backup og meta

Kepentingan Vitamin dalam Tumbesaran Kanak-kanak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/07/2022

    Kepentingan Vitamin dalam Tumbesaran Kanak-kanak

    Vitamin adalah kumpulan molekul organik mikro dengan sifat fizikal dan kimia yang sangat berbeza. Akan tetapi, vitamin adalah sama dari segi keperluannya dalam kehidupan, terutama untuk perkembangan kanak-kanak.

    Vitamin terbahagi kepada dua kumpulan utama:

  • Vitamin larut air: Vitamin B dan C
  • Vitamin tidak larut air iaitu vitamin A, D, E, K, F (tetapi ia mempunyai kebolehlarutan dalam minyak)
  • Fungsi vitamin dalam perkembangan kanak-kanak

    Vitamin A, B, C, D, E, K memainkan peranan penting dalam menukar nutrien kepada tenaga untuk tubuh dan meningkatkan rintangan dalam kalangan kanak-kanak.

    • Vitamin A: Baik untuk penglihatan, mengurangkan risiko penyakit mata, terutamanya rabun malam. Selain itu, vitamin A juga penting untuk perkembangan tulang dan organ pembiakan.
    • Vitamin B: Membantu untuk melahirkan satu enzim penting bagi meningkatkan keupayaan metabolisma gula, lemak, protein dalam tubuh. Tambahan pula, vitamin B1 juga merangsang selera makan dalam kalangan kanak-kanak.
    • Vitamin C: Membantu untuk mengembang dan memelihara tulang, gigi, gusi, ligamen, saluran darah, meningkatkan keupayaan melawan jangkitan, mengurangkan sisa berbahaya kepada tubuh dan toksin yang dihasilkan oleh tubuh. Vitamin ini juga anti-anemia.
    • Vitamin D: Membantu mengawal kalsium dalam tubuh, membantu menguatkan tulang dan gigi yang sihat.
    • Vitamin E: Membantu tubuh melawan pengoksidaan, memelihara kecantikan kulit, melindungi membran sel dan meningkatkan rintangan, membantu untuk menghapuskan toksin daripada tubuh.
    • Vitamin K: Membantu untuk memastikan pembekuan darah. Vitamin K juga boleh digabungkan dengan kalsium untuk membantu menguatkan tulang.

    Vitamin yang terlibat dalam metabolisma tubuh: Melibatkan enzim dalam tubuh, mensistesis, dan menggunakan nutrien pada sel dan paras tubuh. Secara umumnya, pelengkap penuh vitamin, dan secara khususnya, vitamin B, akan memastikan perkembangan yang seimbang dan stabil dalam tahun-tahun terawal kehidupan kanak-kanak.

    Suplemen vitamin untuk kanak-kanak

    Vitamin ditemui dalam kebanyakan makanan yang diambil setiap hari. Jadi, amat penting untuk ibu bapa menggalakkan makan sayur-sayuran hijau, dan buah-buahan dalam diet bayi mereka. Pun begitu, agak sukar untuk tubuh mendapatkan keperluan mikronutrien, disebabkan: kualiti makanan berkurangan kerana proses penanaman (racun perosak, baja), pembungkusan, pengangkutan, simpanan atau pencucian berlebihan, masakan.

    Bagi kanak-kanak yang sakit, mengalami malnutrisi, dan tumbesaran perlahan, mereka ini perlu mengambil suplemen vitamin. Bagi kanak-kanak yang obes, penyerapan vitamin A, D, E dan K adalah lemah kerana ia merupakan vitamin larut lemak.

    Selain itu, kanak-kanak juga sering mengalami kekurangan satu-satu jenis vitamin. Disebabkan itulah mengapa suplemen vitamin perlu diberikan kepada bayi, terutama bayi dan kanak-kanak sehingga umur 12 tahun- ini merupakan tempoh penting dalam perkembangan fizikal dan mental. Jika kanak-kanak tidak diberikan vitamin penting pada tempoh yang betul, bekalan pemakanan mereka sukar untuk diperolehi semula.

    Walaupun sumber vitamin terdapat secara semula jadinya dalam makanan, namun dalam kalangan kanak-kanak yang kurang selera makan, mereka perlu diberikan vitamin sintetik dan suplemen yang mengandungi Lysine, bagi membantu bayi menambah selera makan dan mengurangkan masalah nyahhidrat, serta mempercepatkan proses pemulihan bagi meningkatkan sistem imun.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan