain alat muzik atau menyelesaikan puzzle.
Kini, terdapat dua lagi fungsi lain yang dikaitkan dengan Hippocampus iaitu memori berkaitan dengan ruang dan navigasi dan juga pemprosesan keputusan berkaitan konflik hadap-atau-elak.
Penyakit yang berkait rapat dengan Hippocampus
Terdapat beberapa proses dan penyakit yang berkait rapat dengan Hippocampus antaranya:
Penyakit Alzheimer – Dalam penyakit ini, kecederaan otak berlaku beransur-ansur sehingga berlakunya naynyuk (Dementia) dan struktur awal yang terjejas dalam penyakit ini tidak lain tidak bukan, Hippocampus. Justeru, kesan kepada keupayaan untuk mengingati dan membentuk memori akan terjejas akibat kesan penyakit terhapda struktur otak.
Stres berpanjangan – Stres berpanjangan memberi kesan yang buruk terhadap struktur Hippocampus kerana ianya mempunyai banyak reseptor untuk hormon glucocorticoid yang banyak. Apabila seseorang berada dalam keadaan stres, beberapa hormon akan dihasilkan antaranya adalah glucocorticoid. Dalam pesakit Post-Traumatic Stress Disorder, imbasan dan kajian menunjukkan mereka mengalami pengecilan saiz Hippocampus mereka sebanyak 20% berbanding orang biasa dan dalam mereka yang mengalami penyakit yang menyebabkan rembesan hormon glucocorticoid yang banyak dan kronik (seperti sindrom Cushing), struktur Hippocampus mereka mengalami proses atropi/kemerosotan teruk berbanding struktur otak yang lain.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen