home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

Anda pasti pernah dengar perumpamaan ‘makan sebiji epal sehari mampu menjauhkan seorang doktor’. Malah yang terkini, buah epal dikatakan dapat mencegah obesiti. Sejauh mana kebenarannya?

Kajian baharu dari Washington State University menunjukkan sebiji buah epal sehari dapat mencegah obesiti, terutamanya jenis epal Granny Smith.

Pasukan penyelidik yang diketuai oleh Giuliana Noratto dari School of Food Science di Washington State, menerbitkan penemuan mereka dalam jurnal Food Chemistry.

Seperti yang kita sedia maklum, buah epal mengandungi banyak manfaat terhadap kesihatan.

Bagaimana epal Granny Smith mencegah obesiti?

Sebatian yang tidak dapat dicerna yang terkandung di dalam epal Granny Smith meningkatkan pertumbuhan bakteria usus baik.

Dengan ini, Noratto dan pasukannya menganalisis bagaimana sebatian bioaktif daripada 7 jenis epal yang berbeza seperti Granny Smith, Braeburn, Fuji, Gala, Golden Delicious, McIntosh dan Red Delicious mempengaruhi bakteria usus yang baik melalui tikus makmal yang obes.

Para penyelidik mendapati, berbanding dengan semua jenis epal lain, Granny Smith ternyata mempunyai kesan yang paling bermanfaat pada bakteria usus yang baik.

Keseimbangan bakteria usus dalam kalangan orang gemuk sering terganggu.

Tetapi ketika membandingkan najis tikus makmal yang diberi buah epal ini dengan najis tikus makmal yang bukan obes, mereka mendapati porsi bakteria khususnya Firmicutes, Bacteroidetes, Enterococcus, Enterobacteriaceae, Escherichia coli dan Bifidobacterium menjadi sangat serupa.

Para penyelidik menjelaskan epal Granny Smith tinggi serat makanan dan sumber polifenol yang tidak dicerna, dan rendah karbohidrat.

Walaupun selepas ia dikunyah dan terdedah kepada asid perut dan enzim pencernaan, tapi sebatian tersebut tidak terjejas ketika mencapai usus besar.

Bakteria yang sampai di usus kemudiannya akan melalui fermentasi sebatian tersebut, menghasilkan asid butyric yang mendorong pertumbuhan bakteria usus yang mesra.

Noratto turut mengatakan penemuan mereka boleh membawa kepada strategi untuk mencegah masalah kegemukan dan kesihatan yang berkaitan.

Sebenarnya, ketidakseimbangan bakteria usus terjadi boleh disebabkan oleh makanan yang kita pilih, ia boleh menyebabkan keradangan kronik yang mampu sebabkan diabetes.

buah epal

Selain cegah obesiti, apa lagi khasiat buah epal?

#1 Bantu mengawal selera makan

Buah epal mempunyai kandungan serat yang sangat tinggi. Makanan yang tinggi serat sememangnya mempunyai banyak faedah kesihatan.

Menurut pakar, ia dapat membantu pergerakan usus, menurunkan kadar kolesterol, mengawal paras gula darah, menjaga kesihatan usus dan membantu mencapai berat badan yang sihat.

Bukan itu sahaja, sumber serat turut dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan penyakit kardiovaskular!

Salah satu kesan serat yang paling menarik adalah ia melambatkan proses pencernaan, yang membantu anda berasa kenyang buat tempoh masa lebih lama.

Justeru, perkara ini bermanfaat terutamanya kepada mereka yang ingin turunkan berat badan atau inginkan snek ringan yang mengenyangkan serta bernutrisi.

#2 Epal mampu tingkatkan mood

Dalam kajian tahun 2013, para penyelidik di University of Otago di New Zealand mendapati bahawa makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan mood, kebahagiaan dan tenaga seseorang.

Peserta kajian yang rata-rata berusia 20-an diminta untuk menilai perasaan mereka dan mencatatkannya ke dalam buku harian setiap malam selama 21 hari berturut-turut.

Mereka juga diajukan soalan khusus mengenai makanan yang dimakan pada setiap hari sepanjang tempoh pemerhatian.

Para penyelidik mendapati bahawa pada hari peserta makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, mereka cenderung untuk berasa lebih baik.

#3 Epal menurunkan kolesterol jahat

Kajian 2012 dari The Ohio State University mendapati bahawa makan sebiji epal sehari selama 4 minggu mengurangkan tahap LDL teroksidasi (lipoprotein berketumpatan rendah), sejenis kolesterol yang lebih cenderung mewujudkan keradangan berbanding LDL yang tidak teroksidasi.

Apabila LDL menjadi teroksidasi, ia mengambil bentuk yang memulai proses aterosklerosis, atau pengerasan arteri.

Arteri yang mengeras akan mampu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk pembekuan darah, serangan jantung dan strok.

Hasil kajian mendapati peserta yang makan sebiji epal setiap hari dapat menurunkan LDL teroksidasi rata-rata 40% hanya dalam tempoh 4 minggu.

#4 Menajamkan daya ingatan

sakit kepala

Buah dan jus epal dapat membantu mengekalkan daya ingatan yang tajam seiring dengan pertambahan usia.

Kajian terhadap haiwan pada tahun 2006 di University of Massachusetts-Lowell mendapati pengambilan jus epal telah meningkatkan tahap otak asetilkolin, yang merupakan neurotransmitter penting.

Neurotransmitter adalah bahan kimia yang dilepaskan oleh sel saraf untuk menghantar mesej ke sel saraf yang lain.

Tambahan itu, komunikasi antara sel-sel saraf adalah sangat penting untuk kesihatan yang baik, bukan hanya pada otak, tetapi untuk keseluruhan tubuh.

Selain itu, kajian lain pada tahun 2004 di Universiti Cornell mendapati sumber antioksidan seperti quercetin membantu mencegah tekanan oksidatif, yang merosakkan tisu otak dan dikaitkan dengan gangguan neurodegeneratif.

Berita baiknya, buah ini khususnya kulit epal, sarat dengan sumber antioksidan berbentuk quercetin! Hebat bukan?

Berdasarkan ukuran hidangan, epal segar mempunyai kadar quercetin tertinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran lain dan mungkin antara pilihan makanan terbaik untuk memerangi Alzheimer.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/food-features/apples/
  2. https://news.wsu.edu/2014/09/29/an-apple-a-day-could-keep-obesity-away/
  3. https://www.eurekalert.org/multimedia/pub/80158.php
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 29/10/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor