backup og meta

Sekurang-kurangnya 2.2 Billion Alami Masalah Penglihatan - Laporan WHO

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 27/08/2020

    Sekurang-kurangnya 2.2 Billion Alami Masalah Penglihatan - Laporan WHO

    Pada 8 Oktober yang lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan laporan pertama mereka berkaitan masalah penglihatan global. Laporan tersebut merungkai statistik yang cukup merisaukan tentang beban gangguan penglihatan di seluruh dunia.

    Masalah penglihatan mencecah angka bilion

    Berdasarkan laporan tersebut, sekurang-kurangnya 2.2 bilion individu mengalami masalah penglihatan ataupun buta. Daripada jumlah tersebut, lebih 1 bilion kes berpunca daripada keadaan yang boleh dicegah.

    Laporan yang dikeluarkan sebelum Hari Penglihatan Sedunia itu mengenal pasti rabun dekat, rabun jauh, glaukoma dan juga katarak sebagai punca-punca utama yang menyebabkan kebutaan.

    Masalah-masalah ini menjadi fokus utama strategi pencegahan dan penjagaan mata peringkat kebangsaan.

    Walau bagaimanapun, WHO turut mengakui bahawa keadaan seperti konjunktivitis tidak boleh dipandang enteng kerana ia merupakan salah satu punca utama pesakit mendapatkan rawatan di semua negara. 

    Faktor yang mempengaruhi gangguan penglihatan di seluruh dunia

    masalah penglihatan

    Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai pemacu utama kepada statistik dalam laporan ini. Ini termasuklah:

    Populasi yang semakin menua – Gabungan populasi yang semakin bertambah dan menua akan meningkatkan beban masalah rabun dan kebutaan pada kadar yang signifikan. Memandangkan prevalens atau beban penyakit berkait terus dengan umur, peningkatan jangka hayat penduduk global akan diterjemahkan kepada peningkatan beban masalah penglihatan secara menyeluruh. 

    Perubahan gaya hidup – Masa indoor dan juga aktiviti jarak dekat yang lebih lama mendorong kepada peningkatan jumlah penghidap masalah rabun dekat. Masa outdoor yang lebih banyak berupaya untuk mengurangkan risiko ini. Faktor gaya hidup lain yang penting adalah peningkatan gaya hidup tidak aktif yang mendorong kepada prevalens kencing manis yang lebih tinggi. Tanpa rawatan awal yang mencukupi, penyakit kencing manis akan menyebabkan masalah mata yang boleh mengakibatkan kebutaan. 

    Keterhadan akses terhadap servis penjagaan mata – Apa yang nyata dalam laporan ini adalah beban masalah penglihatan adalah tidak sama untuk semua negara. Negara berpendapatan rendah dan sederhana menanggung beban masalah yang jauh lebih besar. Perbezaan ini disebabkan oleh keterhadan akses untuk populasi dalam negara-negara tersebut. Golongan yang paling teruk terjejas adalah mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, wanita, warga emas, penghidap penyakit kronik, etnik minoriti dan juga orang asli. Kawasan berpendapatan rendah dan sederhana di barat dan timur sub-Sahara Afrika dan juga Timur Asia mempunyai kadar kebutaan 8 kali ganda lebih tinggi berbanding negara-negara berpendapatan tinggi.

    Strategi pencegahan dan perlindungan

    masalah penglihatan

    Integrasi servis penjagaan mata yang lebih baik diperlukan dalam kerangka kesihatan negara. Ini termasuklah pada tahap penjagaan kesihatan primer bagi memastikan lebih ramai mendapat servis yang diperlukan termasuk untuk pencegahan, pengesanan awal, rawatan dan juga rehabilitasi. Pemeriksaan mata yang rutin dan kawalan kencing manis yang baik dapat melindungi penglihatan penghidap kencing manis. Selain pencegahan, servis rehabilitasi juga diperlukan untuk mereka yang tidak lagi boleh dirawat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 27/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan