Kedua-duanya adalah berkhasiat apatah lagi jika ia adalah jenis yang organik.
Paling penting, anda tidak digalakkan makan buah ini melebihi enam biji sehari kerana kadar gula dalam tubuh akan meningkat.
Jangan sesekali mengamalkan diet yang hanya makan buah ini setiap hari tanpa mengambil makanan lain.
Cukup hanya satu atau dua biji sahaja sehari.
Secara umumnya, epal merah adalah lebih digemari kerana rasanya yang lebih sedap dan manis. Tidak ramai individu yang menggemari epal hijau kerana rasanya yang sedikit masam.
Sebenarnya, ia juga akan mendatangkan banyak manfaat kesihatan dan kecantikan kepada pemakannya.
Ia dilengkapi dengan nutrien, serat, mineral dan vitamin yang baik untuk keseluruhan kesihatan secara total.
Konklusi
Konklusinya, sama ada khasiat buah epal hijau atau merah, kedua-dua buah ini ini sangat menyihatkan dan membawa banyak manfaat.
Bukan setakat kesihatan sahaja, ia juga baik untuk kecantikan tubuh badan anda terutamanya kulit wajah. Oleh itu, sememangnya ia boleh membuatkan kita kurang ke klinik untuk berjumpa doktor, kerana manfaat yang ada pada buah ini.
Kini anda telah mengetahui khasiat epal hijau dan merah. Jadi, apa kata anda masukkan buah ini ke dalam diet anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen